Thursday, July 4, 2013
Kehilangan.
Tuesday, February 21, 2012
Kisah Rumput Kuning - Bahagian II
sambung kat entri baru sebab entri bawah dah panjang sangat. macam esei hari kebangsaan pulok.
lepas kahwin, aku rasa bahagian-bahagian ni bukan lagi tanggungjawab aku. sibuk nak menyindir orang, dengus-dengus kat orang nak buat apa? baik fikir nak masak apa balik rumah nanti. takkan hari-hari nak makan kat kedai. kalau macam tu, lebih baik Inche Suami kahwin dengan tukang masak kat kedai. demikian, DALAM DIAM AKU MENYINDIR MEREKA YANG MALAS MEMASAK.
aku dan sahabat-sahabat mula menumpukan perhatian pada life kami yang superb best nih. celebrate besday k.zty, celebrate besday yna, makan-makan dan makan-makan lagi. Inche Suami pun sangat suka berkawan dengan kami-kami. dia ikut jek semua program kami.
yang tak seronoknya, mereka masih terus-terusan menyerang mental dan fizikal kami especially ahli paling besar dalam group tu. menjerit, merengus dan mencebik tiap kali jumpa kami orang. aku pernah kena baaaaaanyak kaliiiii, beribu-ribu lemon okay! aku rasa yang paling dahsyat waktu satu pagi yang hening, sebaik aku keluar lif aras 5, ahli paling besar tu masuk lif. kami berselisih. aku buat dek jek laa. suddenly aku dengar bunyi kuat berdentum dari dalam lif yang dia dah masuk tuh. sumpah kuat! macam orang tendang sekuat hati. menggigil kejap jantung aku okay! lepas-lepas tu ada jugak aku dengan yna try tendang lift tu tapi tak dapat pun bunyi gempita macam dia buat. gagahnya dia?? cucu badang eh?? hikhikhik. hesy nanti bb jadik gagah pulok.
dan yang terbaru kejadian 17 februari 2012 (sebenarnya ni laa yang aku nak post. mukadimah jek sume tadi. haha!) sebaik aku keluar dari pintu ofis, dah nampak kereta Inche Suami menunggu. dan aku jugak nampak kereta suami ketua ahli paling besar tuh atau perempuan itu (bukan nama sebenar) di hadapan kereta Inche Suami. ok, fine laa kan. aku masuk kereta. duduk. tak tutup pintu lagi. gurau senda sakat-sakat dulu dengan Inche Suami. maklom laa, suami isteri gedik. kuikuikui. then bila aku nak tutup pintu, maka telah terlihat-lah akan kelibat perempuan itu keluar dari pintu opis. sebaik perempuan itu melihat aku kat dalam kereta Inche Suami, dia berpatah balik kea rah kawan dia. Then, perempuan itu hentak-hentak kaki manja sambil cakap…
“alaaa, tak nak lalu situ. takut!” jari dia tuding kat kereta aku.
aku nganga habes woo tengok dia! kerut dahi kejap.
kawan dia tanya kenapa. dia ulang lagi aksi yang sama serta dialog yang sama.
“tak nak lalu situ. takut. tak nak. tak nak, takuuuttt!” dengan hentak-hentak kaki sekali. tuding jari kat arah kereta aku lagi.
tanpa sedar, istighfar tersuara keluar. Inche Suami tanya kenapa. dan aku tunjuk kat perempuan itu yang masih lagi hentak-hentak kaki. Inche Suami tengok.
‘’kenapa tu?”
“entah. dia kata takut nak lalu kat sini. sebab saya ada”
“kenapa?” tanya Inche Suami lagi. kereta masih tak bergerak.
aku kerut kening, carik jawapan. then aku bukak penutup balang kerepek kentang. kunyah slow-slow.
“ermmm, tu nak tunjuk dia samseng laa tu. dia nak tunjuk walaupun saya dengan suami saya, dia tak takut. dia tetap boleh tunjuk yang dia tak suka saya” mulut penoh kerepek kentang.
Inche Suami pandang sekilas lagi kat perempuan itu. lagi Inche Suami pandang, lagi galak perempuan itu tunjuk-tunjuk ke arah kereta kami. kereta masih tak bergerak lagi. kami suami isteri macam tengah tengok babak erra fazira berlakon gila kat bus stop sebab kena halau dengan suami beliau dalam Hingga Hujung Nyawa. terpegun!
“kesian. suruh dia sembahyang dan berdoa banyak-banyak” Inche Suami masuk gear satu. lepas clutch & tekan pedal minyak.
eh? ape kaitan? soal aku dalam hati. suapan kerepek kentang makin laju. krunch. krunch.
