Showing posts with label anak perempuan bonda. Show all posts
Showing posts with label anak perempuan bonda. Show all posts

Monday, September 15, 2014

budak menulis.

selalu. selalu ada orang tanya "kenapa ambik course tu?". dan, saya tak pernah ubah jawapan saya sejak dulu. sebab saya minat. yup, saya minat dengan bidang penulisan. saya tak dapat nak sah kan sejak bila tapi satu perkara yang saya ingat, setiap kali dapat buku teks untuk darjah atau tingkatan baru, perkara pertama sekali saya akan tengok nama pengarang buku tu. kemudian, saya akan baca latar belakang beliau kat kulit belakang buku. tu masa kat dalam kelas sebaik saja dapat buku-buku teks tu. lepas tu malam dah balik rumah, saya akan belek-belek dari muka depan hingga habis sebuah buku teks. saya tengok gaya penulisan setiap pengarang. selalunya pengarang buku teks lebih dari seorang, so siaplah saya teka siapa buat bab itu siapa buat bab ini. 
sama jugak dengan baca surat khabar. setiap hari Ahad, ada satu ruangan dah-tak-ingat-nama dalam akhbar Mingguan Malaysia. itulah bacaan kegemaran saya masa sekolah rendah. saya tak peduli pun dengan isu yang dikupas, saya baca sebab saya suka dengan kesinambungan ayat demi ayat dalam sesebuah penulisan yang membuat mesej artikel tersebut sampai kepada pembaca. kemudian, masa sekolah menengah saya suka jugak ruangan Jarum Emas dalam Metro. resah betul kalau hari minggu hujan turun. sebab, saya tak dapat kayuh basikal untuk beli surat khabar. 

tapi itu lah, kerugian saya dalam perkara ni ialah bila saya tak mampu untuk membeli nashkah-nashkah bagus di kedai buku. waktu tu, semua buku kelihatan mahal untuk saya mintak Mak belikan. tipulah kalau saya tak kecewa. saya pernah sebak (bergenang air mata) sebab dah tunjuk macam-macam isyarat menandakan saya nak satu buku tu. Mak kata mahal sangat, saya tak perlu buku tu untuk sekolah. Mak cuba pujuk dengan suruh saya pilih majalah Kuntum, Bintang Kecil etc tapi saya tak mahu. saya terus keluar dari kedai buku tu. (baca: saya anak bongsu yang memang kuat merajuk). oh tapi, saya puji sikap Mak saya yang memupuk budaya membaca pada saya dan kakak. kakak saya pelanggan setia majalah Bujal. mak belikan tiap-tiap bulan. Mak kata komik tak berfaedah, majalah kanak-kanak yang macam Bujal, Kuntum tu semua ada isi yang berguna. masa mula-mula bercadang memohon jurusan penulisan, saya memandang ke arah kewartawanan. menulis berita, menulia artikel, menulis jurnal. semasa temuduga untuk memasuki Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang kini dikenali dengan nama ASWARA, saya sangat gementar. bila ditawarkan, saya terlalu gembira. tapi, yuran pengajian sebanyak 16,000 merupakan kekangan besar buat saya. saya rasa, Mak pun tak sangka saya akan ditawarkan. lebih tepat lagi, Mak tak tahu yang minat saya begitu dalam dalam bidang ini.

tamat diploma, saya ditemuduga dan ditawarkan jawatan wartawan pelancongan di sebuah majalah pelancongan yang kini semakin terkemuka. tak mahu sebut, sebab nanti orang google nama majalah tu akan dapat pautan ke pondok buruk saya ni. hehe. dengan semangat tamat belajar dah dapat kerja, saya dapat rumah sewa, pinjam kereta kakak, saya terus menetap di Shah Alam mwnunggu seminggu lagi untuk lapor diri di syarikat tu. masa tu, 2008, isu yang paling sensasi kat Malaysia ialah beberapa gadis Malaysia ditahan di luar negara sebagai keldai dadah. Mak mula tak senang hati dengan kedudukan saya yang cuma seorang diri menyertai syarikat tersebut. lebih-lebih lagi, penyelia saya meminta saya menemuinya di KL Sentral untuk membuat liputan tugas pertama pada hari pertama bekerja. saya tewas dengan keraguan Mak. saya senyapkan diri dari penyelia dan saya balik ke Batu Pahat. menyesal? waktu tu, ya. sekarang, tidak. sejak dari saat itu, saya percaya Yang Maha Mengetahui akan menggantikan kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik, in shaa Allah.

nota kaki: nakun, buku HR adalah sangat kompleka untuk saya baca! hahahaha


Sunday, August 18, 2013

T_T

letih. sedih.

letih tau. banyak benda nak organize wisely. kalau salah organize, hidup jadi tak smooth. 
bila saya ada planner, orang kata saya beria-ia. tapi orang tak tahu jadual saya macam mana.
saya ada suami yang merupakan syurga saya, saya ada anak yang menjadi tanggungjawab saya dan saya ada emak untuk dipastikan kelangsungan perjalanan hidupnya (Alhamdulillah di usia 27tahun saya berupaya membawa bonda saya hidup bersama-sama)

kalau Ramadan ada 29 hari, bukan sesuatu yang aneh untuk saya susun hari berbuka puasa saya bersama siapa. kalau Syawal 30 hari, adalah sesuatu yang normal untuk saya menulis Majlis Aidilfitri office saya, kem Inche Hasben dan Rumah Terbuka kawan-kawan dalam kotak planner saya. dua bulan ni kotak planner saya penuh dengan jadual kelas dan tugasan.

apalah salahnya, awak orang ambil 1 hari awak orang untuk buat tugasan juga.

sedih tau bila saya perlu tinggalkan tempat tidur tengah-tengah malam untuk menghadap kerja sekolah saya. dua jam selepas bersengkang mata, saya akan menjengah kembali tempat tidur. sedih tau tengok anak tak lena dan tergolek-golek mencari 'bau' dan 'kehadiran' Ma-nye.

apalah salahnya awak orang faham sedikit dan beri ruang sedikit. 

letih tau. sedih tau. bila tugasan 2 mukasurat pon awak orang buat tak tau je. dengan selamba awak orang kata "INGATKAN ECHA BUATKAN JUGAK"


notakaki: bonda selalu cakap masa tidur saya tak betul. 27tahun tapi organ saya 47tahun.


Thursday, July 4, 2013

Kehilangan.

1.58am, masih tak dapat lelapkan mata.

keadaan ini sangat sukar. berkali-kali memohon diberikan kekuatan. YA, kekuatan itu diberikan. tetapi, dugaan lain diberikan. dalam ketenangan, ketabahan dan kekuatan tu, saya jadi sukar lupa dan sukar lena. kehilangan ini benar-benar melesukan.

Abang kedua Bonda saya iaitu Pak Ngah saya telah meninggal dunia jam 10.15 malam pada 2 Julai 2013. macam tak percaya! memang tak percaya! sungguh berat ujian yang Kau berikan setelah Kau hadiahkan ku dengan kemenangan. 

1 Julai, result penuh final exam semester lepas dah keluar. sejak zaman diploma, pointer terbaik saya adalah 3.33 dan saya sering berasakan bidang yang saya ambik untuk degree ini adalah sangat salah untuk orang macam saya. tapi, entah kekuatan datang dari mana entah, saya cuba dan cuba dan cuba 'pulun' dengan tugasan berkumpulan. waktu tu, niat cuma nak memastikan carry mark saya dapat membantu memandangkan saya tak gemar membaca buku untuk final exam. dan, bila melihat pointer 3.45 untuk semester lepas, saya berasakan Tuhan memberikan sesuatu yang terbaik untuk saya. gembira yang tak dapat diluahkan, perasaan yakin dan bersemangat sangat mencurah-curah.

tengah malam tersebut, saya dikejutkan dengan berita Pakngah dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri. sebaik terjaga jam 2pagi, saya memang tak tido. teman Bonda yang runsing memikirkan keadaan abang yang paling rapat dengannya. esoknya, 2 Julai sepanjang saya di ofis, Bonda tak sudah-sudah SMS menyatakan keinginannya untuk pulang dan melihat keadaan Pakngah. lebih-lebih lagi Pakusu bagitau keadaan Pakngah kritikal. kami bergegas pulang ke Batu Pahat selepas Maghrib. dengan saya yang tidak tido semalaman, Inche Hasben yang keletihan pulang lewat dari kem, kami tawakal semoga perjalanan 3jam 30minit kami dipermudahkan. sepanjang perjalanan saya asyik berkata dalam hati "bertahan pakngah, tunggu echa datang". yang paling saya tak percaya, 2jam 30minit kami sudah menjejakkan kaki ke dalam rumah Bonda. sebaik memasuki pintu rumah, telefon saya berbunyi dan tertera nama Awis (anak Pakngah). saya menggeleng kepala perlahan sebelum menjawab telefon. hati sudah berdetik. SubhanAllah. SubhanAllah. iya, Pakngah dah tak ada. 

sukar nak terangkan perasaan ni. ya, dia cuma abang kepada Bonda saya. dia cuma pakcik saya. dia bukan bapa kandung saya. tapi, selama 27 tahun ini, dia seolah-olah memikul tanggungjawab itu. dia tak buat yang besar-besar. dia buat yang kecil-kecil. tapi, dengan perkara kecil itulah saya dapat rasa hidup ber-bapa. dia hantar dan ambik saya dari sekolah sewaktu saya darjah 1 hingga darjah 6. waktu tu, dia merupakan pengawal keselamatan shift malam di sekolah tersebut. semua cikgu kenal dia. jadi, semua cikgu kenal anak-anak dia dan kakak saya dan saya. perasaan waktu tu untuk budak sekolah rendah adalah 'selamat'. kemudian, jika kelapangan dia akan hantar dan ambik kakak dari asrama. saya jugak masih ingat hari pertama Ramadhan tahun 2000, kami bertolak ke SM Teknik Muar jam 4petang untuk ambik kakak dari asrama. kami bertolak petang sebab kakak tamat paper terakhir SPM jam 5petang. bayangkan, seorang lelaki yang mempunyai 7orang anak melepaskan hari pertama berbuka puasa dengan keluarga untuk memastikan anak saudaranya tidak pulang menaiki bas. SubhanAllah. SubhanAllah.

saya jugak masih ingat, dia sangat teruja bila kakak dapat masuk tentera. waktu tu, dia cukup banggakan kakak. dia kata kakak-lah satu-satunya pewaris dia dalam tentera. masa kakak rekrut, dia bawak Bonda pergi visit kakak. waktu tu, sehari sebelum Tsunami. Hari Krismas. kami tak pasti boleh visit atau tak. tapi, dia beria-ia nak pergi. dia kata kalau tak dapat jumpa pun takpe. hermm, hari kakak posting out, seawal Subuh kami dah bertolak ke PD. perkara itu berlanjutan sehingga saya berkahwin dengan tentera. dia sangat suka tengok saya balik sebab dapat sembang dengan Inche Hasben tentang pengalaman-pengalaman lama dia. 
dan, saya masih ingat sewaktu saya balik untuk PRU13, memandu sendiri bawak Bonda dan anak saya, dia sangat kagum dan buat isyarat 'thumb up' dengan saya. dan, yang paling buat saya tersentuh. setiap kali berjumpa, pasti dia akan bagi rm3-rm5 pada addinsara. kadang-kadang saya segan nak jumpa. sebab, saya rasa bukan masanya dia bagi duit pada anak saya. saya yang patut bagi dia duit. kali terkahir dia bagi duit pada addinsara ialah pada 15Jun2013. dia selitkan duit RM1 sebanyak 5 helai di celah baju addinsara dan terus pergi. tak tengok saya! tak tengok addinsara! selalunya dalam pada memberi duit, dia akan tanya balik KL bila, kirim salam keluarga mertua atau apa-apa perbualan sekadar berbahasa. tapi, waktu tu takde! dan, saya tak terdetik apa-apa pun. 


"Ya Allah, Kau lahirkan ku dengan dibesarkan oleh seorang ibu sahaja. Kau jauhkan ku dari bapa kandungku. Kau pinjamkan ku seorang lelaki untuk aku berasa sedikit nikmat mempunyai bapa. dan kini, Kau ambil kembali pinjaman-Mu. di penghujung hari ini, dalam kesedihan, aku mula menanam rasa syukur ku kerna aku tahu setiap takdir-Mu ada hikmah-NYA" 


2.44am

*wrote on July 3rd, posted on July 4th

Thursday, June 13, 2013

kertas, Jun dan malam.

ini bulan Jun dan ini adalah malam setelah menjawab kertas kedua peperiksaan akhir semester II 2012/2013. ada lagi satu kertas. dan, kemudian perlu menjawab 3 kertas KPSL Penolong Pegawai Tadbir. dan, malam ni rasa macam ermmm macam ermmmm macam keletihan! buat pertama kali rasa keletihan badan dan otak! eh, ada otak pulak ye? ngahahaha.

seriously, tonight I feel sooooo uncomfortable with my brain. feel so painful. eh, boleh menulis omputih walaupon dah sakit otak! ngahaha.

ok seriously lagi sekali. sekarang kalau ada yang bertanya "tak penat ke?" saya pasti akan bercurhat panjang dengan orang itu. saya nangis-nangis sikit. melepaskan lelah. tapi, sekarang dah takde yang bertanya. even inche hasben dah tak peduli gedixx wifey dia ni ada tenaga lagi ke tidak. yang, saya dah tak energetic seperti dulu. =(

pagi tadi, exam dari 9am to 12noon. lepas tu pegi bandar baru bangi settlekan bisnes lepas tu pegi makan kat Warung Bunian (akan cerita di next next next entri jika tak amnesia), sampai rumah 3pm. macam biasalah, khamis kan. mak puasa sunat. so, rasa nak memasak untuk mak berbuka. 4.30pm terus masuk dapur. tak boleh mula memasak lewat sebab hakak ada anak dara yang MIM NUN JIM ALIF nya masya Allah. dia nak Ma duduk bergolek dugong je dengan dia. letihhh jahhh! nak cubit, tapi sayanggggg~

inche hasben balik tengok ada lauk 3 jenis teruss kagum. hakak pon kagum. baru tersedar masak 3 jenis rupanya ye. tapiiii, tidak ler yang tahap dewa bagai. cuma ayam masak merah, sup bayam (kat kampong selamba sebut 'bayam tumis air', kat blog sebut sup lerrrr?) dengan telur dadar. tetap, inche hasben ke-kagum-an. 

lalu, ketika ini hakak berasa sakit-sakit badan!! ngahaha.

nota kecik: maaf ye. otak iolls sakit. sat tulis saya, sat tulis hakak, sat iolls pulak ni. anggaplah iolls nak uji skill kata ganti nama uolls.

Friday, April 19, 2013

sayang, saya rindu awak yang seorang.

sayang.
jika hari ini awak ada, tentu saya tidak se-sekam begini.
ada rahsia, tiada tempat untuk bercerita.

sayang.
sampai hati awak pergi tinggalkan saya.
awak bawak semua rahsia-rahsia saya.
hingga saya lupa yang mana rahsia, yang mana boleh dibicara.

sayang.
saya sakit dek kerana rasa-rasa yang saya pernah cerita.

sayang.
kalau saya datang, awak cari saya ya.
kerna
di sana, saya cuma kenal awak seorang.

sayang, sungguh saya rindu awak yang seorang.


*sehingga hari ni, masih tak tahu apa yang Arwah kata nak bagi sesuatu pada saya.
*sehingga hari ni, masih tak jumpa sepertinya.
*kenapa pergi dulu? awak janji nak cubit pipi anak saya T_T

Monday, November 26, 2012

untuk hilangkan 8.

kerna saya dilahirkan sebagai seorang yang tahu macam mana untuk mendapatkan apa yang saya mahukan, maka dengan lafaz Bismillah, saya memulakan program menurunkan berat dan saiz badan atau lebih dikenali sebagai DIET. 

25 nov - hari pertama tanpa nasi yang terasa aneh jek. pagi, minum kopi O sahaja. lepas tu, lunch tak makan apa-apa langsung. dalam pukul 3 lebih, makan roti + ais krim. dinner makan cheese nan + ayam tandori (share dengan inche asben) pastu minum teh tarik. cara diet ni salah ye tuan-tuan dan puan-puan. ini diet orang gila namanya. lunch tu tak dapat nak proses otak sangat so tu yang tak makan ape-ape tu. dinner terpaksa minum teh tarik which is big NO untuk menurunkan berat. terpaksa sebab nak hilangkan gelisah tak makan nasik. giler la echa! gelisah tak makan nasik! orang kampung kann. perot memang biasa dengan nasik jek. Alhamdulillah, boleh tidur malam dengan makan sekadar itu.

26 nov - breakfast roti + tuna spread. lunch nanti nak rebus sosej makan dengan roti. mula-mula kan, tak boleh nak hilangkan lagi heavy meal. takut tersembam ke bumi. ni pon kepala dah feeling-feeling nak migrain. dinner nanti nak mintak inche asben belikan capati. tekak ni nak Mandi Chicken kat Saba' tu sebenarnya. hahahadoihhh.

p/s: perlu turun 8kg ok. 8kg!!! wish me Luck!

Friday, November 16, 2012

Jurnal Denggi.

salam Maal Hijrah! hermmm, dah berhabuk dah pondok kecik lelangit mega neh. well, fenomena ni memang selalu terjadi apabila tuan punya pondok kecik ni jatuh sakit! saya demam denggi uolss! makanya, nak share pengalaman demam denggi kat sini since masa saya sakit hari tu, saya google 'denggi' dan saya dapat baaaanyaaakkk info dari macam-macam sumber. jadi, mari saya taipkan Jurnal Denggi saya neh! *ni kalau ade orang buat esaimen and search for Jurnal, mesti naek sekali blog neh. kuang kuang kuang.

1st november 2012 - Day 1.
hari khamis. petang around 5.30pm tetiba saya rasa badan seram sejuk dengan menggigil bagai. sangat tiba-tiba sedangkan baru je mandikan Addin sebelum tu & baru lepas call inche asben mintak beli makan. bila inche asben balik, tengok-tengok saya dah terlantar demam & menggigil-gigil! malam tu memang tak boleh tido. rasa sejuk tu menyucuk sampai sendi, badan rasa sakit sangat-sangat. saya tinggalkan Addin tidur dengan inche asben jek. saya lari tido bilik lain. sorry ye nak, Ma betul tak selesa.

