Wednesday, June 23, 2010

belajar dari hal yang kecil.

tadi, masa balik dari tempat kerja pada 1730, aku telah memperolehi satu ilmu yang besar. di bawah tajuk PILIHAN.

selalunya, sebaik jejak kaki kat bus stop depan ofis, aku akan letak soal MEMILIH tu kat belakang. bas mana yang datang dulu, aku akan naik, as long as bas tu tak pergi Alamanda dulu. nak balik rumah aku ada banyak bas. jadi, aku tak heran naek bas mana-mana pun, walau jauh pusingannya masuk ceruk-ceruk presint, sudahnya aku akan sampai rumah jugak.

tapi kalau aku naek bas yang pergi Alamanda dulu, jiwa aku akan saket. sebab bas tu akan pusing bulatan kat kompleks tu sahaja sebanyak 3x! kira campur-campur adalah dalam 1jam lebih baru sampai rumah padahal dari ofis ke rumah sebenarnya cuma 10-15 minit (kalau tak jem & naek kenderaan sendiri. hehe).

hari ini, aku tiba-tiba jadi memilih. aku nampak bas 300 yang dah balik dari Alamanda. tapi bas tu tak masuk bus stop depan ofis. driver tu pusing dulu bulatan kompleks. hah, ini sudah bagus! detik hati aku. kejap lagi, habis pusing kompleks mesti bas tu terus ambik aku & terus balik rumah. jadi, aku buat keputusan untuk tak naek bas yang laen.

masa berlalu. bas pun berlalu. 100, 101, 400, 500. semua dah lalu. kawan baek aku pun dah balik. eh, mana bas yang aku tunggu tadi tu? lama betul pusing bulatan kompleks neh. hati dah merungut-rungut.

'aku nak beli bege special ni, nanti habis pulak!' si setan tamak dalam hati mula marah-marah. gila apa.

aku mula duduk bangun. haish! tak boleh jadik. malas nak tunggu bas tu lagi. lantaklah bas apa pun yang datang lepas ni, aku naek! aku tak nak naek bas 300 tu!

sedang aku marah-marah, kelibat bas 300 muncul terkedek-kedek masuk ke bus stop. aku muncung-muncung tengok drebar tuh. naek bas, terus meluru carik tempat duduk.

bas tu tak masuk presint laen, terus ke presint rumah aku. aku tersenyum puas! sampai-sampai, kedai bege bukak, aku beli bege, naek rumah & makan dengan lahapnya.

sambil makan, aku fikir satu pengajaran yang aku dapat dari kejadian tadi.

em, ape ye?

takpe, makan jek bege neh. nanti fikir. =p

"tak perlu terburu-buru dalam mengambil sesuatu tindakan, asalkan yang dipilih itu buat kita selesa, itu sudah memadai"

No comments: