Monday, September 15, 2014

budak menulis.

selalu. selalu ada orang tanya "kenapa ambik course tu?". dan, saya tak pernah ubah jawapan saya sejak dulu. sebab saya minat. yup, saya minat dengan bidang penulisan. saya tak dapat nak sah kan sejak bila tapi satu perkara yang saya ingat, setiap kali dapat buku teks untuk darjah atau tingkatan baru, perkara pertama sekali saya akan tengok nama pengarang buku tu. kemudian, saya akan baca latar belakang beliau kat kulit belakang buku. tu masa kat dalam kelas sebaik saja dapat buku-buku teks tu. lepas tu malam dah balik rumah, saya akan belek-belek dari muka depan hingga habis sebuah buku teks. saya tengok gaya penulisan setiap pengarang. selalunya pengarang buku teks lebih dari seorang, so siaplah saya teka siapa buat bab itu siapa buat bab ini. 
sama jugak dengan baca surat khabar. setiap hari Ahad, ada satu ruangan dah-tak-ingat-nama dalam akhbar Mingguan Malaysia. itulah bacaan kegemaran saya masa sekolah rendah. saya tak peduli pun dengan isu yang dikupas, saya baca sebab saya suka dengan kesinambungan ayat demi ayat dalam sesebuah penulisan yang membuat mesej artikel tersebut sampai kepada pembaca. kemudian, masa sekolah menengah saya suka jugak ruangan Jarum Emas dalam Metro. resah betul kalau hari minggu hujan turun. sebab, saya tak dapat kayuh basikal untuk beli surat khabar. 

tapi itu lah, kerugian saya dalam perkara ni ialah bila saya tak mampu untuk membeli nashkah-nashkah bagus di kedai buku. waktu tu, semua buku kelihatan mahal untuk saya mintak Mak belikan. tipulah kalau saya tak kecewa. saya pernah sebak (bergenang air mata) sebab dah tunjuk macam-macam isyarat menandakan saya nak satu buku tu. Mak kata mahal sangat, saya tak perlu buku tu untuk sekolah. Mak cuba pujuk dengan suruh saya pilih majalah Kuntum, Bintang Kecil etc tapi saya tak mahu. saya terus keluar dari kedai buku tu. (baca: saya anak bongsu yang memang kuat merajuk). oh tapi, saya puji sikap Mak saya yang memupuk budaya membaca pada saya dan kakak. kakak saya pelanggan setia majalah Bujal. mak belikan tiap-tiap bulan. Mak kata komik tak berfaedah, majalah kanak-kanak yang macam Bujal, Kuntum tu semua ada isi yang berguna. masa mula-mula bercadang memohon jurusan penulisan, saya memandang ke arah kewartawanan. menulis berita, menulia artikel, menulis jurnal. semasa temuduga untuk memasuki Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang kini dikenali dengan nama ASWARA, saya sangat gementar. bila ditawarkan, saya terlalu gembira. tapi, yuran pengajian sebanyak 16,000 merupakan kekangan besar buat saya. saya rasa, Mak pun tak sangka saya akan ditawarkan. lebih tepat lagi, Mak tak tahu yang minat saya begitu dalam dalam bidang ini.

tamat diploma, saya ditemuduga dan ditawarkan jawatan wartawan pelancongan di sebuah majalah pelancongan yang kini semakin terkemuka. tak mahu sebut, sebab nanti orang google nama majalah tu akan dapat pautan ke pondok buruk saya ni. hehe. dengan semangat tamat belajar dah dapat kerja, saya dapat rumah sewa, pinjam kereta kakak, saya terus menetap di Shah Alam mwnunggu seminggu lagi untuk lapor diri di syarikat tu. masa tu, 2008, isu yang paling sensasi kat Malaysia ialah beberapa gadis Malaysia ditahan di luar negara sebagai keldai dadah. Mak mula tak senang hati dengan kedudukan saya yang cuma seorang diri menyertai syarikat tersebut. lebih-lebih lagi, penyelia saya meminta saya menemuinya di KL Sentral untuk membuat liputan tugas pertama pada hari pertama bekerja. saya tewas dengan keraguan Mak. saya senyapkan diri dari penyelia dan saya balik ke Batu Pahat. menyesal? waktu tu, ya. sekarang, tidak. sejak dari saat itu, saya percaya Yang Maha Mengetahui akan menggantikan kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik, in shaa Allah.

nota kaki: nakun, buku HR adalah sangat kompleka untuk saya baca! hahahaha


No comments: