Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

sudden infant death syndrome.


saya baru sudah baca blog Ibu kepada Allahyarham adik Armand yang disahkan meninggal dunia kerana tersedak susu pada bulan lepas (April 2014). memang saya menangis lah. kematian, sesuatu yang kita tak boleh kawal. kematian, sesuatu yang kita tak boleh duga. kita hanya mampu redha. saya takut dengan kematian. dan saya rasa, semua di kalangan kita takut dengan kematian.

kat entri sebelum ni, saya ada cerita yang saya jugak baca tentang sudden death. penerangan Ibu Allahyarham tentang rutin Allahyarham dan hari kejadian serta hasil post-mortem membawa kepada kesimpulan bahawa Allahyarham meninggal kerana sudden death. ya, saya percaya.

masa baca dan tahu tentang SIDS (SUDDEN INFANT DEATH SYNDROME) ni saya masih dalam tempoh berpantang. hati betul-betul berdebar masa tu. saya mula mengingati dosa-dosa saya yang memungkinkan Addin diambil dari saya. minta dijauhkan. dengan condition Addin yang bangun menyusu 1jam sekali pada waktu malam yang mana saya sangat mamai, saya kerap terlepas pandang pada dia yang sedang menyusu dan kembali lena. kemudian, bila saya terjaga saya akan segera check pernafasan dia. perkara itu berlanjutan sehingga Addin mampu memegang botol susunya sendiri. waktu tu dia berusia 9 bulan rasanya. tapi, saya masih ada dekat dengan dia. sebab banyak pembacaan saya menyatakan SIDS mengancam bayi berusia 2 tahun ke bawah (tapi hari ni saya baca 1 tahun ke bawah, mungkin saya silap baca sebelum ni). jadi, selagi Addin tak capai usia yang membolehkan saya rasa dia jauh dari itu, saya masih punya rasa takut.

Addin selalu terlena masa botol masih dalam mulut

saya takde petua, takde tips untuk dikongsi. saya sendiri hanya membaca. jadi, saya sarankan para ibu untuk banyak membaca. jangan abaikan keratan kecil di majalah Pa & Ma (just mention a source that normally been read by mommies) kerana kadangkala info yang sedikit itu memberi panduan sepanjang hayat kepada anda. saya jugak bukan kata dengan punya pengetahuan boleh mengelak kematian. saya hanya cuma menyarankan untuk mempunyai pengetahuan. jadi, kita akan waras dari menuduh sesiapa. dalam hal ini, saya memuji ibu Allahyarham adik Armand kerana menerima dengan redha. kerna, mati itu pasti.

buat Allahyarham Mas Armand Saiff, semoga gembira di sisi-NYA.

Sunday, August 18, 2013

T_T

letih. sedih.

letih tau. banyak benda nak organize wisely. kalau salah organize, hidup jadi tak smooth. 
bila saya ada planner, orang kata saya beria-ia. tapi orang tak tahu jadual saya macam mana.
saya ada suami yang merupakan syurga saya, saya ada anak yang menjadi tanggungjawab saya dan saya ada emak untuk dipastikan kelangsungan perjalanan hidupnya (Alhamdulillah di usia 27tahun saya berupaya membawa bonda saya hidup bersama-sama)

kalau Ramadan ada 29 hari, bukan sesuatu yang aneh untuk saya susun hari berbuka puasa saya bersama siapa. kalau Syawal 30 hari, adalah sesuatu yang normal untuk saya menulis Majlis Aidilfitri office saya, kem Inche Hasben dan Rumah Terbuka kawan-kawan dalam kotak planner saya. dua bulan ni kotak planner saya penuh dengan jadual kelas dan tugasan.

apalah salahnya, awak orang ambil 1 hari awak orang untuk buat tugasan juga.

sedih tau bila saya perlu tinggalkan tempat tidur tengah-tengah malam untuk menghadap kerja sekolah saya. dua jam selepas bersengkang mata, saya akan menjengah kembali tempat tidur. sedih tau tengok anak tak lena dan tergolek-golek mencari 'bau' dan 'kehadiran' Ma-nye.

apalah salahnya awak orang faham sedikit dan beri ruang sedikit. 

letih tau. sedih tau. bila tugasan 2 mukasurat pon awak orang buat tak tau je. dengan selamba awak orang kata "INGATKAN ECHA BUATKAN JUGAK"


notakaki: bonda selalu cakap masa tidur saya tak betul. 27tahun tapi organ saya 47tahun.