2nd november 2012 - Day 2.
hari Jumaat. pegi klinik kesihatan presint 11. suhu tinggi. saya bagitau doc yang saya syak saya denggi (guna word 'syak' depan doc, kelasss yawn!). doc pun syak demikian! Doc mintak pegi buat ujian darah kat klinik kesihatan presint 9. result - platlet saya 210, saya tak denggi. doc kata demam jangkitan virus. memang tengah musim.
malam tu, dengan sisa kudrat yang ada, saya google tentang demam jangkitan virus. baca simptom, kesan dan cari cara mengatasi. saya pon buatlah few things yang disarankan untuk menurunkan suhu badan. malam tu tak boleh tido jugak lagi sebab sejuuukkkk!

3nd november 2012 - Day 3.
sabtu. pepagi hari dah bersiap-siap balik rumah MIL sebab dah janji dengan abang ipar nak mintak tolong cukur rambut Addin. inche asben tak reti + tak berani nak buat sendiri. sumpah laa buat pertama kalinya inche asben yang packing barang-barang Addin dan saya terlantar atas sofa. tak larattt sangat-sangat!

4th november 2012 - Day 4.
ahad. tak larat nak bangun pegi kelas. seharian terbaring lesu. tak tahu menahu kisah Addin. inche asben yang handle seharian. dia jugak yang memasak untuk kami. tqvm yang!

5th november 2012 - Day 5.
tak boleh tahan! petang tu pegi balik klinik kesihatan presint 9. nak pegi presint 11 tapi dah tahu nanti kena jugak pegi buat ujian darah kat presint 9, so pegi teruslah. sampai kat registration, dia mintak pegi kat kaunter infeksi. ok, cut it short - platlet saya 118! saya disahkan demam denggi! terkejut sangat sebab cuma dalam masa 2 hari bacaan platlet saya jatuh merudum macam tu. doc sarankan minum air isotonik, jus buah tembikai & minum air suam banyak-banyak. kena datang check up lagi next day. kalau bacaan platlet turun bawah 50, kena admit. time ni dah feeling-feeling nak nangis. *manja + gedik memang sebati dalam diri

6th november 2012 - Day 6.
selasa. pegi klinik + ambik darah + jumpa doc. masih tak boleh lupa situasi ni. bilik no 2, an indian doc. masuk jek pintu, dia cakap:

"haaa, denggi!" disertai dengan wajah berseri-seri tahap gaban! wajah pon kacak! 

mak datok, happy-nyer doc ni dapat patient denggi. ok, platlet saya 114. jatuh lagi. esok kena datang lagi.

7th november 2012 - Day 7.
rabu. platlet saya 113. semakin jatuh dan jatuh. tapi, badan saya dah tak panas langsung-langsung! saya bagitau doc yang saya syak saya dah sihat. dia kata :

"bila demam dah tak ada, tahap denggi u adalah pada tahap kritikal"

ek? maka, saya bermuram durja semula.

8th november 2012 - Day 8.
khamis. bacaan platlet jatuh kepada 109! dengan yakinnya doc kata :

"esok kalau platlet u turun bawah 100, kita refer hospital ok sebab u dah seminggu demam"

malam tu, inche asben masakkan sup ketam. kawan inche asben bagitau suruh makan sup ketam. kawan-kawan dari gagasan black pearl crew pun bagitau benda yang sama. mak datok, sup ketam inche asben pedassss nyer, tak lalu nak menghirup kuah sup tu. saya makan dalam 5 sudu jek. saya cakap dengan inche asben saya tawakal kalau kena admit. tak lalu nak makan sup ketam tu. tekak pahit, sup pedass!

9th nov 2012 - Day 9.
pegi klinik dengan persiapan untuk di-refer ke hospital. dan, bersedia mental untuk tidur kat hospital tanpa Addin. dah prepare nak dengar result platlet jatuh bawah 100. tapi, jangkaan saya meleset sama sekali. bacaan platlet saya 133!! hoooreeyyyy! cikebum cikebum! ewaahhhh! ni baru makan 5 sudu sup ketam tu, kalau makan semangkuk, kot platlet naek sampai beratus-ratus kot.
tapi doc masih mintak datang lagi on monday. takut bacaan platlet jatuh balik. tapi, hasil bacaan saya, saya dah tahu once bacaan platlet tu dah naik, dia takkan jatuh balik. so, saya tak cuak sangatlah dengan cakap-cakap acah mak enon doc tuh. hekhek.

12th nov 2012 - Day 12.
333!! demikian bacaan platlet saya! doc senyum. dia kata saya dah sihat sangat dah. dah takde denggi lagi. dah tak perlu datang klinik lagi. tak perlu ambik darah lagi. Alhamdulillah. 
lepas-lepas tu jugak saya ajak inche asben pegi Jusco Equin Park dengan niat nak beli baju baru untuk diri sendiri sebab dah sihat! nak bagi penghargaan kat diri sendiri laa konon. namun namun namun, sebaik mendapati saiz seluar saya dah bertukar, rasa ngeri telah menjelma dan saya ajak inche asben balikkk!!! huwaaaa, nape dah gemok?

p/s : bila demam macam ni laa peluang inche asben nak menggiat saya makan ubat. sebab saya ada prinsip rukunegara ke-7 : jangan makan panadol, nanti tercekik sebab panadol beso sangat! kekeke.