*pagi ni (Isnin, 20 Feb), aku bersemangat pergi opis untuk cerita pada sahabat-sahabat tentang kejadian jumaat tuh. Aku ulang tayang aksi hentak kaki, tuding jari dan jugak dialog perempuan itu. sahabat-sahabat sambut dengan gelak tawa. Ooohhhh, patut Inche Suami kata ‘kesian’.
*rumput kuning bermaksud meLAYU.
Kisah Rumput Kuning - Bahagian I
setelah hampir setahun, rasa teringin nak conteng tentang kisah yang tak wajar berlaku di kalangan wanita. ingat malas laa nak share kat sini sebab RASA TAK BERKEPENTINGAN. namun, namun, namun (tiga kali menunjukkan betapa logiknya penulisan ni :p) rasa nak jugak-jugak tulis tentang kejadian tuh. manalah tau, keadaan semakin meruncing, situasi teramat tegang lalu membahayakan keadaan aku kan lalu terjadi apa-apa pada diri aku yang lemah serta tak berdaya ini (euwww), dan ada kawan-kawan try-try usha laman sesawang yang memang bersawang ni, maka adalah pokok pangkal ceghita. ye dok? maksudnya, kalau dapat khabar berita aku dicederakan, anda taulah siapa suspek utama.
april 2011 – seorang sahabat (ketika itu) telah bercinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang. kami (aku + kawan-kawan) tolong laa advice dengan menyatakan pendapat kami. of cos laa kami tak bersetuju sebab kami ni ‘sayang’ beliau. (frasa sayang ditambah symbol ‘ dan ‘ kerana ingin menyindir diri sendiri. haha!) namun, teguran kami telah disalah anggap lalu sahabat pun menukar haluan dengan bersahabat dengan kawan-kawan lain. demikian, ITU SAHAJA TITIK PERMULAAN CERITA. tak lebih tak kurang. Ulang ayat, tak lebih tak kurang. Ulang lagi, ITU SAHAJA TITIK PERMULAAN CERITA.
tanpa ribut petir tetiba hujan turun. basah laa kan? ok, maksudnya di sini adalah dengan tak semena-mena beliau dan kawan-kawan barunya membuat pakatan dengan mengutuk kami di laman sosial iaitu facebook (bukan nama sebenar). teruk kot aku kena kat facebook tuh! antara ayat-ayat yang mereka tulis adalah:
“LAKI AKU SURUH REMOVE DIA SEBAB ORANG MACAM DIA BOLEH BUAT AKU SAMPAI TAK TIDO MALAM”
komen aku : dey, engkau yang emosi sangat sampai terkenang-kenang aku kenape?
“KALAU DIA MENYALAK DEKAT KITA, KITA BUAT PEKAK JE”
komen aku : kasar sangat kot penggunaan ‘menyalak’ kat sini. nanti aku nak try mengaum pulak!
kemudian, datang pulak makhluk entah dari mana ceruk dunia, menulis ini.
“MEREKA (mereka dalam konteks ini sebenarnya adalah nama penuh aku dan dua lagi sahabat) TELAH MENGGANGGU HIDUP SAYA BILA MANA SAYA TAK MENGGANGGU HIDUP MEREKA”
komen : sah sewel! sebab dia tiba-tiba muncul entah dari kejadian yang mana aku pun tak tau.
rentetan dari tulisan yang terakhir itu, muncul pula sahabat lama yang dah tukar haluan tu dengan ayat ni…
“DIA ORANG NI MAK BAPAK TAK AJAR”
komen : kau bercinta dengan suami orang tu hasil ajaran mak bapak kau ke??! *pheewwiitt! echa-in-the-house bebeh!
woooo! kau telah bermain ayat yang salah pada orang yang salah nampaknya. lalu, aku dengan beraninya telah mengamuk di aras 5. mengamuk teruk ye! suara memey halilintar memecah bumi palestin ar! gila kau! sebut-sebut mak bapak pulak kan. aku memang dramatik lebih sikit kalau pasal parents thing ni. benda yang takde pun aku boleh adakan tau! semua ilmu masa hambik asas seni lakon tu aku curahkan ar. tinggal babak menangis bak Neng Yatimah jek aku skip. sebab takut make-up rosak kat opis. sejak itu, macam ada clash of the titans lah kat opis aku neh. macam Vampire Vs Lycan. macam Terminator Vs Resistance. (banyak sangat nonton movie gaduh-gaduh ni laa jadiknya)
Thursday, January 12, 2012
Iman

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
Wednesday, June 1, 2011
ask for more.
"Ya Allah, jika aku yang menjadi punca dalam perbalahan ini,
Kau detikkanlah rasa bersalah yang tidak terhingga dalam diriku.
kau doronglah hatiku untuk memohon maaf pada mereka.
namun, jika aku berada di kalangan yang teraniaya,
Kau jauhkanlah kesemua mereka dari dalam hidupku."
and now Allah is answering me. Thank you Yang Maha Mengetahui.
Thursday, May 19, 2011
senyum kuat hati.
takde apa yang boleh aku cakap lagi. aku telah membawa diri aku kembali ke landasan. tahukah anda aku telah give-up teramat sangat dengan karya kecil aku? aku telah letak pen hampir 365hari. aku jadi benci pada semua perasaan kagum + minat + sayang aku pada semua jenis tulisan. aku mendambakan diri pada kerjaya semata-mata. aku tak salahkan kerja ni. ia punca rezeki aku. dan ia halal. cuma, kerana kerja yang beria-ia (kerjaya) ini telah buat aku lemas. bertambah pulak dengan frust pada satu orang industri yang sebelah mata memanipulasi usaha kecil aku.
tapi hari ni aku dah kembali. kembali percaya pada kesungguhan + kesayangan aku yang boleh pergi lebih jauh daripada kerja yang beria-ia ini tetapi aku didungukan oleh mereka yang rasa bangunan itu dipunyai oleh bapa-bapa mereka. sedang mereka juga memberi khidmat seperti aku. yang membezakan kami cuma rezeki. dan aku mula menanam kembali keyakinan bahawa rezeki ada dimana-mana.
sabarlah wahai hati. kuatlah. tumbangkan ego manusia yang kebulur harga diri. *senyum
Tuesday, May 17, 2011
Janji.
jadi, saya perlu padam 18 nombor telefon. saya senyum.
Monday, April 25, 2011
Al-Fatihah.
Lea yang saya kenal, seorang yang sangat periang. melihat dia menangis di bahu kawan-kawan dan jugak saya, buat saya sebak. bila cik sofia kata "macam-macam dugaan kau ye Lea" ketika kami sedang berbual kosong, saya langsung tanya pada diri.
saya tak punya jawapan. saya tak jumpa jawapan.
mengingati arwah ayahanda Lea membuat saya tersenyum dengan mudah. jauh di sudut hati, saya doakan Allahyarham Pak Cik Mustafa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah...
Friday, April 22, 2011
the age of Love.
dari kejauhan, aku cuma harap dia tabah.
Ini....
Untuk dia...
Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan
Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa
Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali
Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini..
Semoga dia baik-baik saje.
Tuesday, January 18, 2011
kandungan gula dalam darah sangat tinggi.
ish, sangat tak patut mengeluh pada pembukaan karangan lagi. kan? tapi tak boleh nak elak. nafas dah sesak ni hah. semakin dekat dengan hari ijab kabul (takde laa dekat sangat. makan tahun jugak senanya. aku kan gedik bab story-telling neh), makin menjadi-jadi penyakit fius-hormon-tak-ngam kami neh.
anda bayangkanlah kalau nak decide perlu apply cuti rehat hari apa pun kami boleh bertelagah sampai mengungkit hal anak cucu. gila kan? belum ber-anak dan ber-cucu pon. gila keji betul kami neh. belum campur bab lagi doploh minit nak masuk cinema pon boleh aci kejar-pujuk-lari kat Times Square?? dey kakak, hengat 14 years old ke?
bila cerita kat kengkawan, ayat klise dorang:
"darah manis memang macam ni cha. ni baru sikit"
manis laa sangat! kan? yang menimbulkan hairan pulaknya, bila dah berbaik, memang kami baik sesangat. Romeo & Juliet pon menangis laa tengok betapa romantiknya kami. malah Datuk Yusof Haslam pun silap-silap nak angkat kisah cinta kami bikin filem! haisheteru!
belum pon 14 hari beliau bercuti sakit ni dah lebih lima kali jugaklah kami gaduh. hebat tak hebat. mungkin doc dah tersalah buat operation pada beliau hari tuh. tertebuk lubang pada hati pastuh tertambah lemak dalam otak. *saya marah ni.
Friday, June 25, 2010
biar hujan lebat, jangan gerimis.
hari ni, bila aku dah berkerja dan bercampur dengan orang besar, aku mula mual dengan cara mereka. orang besar ni rupanya tak semua bijak dan tak semua berfikiran matang. ada yang langsung tak dewasa. mereka cume menua.
saket betul kepala ni bila setiap hari perlu berhadapan dengan orang-orang macam ni. melihat mereka memanipulasi fakta, melihat mereka memanipulasi orang & melihat mereka memanipulasi diri sendiri, aku rasa nak tunjuk mereka satu lagi pintu....BERSARA jeklah ye!