Tuesday, February 21, 2012

Kisah Rumput Kuning - Bahagian II

sambung kat entri baru sebab entri bawah dah panjang sangat. macam esei hari kebangsaan pulok.

lepas kahwin, aku rasa bahagian-bahagian ni bukan lagi tanggungjawab aku. sibuk nak menyindir orang, dengus-dengus kat orang nak buat apa? baik fikir nak masak apa balik rumah nanti. takkan hari-hari nak makan kat kedai. kalau macam tu, lebih baik Inche Suami kahwin dengan tukang masak kat kedai. demikian, DALAM DIAM AKU MENYINDIR MEREKA YANG MALAS MEMASAK.

aku dan sahabat-sahabat mula menumpukan perhatian pada life kami yang superb best nih. celebrate besday k.zty, celebrate besday yna, makan-makan dan makan-makan lagi. Inche Suami pun sangat suka berkawan dengan kami-kami. dia ikut jek semua program kami.

yang tak seronoknya, mereka masih terus-terusan menyerang mental dan fizikal kami especially ahli paling besar dalam group tu. menjerit, merengus dan mencebik tiap kali jumpa kami orang. aku pernah kena baaaaaanyak kaliiiii, beribu-ribu lemon okay! aku rasa yang paling dahsyat waktu satu pagi yang hening, sebaik aku keluar lif aras 5, ahli paling besar tu masuk lif. kami berselisih. aku buat dek jek laa. suddenly aku dengar bunyi kuat berdentum dari dalam lif yang dia dah masuk tuh. sumpah kuat! macam orang tendang sekuat hati. menggigil kejap jantung aku okay! lepas-lepas tu ada jugak aku dengan yna try tendang lift tu tapi tak dapat pun bunyi gempita macam dia buat. gagahnya dia?? cucu badang eh?? hikhikhik. hesy nanti bb jadik gagah pulok.

dan yang terbaru kejadian 17 februari 2012 (sebenarnya ni laa yang aku nak post. mukadimah jek sume tadi. haha!) sebaik aku keluar dari pintu ofis, dah nampak kereta Inche Suami menunggu. dan aku jugak nampak kereta suami ketua ahli paling besar tuh atau perempuan itu (bukan nama sebenar) di hadapan kereta Inche Suami. ok, fine laa kan. aku masuk kereta. duduk. tak tutup pintu lagi. gurau senda sakat-sakat dulu dengan Inche Suami. maklom laa, suami isteri gedik. kuikuikui. then bila aku nak tutup pintu, maka telah terlihat-lah akan kelibat perempuan itu keluar dari pintu opis. sebaik perempuan itu melihat aku kat dalam kereta Inche Suami, dia berpatah balik kea rah kawan dia. Then, perempuan itu hentak-hentak kaki manja sambil cakap…

“alaaa, tak nak lalu situ. takut!” jari dia tuding kat kereta aku.

aku nganga habes woo tengok dia! kerut dahi kejap.

kawan dia tanya kenapa. dia ulang lagi aksi yang sama serta dialog yang sama.

“tak nak lalu situ. takut. tak nak. tak nak, takuuuttt!” dengan hentak-hentak kaki sekali. tuding jari kat arah kereta aku lagi.

tanpa sedar, istighfar tersuara keluar. Inche Suami tanya kenapa. dan aku tunjuk kat perempuan itu yang masih lagi hentak-hentak kaki. Inche Suami tengok.