Monday, October 22, 2012

berpantang-kah?

aduuhhh! 
adehhhh!
haihhhhh!
(tak baik mengeluh, ada kawan kata setiap kali kita mengeluh, sesaat nyawa kita semakin pendek. pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh persatuan mengeluh sedunia)

haila-haila!
pagi tadi (0720 hrs) telah meng-check akaun gaji. Alhamdulillah gaji masuk macam biasa. so, dengan cergasnya mulalah mambayar bil-bil bagai. ok, setel.  sekarang ni (1248 hrs) check balik akaun gaji, dah tinggal satu per empat jek. haa, mulalah nak panik kan! dari tadi aci seronok jek duk meng-order itu ini, membeli begitu begini kat merata-rata online shop! dah menyesal dah. ni baru hari pertama gaji. yang pegi menyewel menyopping beria nape entahnye.

bila belek-belek balik kat inbox pesbuk, tengok balik jadah-jadah yang telah dibeli, hermmm. memang agak jadah-jadah lah! daripada sekecik-kecik candy (ni paling jadah-jadah) sampai laa sebesar-besar cadar saya beli mak oittt!! *ape laa aku ni

dahlah tadi inche suami cakap dia dapat MC tiga hari sebab injection sel darah putih kat kaki beliau tuh. makanya, inche suami akan berada di rumah semasa produk-produk tersebut sampai. alahai, kena practise buat muka seposen blur-blur lah nehh. 

oleh yang demikian, mari kita belek baki wang dalam buku simpanan ASB & Tabung Haji pulak. hahahaharunsalimbachik!!

p/s: agak-agak perilaku ni boleh membuatkan inche suami menarik balik elaun bulanan beliau terhadap isteri terchenta nye ni tak?? menyesal ni menyesal.

Tuesday, September 25, 2012

Nur Addin Maisarah - penghargaan buat suami

Alhamdulillah. genap 40 minggu, si kecil yang selama ini menjalani kehidupan dalam perut kecik saya telah selamat dilahirkan pada 16 september 2012, jam 5.27 pagi seberat 3.25kg di Hospital Putrajaya. SubhanAllah, jangan ditanya tentang pengalaman atau kesakitan yang saya rasa, tanyalah tentang keinsafan yang berlumba-lumba datang dalam diri saya ketika bertarung nyawa untuk melahirkan nyawa lain. takde siapa boleh tolong waktu tu. cuma diri sendiri dan ketentuan Allah SWT. 

bukan nak buat orang lain mual dengan diri saya yang asyik memuji suami, tapi itulah hakikatnya. tanpa suami yang ada dalam labour room sejak saya ditolak masuk, tanpa kata-kata semangat suami yang tak jemu-jemu memujuk saya, tanpa perhatian suami yang tak henti-henti menenangkan saya, PUTUS ASA adalah satu-satunya perkara yang saya nampak. bayangkan laa, even saya request doctor untuk vacuum baby keluar, suami tak membantah. dia turutkan. tapi, dalam masa yang sama, dia cakap "cuba awak buat sekali lagi, kalau tak boleh baru kita guna cara lain. saya percaya lagi sekali ni mesti awak boleh" Alhamdulillah, Nur Addin Maisarah berjaya saya lahirkan dengan normal dan selamat. saya berhutang kesenangan dengan suami. kenapa lelaki ini lewat dipertemukan dengan saya?

dan hari ini, hari kesembilan saya menjalani proses berpantang, saya rasa Allah memberikan lelaki yang baik sebagai jodoh saya. mungkin dia tak berpelajaran tinggi dan mempunyai wang ringgit macam lelaki-lelaki lain yang pernah saya sangat-sangat cinta, tapi dia adalah lelaki yang saya percaya mampu memberi kehidupan yang baik buat saya. saya percaya sepasang tangan yang dia miliki mampu menjaga saya dengan baik. semoga Allah SWT mengurniakan perkara yang baik-baik sahaja buat suami saya.

buat Nur Addin Maisarah, selamat datang ke dunia sebenar. dunia ni lebih luas dari perut Ma. dunia kecik dulu, cuma Ma yang boleh rasa kewujudan awak tapi sekarang Ayah ada dekat dengan awak. awak kena percaya dengan kemampuan Ayah untuk jaga dan beri kehidupan yang baik pada awak dan kita berdua semestinya. semoga awak menjadi anak yang solehah. Amin.



picture of Nur Addin Maisarah on 21st september - warded because of jaundice

Wednesday, July 25, 2012

dan akhirnya...

awal-awal pregnant, ramai yang puji betapa beruntungnya aku sebab tak mengalami morning sickness langsung-langsung. sangat bertenaga. berselera. senyoomm lebar~

kemudian, dipuji lagi kerana cekal bekerja dan belajar yang menuntut jadual harian yang sangat-sangat sebokk. senyommm lebar~

tak kurang jugak kakak-kakak yang menjerit bila aku mampu berjalan lebih laju dari dia orang. senyoomm lebar~

aku kata "anak askar!"

dan akhirnya, aku angkat tangan.aku mengaku kalah. dalam bertenaga, hilang jugak tenaganya. dalam kesebokan, lenyap jugak seboknya.

telah menangguh pengajian untuk semester ni. hanya kerana lif bangunan! semester ni, aku ambik dua subjek dan kelas untuk kedua-dua subjek tu adalah di level 11. masalahnya, lif bangunan tu cuma mampu mengangkat 7 orang dalam satu-satu trip. kekadang, masuk orang ke 5 pun dia dah berbunyi. dua minggu pergi kelas, aku kena que 30 minit kat lif lobi. 

"alaa, orang pun alami masalah yang sama" 
kata si kakak pejabat pentadbiran waktu aku nak mintak tangguh.

"kak, saya mengandung 8 bulan"

terus dia senyap. aku pun takde laa berniat nak maki dia kan. dalam telefon mana nak nampak perot aku pun. 

takpelah. demi anak, takkan nak gigih jugak-jugak. kalau jadi apa-apa menyesal tak berguna. tinggal sebulan je lagi, insyaAllah. perlu apa berdegil. 

sekarang, masa untuk berehat dan melayari Sabtu dan Ahad dengan sebaiknya!


p/s: err, inche suami ajak ke shah alam sabtu ni. kekeke.
 