Wednesday, June 23, 2010
belajar dari hal yang kecil.
selalunya, sebaik jejak kaki kat bus stop depan ofis, aku akan letak soal MEMILIH tu kat belakang. bas mana yang datang dulu, aku akan naik, as long as bas tu tak pergi Alamanda dulu. nak balik rumah aku ada banyak bas. jadi, aku tak heran naek bas mana-mana pun, walau jauh pusingannya masuk ceruk-ceruk presint, sudahnya aku akan sampai rumah jugak.
tapi kalau aku naek bas yang pergi Alamanda dulu, jiwa aku akan saket. sebab bas tu akan pusing bulatan kat kompleks tu sahaja sebanyak 3x! kira campur-campur adalah dalam 1jam lebih baru sampai rumah padahal dari ofis ke rumah sebenarnya cuma 10-15 minit (kalau tak jem & naek kenderaan sendiri. hehe).
hari ini, aku tiba-tiba jadi memilih. aku nampak bas 300 yang dah balik dari Alamanda. tapi bas tu tak masuk bus stop depan ofis. driver tu pusing dulu bulatan kompleks. hah, ini sudah bagus! detik hati aku. kejap lagi, habis pusing kompleks mesti bas tu terus ambik aku & terus balik rumah. jadi, aku buat keputusan untuk tak naek bas yang laen.
masa berlalu. bas pun berlalu. 100, 101, 400, 500. semua dah lalu. kawan baek aku pun dah balik. eh, mana bas yang aku tunggu tadi tu? lama betul pusing bulatan kompleks neh. hati dah merungut-rungut.
'aku nak beli bege special ni, nanti habis pulak!' si setan tamak dalam hati mula marah-marah. gila apa.
aku mula duduk bangun. haish! tak boleh jadik. malas nak tunggu bas tu lagi. lantaklah bas apa pun yang datang lepas ni, aku naek! aku tak nak naek bas 300 tu!
sedang aku marah-marah, kelibat bas 300 muncul terkedek-kedek masuk ke bus stop. aku muncung-muncung tengok drebar tuh. naek bas, terus meluru carik tempat duduk.
bas tu tak masuk presint laen, terus ke presint rumah aku. aku tersenyum puas! sampai-sampai, kedai bege bukak, aku beli bege, naek rumah & makan dengan lahapnya.
sambil makan, aku fikir satu pengajaran yang aku dapat dari kejadian tadi.
em, ape ye?
takpe, makan jek bege neh. nanti fikir. =p
"tak perlu terburu-buru dalam mengambil sesuatu tindakan, asalkan yang dipilih itu buat kita selesa, itu sudah memadai"
Friday, April 3, 2009
he's nobody to you, but.....
aku tak minat politik.
cuma, aku sayangkan seorang yang aku mula tahu siapa sebenarnya dia.
maaf. terlewat mengenali.
he's nobody to you...
but going to be somebody to me....
Friday, March 27, 2009
in the middle of love & hate..
level 5, at my office....
she: cha, awak in love ke?
me: ish, nape akak tanye camtu?
she: mood awak berubah-ubah lately neh. in love ke?
me: takde lar in love. berkawan-kawan je...
she: in a relationship?
me: ermm........... kind of...
she: erm awak tu agak panjang dari biase.. why?
me: erm... dia sangat fast forward la akak.. (sungguh kelihatan sikap lurus-ku. pantang dipetik terus menyala!)
she: fast forward macam mane?
me: he wants to see my parents!
she: baguslah macam tu! nampak kesungguhan dia nak serius dengan awak!
me: akak, untuk bawak seorang lelaki jumpa parents adalah perkara terlewat yang akan saya buat dalam keadaan sekarang ni. benda takkan berulang..
she: awak ni paranoid lar..
me: hah?
she: yup! paranoid! awak tu syak wasangka sangat dengan diri sendiri. dahlah tu, asyik fikir bukan-bukan je dengan orang yang nak dekat dengan awak.
me: tidak lar sampai macam tu. saya takut kalau-kalau saya ni tak boleh bagi komitmen macam orang laen. lagipun, kena la fikir & nilai dulu tahap kesungguhan dia sampai mana. arah tuju dia kemana. komitmen dia, tanggungjawab dia, keikhlasan dia! tu semua pakej tu. ingat senang-senang je ke nak serah diri kat mana-mana lelaki. buatnya dia penjenayah paling berkaliber atas dunia ni, macam mana?
she: confirm paranoid!
me: hahahaha. yela2, paranoid lar saya neh!
she: cha, menurut fakta, paranoid tu boleh menyebabkan kanser tau...
no answer. diam itu yang terbaek.