‘’kenapa tu?”

“entah. dia kata takut nak lalu kat sini. sebab saya ada”

“kenapa?” tanya Inche Suami lagi. kereta masih tak bergerak.

aku kerut kening, carik jawapan. then aku bukak penutup balang kerepek kentang. kunyah slow-slow.

“ermmm, tu nak tunjuk dia samseng laa tu. dia nak tunjuk walaupun saya dengan suami saya, dia tak takut. dia tetap boleh tunjuk yang dia tak suka saya” mulut penoh kerepek kentang.

Inche Suami pandang sekilas lagi kat perempuan itu. lagi Inche Suami pandang, lagi galak perempuan itu tunjuk-tunjuk ke arah kereta kami. kereta masih tak bergerak lagi. kami suami isteri macam tengah tengok babak erra fazira berlakon gila kat bus stop sebab kena halau dengan suami beliau dalam Hingga Hujung Nyawa. terpegun!

“kesian. suruh dia sembahyang dan berdoa banyak-banyak” Inche Suami masuk gear satu. lepas clutch & tekan pedal minyak.

eh? ape kaitan? soal aku dalam hati. suapan kerepek kentang makin laju. krunch. krunch.

*pagi ni (Isnin, 20 Feb), aku bersemangat pergi opis untuk cerita pada sahabat-sahabat tentang kejadian jumaat tuh. Aku ulang tayang aksi hentak kaki, tuding jari dan jugak dialog perempuan itu. sahabat-sahabat sambut dengan gelak tawa. Ooohhhh, patut Inche Suami kata ‘kesian’.

*rumput kuning bermaksud meLAYU.

Kisah Rumput Kuning - Bahagian I


setelah hampir setahun, rasa teringin nak conteng tentang kisah yang tak wajar berlaku di kalangan wanita. ingat malas laa nak share kat sini sebab RASA TAK BERKEPENTINGAN. namun, namun, namun (tiga kali menunjukkan betapa logiknya penulisan ni :p) rasa nak jugak-jugak tulis tentang kejadian tuh. manalah tau, keadaan semakin meruncing, situasi teramat tegang lalu membahayakan keadaan aku kan lalu terjadi apa-apa pada diri aku yang lemah serta tak berdaya ini (euwww), dan ada kawan-kawan try-try usha laman sesawang yang memang bersawang ni, maka adalah pokok pangkal ceghita. ye dok? maksudnya, kalau dapat khabar berita aku dicederakan, anda taulah siapa suspek utama.

april 2011 – seorang sahabat (ketika itu) telah bercinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang. kami (aku + kawan-kawan) tolong laa advice dengan menyatakan pendapat kami. of cos laa kami tak bersetuju sebab kami ni ‘sayang’ beliau. (frasa sayang ditambah symbol ‘ dan ‘ kerana ingin menyindir diri sendiri. haha!) namun, teguran kami telah disalah anggap lalu sahabat pun menukar haluan dengan bersahabat dengan kawan-kawan lain. demikian, ITU SAHAJA TITIK PERMULAAN CERITA. tak lebih tak kurang. Ulang ayat, tak lebih tak kurang. Ulang lagi, ITU SAHAJA TITIK PERMULAAN CERITA.

tanpa ribut petir tetiba hujan turun. basah laa kan? ok, maksudnya di sini adalah dengan tak semena-mena beliau dan kawan-kawan barunya membuat pakatan dengan mengutuk kami di laman sosial iaitu facebook (bukan nama sebenar). teruk kot aku kena kat facebook tuh! antara ayat-ayat yang mereka tulis adalah:

“LAKI AKU SURUH REMOVE DIA SEBAB ORANG MACAM DIA BOLEH BUAT AKU SAMPAI TAK TIDO MALAM”

komen aku : dey, engkau yang emosi sangat sampai terkenang-kenang aku kenape?