Monday, July 9, 2012

090712 - baby, mommy-mu sedang sedih.

pagi ini, telah datang ofis dengan hati yang berbunga-bunga. setelah dua minggu bersenang-lenang datang 7 lebih, pagi ni mula thumb in 6.30am balik. hah, terbaik kann aku! hari ni bawak bekal kuey tiaw goreng hasil air tangan Inche Suami (beria-ia suruh kejut bangun 4.30am sebab beliau nak goreng kuey tiaw. jemu makan stall katanya! *perli aku dah tak buat bekfas laa tu).

dengan hati yang berbunga-bunga ni, aku telah meng-check result exam. maka, setakat itu sajalah bunga-bunga aku! result aku 2.89?? haruk!! terus menggeleng-geleng kepala (macam dalam citer korea time heroin tak percaya dengan hero) disertai dengan hati sekam-sekam, mata genang-genang. entah kenapa nak menangis (ketika menulis entri ni, aku merasakan ekspresi aku agak over pagi tadi). aku jadik upset sebab pointer jatuh. its only second sem kot echa. kenapa mesti anda menjatuhkan pointer itu? series laa aku sedih + frust + nak balik umah + kurung diri dalam bilik air + duduk bawah air pancur = macam scene citer korea jugak!

sekarang, setelah lima jam aku rasa agak sedikit relaks. tapi aku tau selagi aku tak nangis (sebab dah niat nak nangis tadi) aku takkan lega. jadi, cadang-cadang nak tunggu balik rumah nanti, ajak Inche Suami duduk kat sofa pastu nangis-lah kat dia! alahai, gedik kan? aku punya suka laa! tapi memang aku dah plan macam tu. HAHAHAHA (disertai dengan aksi gelak depan skrin komputer neh).

tak mengapalah kalau pointer tu jatuh sikit (berani ko taip perkataan 'sikit' tu wahai jari? dush! dush!) as long as sume subjek lulus. dengar-dengar pulak ada yang pointer below 2.0 so mestilah orang tu lebih-lebih upset dari aku kan? apelah sangat sekadar kurang 0.11 dari 3.0!!! arghhhhh, tensennyer beliau!!!!

p/s: masa diploma selalu jek pointer turun sebab selalu putus cinta. agagagaga! err, tapi sekarang dah kenapanya pulak nak merosot kan? kan?

Tuesday, June 26, 2012

Lara Hati, 25 Jun 2012.

kadangkala perasaan kita ada, tapi kita tak tahu itu adalah perasaan.


semalam (25 jun 2012), aku sembang dengan yana, jiran-sebelah-duduk.

me: kadang-kadang echa rasa echa macam takde perasaan kat baby ni.

yana: eh, kenapa pulak?

me: entahlah. echa rasa biasa-biasa je. dah 7 bulan tapi jalan laju jek. buat tak endah orang tegur jangan jalan laju-laju. lepas tu, makan ape je. macam tak kesian dengan baby. 

yana: biasa kot cha macam tu.

me: kadang-kadang echa tanya aku ni tak sayang anak ke?

yana: eh, takdelah sampai macam tu.

dan, aku diam lepas tu.

Al-kisah...
malam tu, aku makan ayam goreng KFC yang spicy tuh dengan roti canai sekeping. setengah jam lepas tu aku rasa perut bergegar. i mean, baby bergegar. sekali, dua kali, tiga kali, berkali-kali. mula-mula rasa macam itu pergerakan biasa tapi bila dah berkali-kali aku rasa macam itu bukan pergerakan biasa. baby bukan bergerak. baby bergegar!! aku terus bangun dari baring-baring malas. kepala berpinar!! Ya Allah, kenapa ye? panik yang teramat sangat mendorong aku dail Inche Suami. tak berjawab pulak!

few minutes Inche Suami call balik. aku cuma sempat tekan button answer call pastuh aku suruh dia tunggu. berdesup aku pegi toilet dan keluarlah segala isi dari dalam perut!! panik tak terkata woo! sebab aku memang takde simptom morning sickness (Alhamdulillah) dan bila tiba-tiba jadi macam tu dengan sensorang diri kat rumah memang aku panik. Inche Suami memang menggelabah dengar aku vomit bagai. dia nak balik & hantar aku pegi hospital. tapi aku tak mahu. aku anggap dah okay sebab dah keluar semua isi. *inilah habit aku yang Inche Suami gelar sebagai 'keras hati'

aku decided untuk tidur awal. sumpah laa tak dapat nak lena. baby bergegar lagi dan lagi dan lagi. dan, kuasa Allah untuk menyentuh perasaan aku sangat mudah. tak semena-mena aku nangis semahu-mahunya, sekuat-kuatnya! demi Allah, waktu tu aku rasa sangat-sangat-sangat tak nak kahilangan anak yang aku tak nampak secara zahir lagi. waktu tu sayang aku pada anak tu sangat-sangat-sangat mendalam. few minutes menangis-nangis macam tu Inche Suami call balik. aku cuma mampu jawab dengan menangis semahu-mahunya. dan, beliau kata.... 'saya balik'.

dek kerana menangis teruk, aku terlelap. sedar-sedar Inche Suami dah duduk tepi katil, usap perut & bercakap ape entah dengan style ke-bapa-an beliau. aku tak terdaya nak bukak mata pun. dalam sepuloh minit Inche Suami buat macam tu, baby respon. dia gerak macam biasa. terbeliak jap mata aku dalam tak larat tu. dia gerak lagi dan lagi macam biasa. ok, nak ayah dia pujuk baru nak okay. sangat anak ayah!

mungkin aku patut terasa hati sebab dia cuma nak baik-baik bila Inche Suami ada & pujuk. tapi dengan luahan cakap-cakap aku siang tadi, aku rasa semua salah aku. anak mana tak kecik hati kalau emak dia kata tak sayang dia. dia merajuk & pergi dekat ayah dia. simple! 


p/s: terima kasih tak terhingga pada inche suami yang meredah malam untuk balik & pergi semula tengah-tengah malam tu jugak.
p/s: memang sengaja nak tulis entri ni untuk tunjuk dekat baby ni bila dia besar nanti. ^_^





Thursday, June 21, 2012

puasa penuh = dapat duit raya!


salam sya'aban.
kurang 30 hari akan muncul bulan Ramadhan. perasaan sangat bercampur baur neh. jadik, nak curhat-lah perasaan-perasaan tu kat sini.