“KALAU DIA MENYALAK DEKAT KITA, KITA BUAT PEKAK JE”

komen aku : kasar sangat kot penggunaan ‘menyalak’ kat sini. nanti aku nak try mengaum pulak!

kemudian, datang pulak makhluk entah dari mana ceruk dunia, menulis ini.

“MEREKA (mereka dalam konteks ini sebenarnya adalah nama penuh aku dan dua lagi sahabat) TELAH MENGGANGGU HIDUP SAYA BILA MANA SAYA TAK MENGGANGGU HIDUP MEREKA”

komen : sah sewel! sebab dia tiba-tiba muncul entah dari kejadian yang mana aku pun tak tau.

rentetan dari tulisan yang terakhir itu, muncul pula sahabat lama yang dah tukar haluan tu dengan ayat ni…

“DIA ORANG NI MAK BAPAK TAK AJAR”

komen : kau bercinta dengan suami orang tu hasil ajaran mak bapak kau ke??! *pheewwiitt! echa-in-the-house bebeh!

woooo! kau telah bermain ayat yang salah pada orang yang salah nampaknya. lalu, aku dengan beraninya telah mengamuk di aras 5. mengamuk teruk ye! suara memey halilintar memecah bumi palestin ar! gila kau! sebut-sebut mak bapak pulak kan. aku memang dramatik lebih sikit kalau pasal parents thing ni. benda yang takde pun aku boleh adakan tau! semua ilmu masa hambik asas seni lakon tu aku curahkan ar. tinggal babak menangis bak Neng Yatimah jek aku skip. sebab takut make-up rosak kat opis. sejak itu, macam ada clash of the titans lah kat opis aku neh. macam Vampire Vs Lycan. macam Terminator Vs Resistance. (banyak sangat nonton movie gaduh-gaduh ni laa jadiknya)

Monday, June 6, 2011

sesal tahap tak hengat.

jangan datang dengan sopan setelah kamu mendengar cerita huduh tentang saya. itu taktik lama untuk stalker. saya kini jauh lebih bijak.

malas nak jelaskan. malas. kumpulkan-lah rakan-rakan kamu. berceritalah. panggil-lah mereka baca blog saya. sebarkan-lah address blog saya.

cukuplah kamu orang sedar, saya tak terhegeh-hegeh pada teman lelaki sesiapa. dan lelaki, jangan kepoh bercerita pada orang tentang ke-over-an saya jika kamu sendiri yang TAK jujur, kamu sendiri yang KALUT, kamu yang sebenarnya MENGGELABAH atas kesilapan kamu.

jangan buat saya kesal untuk sebut nama kamu pun. jangan.

Sunday, December 12, 2010

alahai pegawai...

minggu sudah (i dont remember the date), ada kejadian sangat tragis jadi pada aku.

al-kisah...

hari tu, kebanyakan orang kat unit aku takde. ada yang berkursus, bercuti, berjalan etc. datang sorang pegawai (post PTD) named azri (kira bonuslah kalau aku tulis nama betul. ok.). dia datang bertanyakan tentang emel yang dihantar dari unit aku. begini..

azri:
saya nak tanya tentang emel nombor 9 tadi tu. saya tak dapat lampirannya.

aku:
oh ye ke. encik azri sorang tak dapat ke semua orang kat unit tak dapat?

azri:
eh, manelah saya tau. saya jaga bahagian tu, kenapa saya tak dapat?

aku:
ok, kejap saya check. (login pc. check sistem.) em, kat sini ada lampiran.

azri:
haaa, saya dapat front page jek. lampiran ni takde.

aku:
ok, kejap. (angkat telefon. call teknikal)

azri:
make sure saya dapat lampiran tu. (berkira-kira nak pergi)

aku:
saya kena tahu dulu apa masalah sebenarnya....(sebenarnya ada lagi benda nak explain)

azri:
habis, takkan saya nak tunggu je kat sini.

aku:
ok. ( aku pon tak suruh ko tunggu.)