memula sekali rasa teruja! sebab pertama kali akan bersahur dan berbuka puasa dengan housemate lelaki. auww! sejak dua bulan lepas dah tanya dengan beliau, macam mana beliau berpuasa, sahur makan apa, sahur pukul berapa, berbuka macam mana. hah, maka dengan fed-up-nya beliau ponn jawablah (fed-up itu wujud kerana sejak tanya pertama kali tu, aku akan tanya lagi dan lagi dan lagi. ngehehe.) dalam kepala hotak ni dah plan nak masak itu, nak masak ini, nak buat begitu, nak buat begini. siap nak buat Jadual Makanan Berbuka! ko hado? hahaha.  rasa sangat bersyukur sebab Inche Suami kata beliau TAK BOLEH bersahur nasik. makan roti dengan air jek atau meal yang simple-simple. sebab beliau akan mudah lapar kalau bersahur nasik. horeyy! *berazam nak buat bihun sup, roti & scrambled egg (AZAM sangaaattt!)

rasa kedua pulak adalah rasa takut. takut kalau-kalau gagal menunaikan ibadah puasa dengan cemerlang sedangkan keadaan aku yang 'berupaya' untuk berpuasa penuh. berupaya dalam konteks ni adalah bermaksud aku takde period. so, harusslah boleh puasa penohh kan? tapi, dengan kandungan yang bakal mencecah 7-8 bulan waktu tu, takut pulak kalau tak larat. aku dah cakap depan kengkawan boleh je kalau aku paksa-jugak-jugak untuk bertahan tapi ramai orang advice untuk fikir hal anak. kesian kalau baby tak tahan. oleh itu, aku dah ambik langkah awal. sejak dua minggu err tiga minggu lepas, aku cakap macam ni...

"baby, nanti kita kena puasa tau. kita kena rasa pedih-pedih sikit 
sebab kita tak boleh makan & minum siang hari"

ok, rasa ketiga pulak adalah rasa gugup! Ramadhan menandakan waktu untuk melahirkan anak semakin dekat sebab due aku adalah pada penghujung Syawal. 

"baby, nanti nak keluar elok-elok ye. jangan buat ayah awak panik tau"



*ok, tetiba lapar nak makan scrambled eggs. kuang kuang kuang!




Saturday, April 28, 2012

anak kecil yang mendengar kata!

Bismillahirrahmanirrahim...

pagi ini (28 april 2012 - SABTU), telah bangun awal-awal pagi TANPA tidur semula! cekal bukan? modus operandinya adalah untuk membuat paperwork assignment individu lepas tuh nak practice untuk group presentation esok! disebabkan kita telah blurr mengadap paperwork, kita pon start practice present! lalu, masalah telah dikesan! kita semput uolss!

al-maklumlah, usia kandungan dah 5 bulan, kita pulak beria-ia melontar suara + semangat padahal kita kena present satu slide jek. adoihh laa! point dalam slide cuma ada empat, tapi kita ada extra notes atas que card sebanyak empat point! so, ada lapan point-lah kita! nak dibuang extra notes tu pon tak boleh sebab kita rasa dah cantek sesangat (perasan! HAHA). nak aci selamba baca point slide semata pulak, lect kita saaangat fussy bab present. agak-agak dia bagi extra marks tak sebab kita pregnant? heheh.

maka, kita pun try-lah meminta bantuan kepada si kecik dalam perut neh.

"my dear baby, please support your cute momma by giving 100% commitment for the presentation okay. momma will buy you cute toys later"

Alhamdulillah, my practice of presentation goes well. good baby!


p/s: petang ni nak jenjalan pegi bangsar. farewell kawan bahek. macam mana Kuala Lumpur agaknya. selamat-kah untuk dijalan-jalan?


Monday, April 9, 2012

Fazura.


entahlah. kenapa entah. memang suka dia sejak kapan dia ada dalam industri. dia cantek! paksa boyfren-ketika-itu pegi tengok Pisau Cukur sebab dia berlakon! hah hamik kau, cantek betol dia dalam tuh! sampai dah plan nak bubuh nama Intan kat baby girl sempena watak Intan dalam pisau cukur tuh! haila haila dramatic side of echa!

princess to be pulak hah! bertuah badan. bertuah wajah cantek! ko hado??

ai doakan yu dipertemukan jodoh dengan yang dimaksudkan ye. gila tak meriah princess ai cantek macam ni! and hopefully bila tiba masa untuk mereka jadi YDP Agong (oh echa! teruk dah minda kau!) nanti, ai boleh ceghita kat anak-anak how much their (banyak anak yek!) mumma adored this beautiful lady! @_@


p/s : Puteri Intan - hah, gabung sume watak fazura! haha! bahek bubuh Fazura jek kan? kan?

Tuesday, March 27, 2012

Kisah Rumput Kuning - Bahagian III

"dan, kadang-kadang tahap kesabaran manusia tu sangat ada hadnya. jangan cuba-cuba nak menduga. Kemudian hari, kamu akan kenal siapa dia sebenarnya"

minggu sudah, aku telah memperkenalkan sisi baru diri aku depan kengkawan bahek di pejabat. sisi baru aku ni bukanlah sisi yang cantik untuk diteladani. tapi, sisi yang menunjukkan betapa pincangnya pengurusan emosi aku. jadi, jangan sesekali cuba menduga. kelak, semua tanggapan baik semua orang pada aku akan tersasar. walaupun kesal sebab dah reveal the dark side of echa, aku cuma memujuk diri dengan mengatakan ‘pedulik hape’. kuikuikui

al-kisah, rentetan dari kronologi kisah tragik untuk masa depan neh, aku dan kengkawan baek telah dikejutkan dengan kepulangan silon (bukan nama sebenar. misti la bukan nama sebenar kan? tak melayu-lah nama silon! *pukul anak sindir menantu) maka, aku dengan kengkawan pun bersemuka-lah dengan beliau untuk mintak penjelasan tentang hal beliau menulis nama penuh kami di status pesbuk beliau. siap bubuh situ kata kami ni telah menganiaya beliau. pastuh dia tulis lagik kami yang menyebabkan perselisihan antara beliau dan orang di opis ni hah. she said all that in her writing okay! dan, bila kami tanya, desak dan naik suara kat beliau, beliau tanya ini pulak pada kami…

“ada masalah ke kat korang kalau aku tulis nama korang? korang kisah ke?”

dan, persis papan selaju, aku pon meluncurkan kata-kata ini…

“apa bodoh sangat kau ni? kalau aku tulis nama penuh kau kat serata tempat, kau kisah tak? kau ade masalah tak?” (hari ni, aku mula berasa kesal kerana terlalu jujur menutur bodoh. patut aku beralas sikit kan? ye tak?)

as a dramatic person, untuk hujah-hujah seterusnya, beliau keep saying “yelah, aku kan bodoh”. euuww! aku tak lalu dek ayat merendahkan diri sendiri oleh orang yang sesuka hati mencari masalah dengan aku SEDANG AKU TAK HINGIN NAK BERURUSAN MASALAH DENGAN DIA!

sila klik untuk mendapatkan imej yang lebih jelas. nama berbayang hitam adalah nama aku dan kengkawan bahek yang aku padam sebagai langkah tidak menonjolkan diri. nama berbayang merah pulak nama mangsa lain yang turut teraniaya. ^_*



p/s : makin hari makin garang. ko mampu?

Thursday, March 15, 2012

In the mood of opak-opak!

tuntutan kehidupan semakin sukar sejak kebelakangan ni. masa, komitmen, wang ringgit & keharmonian sangat sedang aci kejar meminta masing-masing diutamakan. setakat dengar keluhan wanita lain untuk menjadi isteri solehah, ibu mithali, pekerja bertoleransi dan pelajar yang sistematik mungkin terlalu klise. tapi, bila semua perkara tu jatuh atas bahu sendiri, aku mula rasa KLISE & AKU sudah tak lagi serasi. semua benda macam baru nak kenal hari ni. subhanAllah.

setiap pagi akan rasa sengal-sengal tulang untuk bangun sediakan even segelas air untuk suami. setiap kali menghadap komputer untuk buat kerja kat ofis, akan rasa migrain untuk pandang semua kerja-kerja tuh. setiap kali nak melangkah keluar rumah untuk pegi kelas akan rasa menyesal sambung study pastuh nak quit. semua komitmen memerlukan keharmonian supaya aku selesa dan tak bermasalah kelak. kadang-kadang, dah susun jadual masa cantik-cantik tapi perjalanan tetap rasa sedikit kelam kelibut.

namun namun namun (tahu kan sebab apa namun ada 3 kali) dalam kesukaran ni, aku bersyukur yang tak terhingga sebab dianugerahkan kekuatan ketika mengandung ni. ketiadaan mual, loya, pening & muntah memudahkan segala urusan. kemampuan aku masih sama, kekuatan aku masih terdaya. syukur Alhamdulillah ia sangat membantu! Ya Allah, Kau kekalkanlah anugerah ini hingga tiba masa untuk zuriat ini dilahirkan serta zuriat-zuriat yang akan datang. Amin…

p/s : sangat puas hati dapat makan opak-opak hokayy! kita sayang emak kita forever!

Tuesday, January 24, 2012

sudah.


nak tulis sangat. tapi tak tahu nak mula dari mana.
nak cerita sangat. tapi tak tahu nak cerita apa.
nak tanya banyak sangat. tapi tak pasti nak tanya macam mana.
nantilah. bila ada idea.
sekarang sangat sudah giler.


p/s: dah tak buleh rebonding. ubat tak bagus. ^_^

Sunday, January 8, 2012

901.


telah merajinkan diri pegi kelas (ok, sebenanya ada skip jugak. bukan echa-lah kalau tak skip kelas)

sekadar hiasan. tq google images.


telah tungkus-lumus buat kerja sekolah (last minute person i am!)

camni laa gaya aku wat esaimen. mane de tungkus-lumus sangat pon.


telah study segigihnya (nonton Hawaii Five O lebih gigih rasanya!)

gitu! tido lebih banyak. haila-haila.


kini, tibalah masa untuk bagi balik kat lecturer apa yang beliau dah ajar dalam beberapa helai kertas.


mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


p/s: my first day final exam dirisaukan dengan satu kumpulan orang yang nak berdemonstrasi atas jalan. kenapa mesti 901? buat laa 1001 ke 1101 atau 1201???

Tuesday, January 25, 2011

terik musim tengkujuh.

hukhukhuk pembuka bicara...

waktu pembentangan Bajet 2011 hari tu, ade dah YAB PM bentangkan pasal caruman kwsp-kejadah-wat-so-ever apa akan jadi entah. tapi sumpah laa aku tak ambik pusing kan? iye laa, time tuh teruja nak tau ada bonus ke tidak jek. (mata wang betul neh).

maka maka maka (memang nak taruk tiga kali supaya cerita ni kedengaran sangat tragik) apabila menatap slip gaji Januari 2011, darah pun mula berlari setempat lalu pening-pening lalat mula terbit di kepala manusia seorang AKU! mengapakah potongan kwsp begitu banyak di situ? bukan ke baru jek naik bulan 10 hari tu sebab pelarasan gaji tahunan aku? jadi mengapakah naik dengan banyaknya lagi?
dan seketika kemudian amnesia aku pun pulih. terngiang-ngiang-lah suara Bapak Presiden membentangkan tentang caruman 8% ke 11% apa kejadah itu. arghhhh....

dan dan dan apabila mata tertancap pada potongan PTPTN pulak, sekali lagi darah mula berlari setempat dan dan dan sedikit berkocak lalu lalu lalu migrain mengetuk-ngetuk manja. mengapakah banyak potongannya di situ?? oh-no-i-am-going-to-die! sesak nafas kak tipah sekejap anak-anak oitt!
setelah berjaya tarik nafas me-relaks-kan peparu barulah aku sedar ini sudah 2011. potongan akan bertambah mengikut jadual yang dah dipersetujui (agreement tu pun aku dah hilangkan dengan eksyen-nye!)

agak ngeri kejadian potongan-potongan gaji yang naik mendadak ini ye. dengan gaji bersih sebegitu kemudian nak bagi mak, sewa rumah, bil internet kat kampung, bil astro rumah mak yang semuanya ditaja oleh AKU maka terduduklah anak bongsu dari dua orang adik-beradik ini. T_T

macam mana nak buat wedding tema dalam gua macam ni? nak setup lighting dalam gua jek dah cecah puluhan ribu. gaji pulak asyik menanggung potongan jek. kena tukar tema neh! ngahahaha.

p/s: tua sebelum waktunya!