sebaik confirm masalah emel tersebut, aku pon re-send kepada mereka-mereka yang patut dapat emel tu.

sedang enak-enak gelak dengan ady & yana, telefon meja berbunyi. oh, its azri again.

azri:
emel yang nombor 9 tu saya dah dapat. ni nak bagi tau emel nombor 10 pon takde lampiran. (dia diam. tak sambung cakap apa-apa.)

aku:
ok. (letak telefon. sebab dia dah diam.)

aku call teknikal, dorang betulkan dan aku re-send emel tersebut. dalam masa 2 minit, dia muncul kat meja aku.

azri:
komputer ni ada masalah ke?

aku:
takde.

azri:
awak ade masalah ke dengan saya?

aku:
takde.

azri:
saya belum habis cakap tau tadi, awak dah letak telefon.

aku: (Laa! itu je ke?)
saya ingat dah takde apa-apa lagi. saya letaklah phone sebab nak call teknikal)

azri:
ada benda yang saya nak terangkan tadi, awak terus letak telefon. jangan kurang ajar dengan saya. saya datang cara baik, awak buat saya macam ni. jangan sampai saya marah, saya jerit-jerit dekat awak.

Aku terdiam. biasalah kena serang, badan jadi seram sejuk menggigil gitu kan?

azri:
saya boleh report pada bos awak, saya boleh marah awak tau.

aku malas nak layan. berpaling muka tengok pc. ikut hati nak jerit balik kat dia. tapi memikirkan nanti hari-hari tengok muka dia, aku pilih untuk buat tak tahu.

azri:
bila saya cakap, pandang muka saya. saya pegawai tau!

TAP! aku terus pandang mata dia. pandang dengan penuh rasa meluat + marah + kesal. dalam hati aku dah menjerit. "PERGI MATILAH DENGAN PEGAWAI KAU! INGAT AKU TAKUT KE?" tapi cuma dalam hati. sebab, aku fikir aku akan kerja lama lagi kat situ.

dek kerana tak puas hati aku pandang mata dia agaknya, dia pon pergi report kat boss aku. tadi suruh sangat aku pandang. bila aku dah pandang, cabut pulak.

tolonglah. aku bukan cemburu kau orang jadi pegawai, aku sekadar staff. tapi jangan nak bermegah sangatlah. kau dengan aku sama jek. kerja makan gaji dengan kerajaan. setakat pegawai kerajaan nak berlagak, tak sampai kemana...

kau pergi beratur kat tandas awam, kau belakang sekali. pergi kat orang paling depan cakap macam ni..

"BAGI SAYA KENCING DULU, SAYA PEGAWAI"

kau ingat laku ke bang?

Monday, August 23, 2010

memilih untuk terus berkeras hati.

dalam diam, aku semakin belajar mematangkan diri. kalau tengok dari aspek luaran, aku mungkin masih sama macam budak hingusan 15 tahun yang terkinja-kinja terpekik-pekik gelak ketawa yang tak pernah habis.

tapi dalam kinja dan pekik tu, banyak perkara besar yang telah aku ubah. cukup untuk aku tau dan mungkin berbaloi untuk orang lain sekadar pura-pura tau.

banyak benda yang aku dah berani lepaskan. banyak kawan yang perlu aku lepaskan. kalau dulu, aku selalu rasa bodoh bila orang dump aku. orang tu rujuk kepada kawan-lah lebih mudah.

dulu jugak, aku akan rasa upset, akan rasa sedih nak mati kalau kawan dump aku. kehilangan tu satu perkara yang no-way-tak-patot-terjadi.

tapi hari ni, mana-mana kawan yang tak memberi kesan positif dalam hidup, aku takkan ikut jejak mereka lagi.

mereka pilih untuk memperkotak-katikkan hati aku, mereka pilih untuk mensendakan hidup aku, jadi untuk mereka adalah SILA PERGI. aku ada hati yang lebih perlu untuk aku jaga.
kau siapa nak permainkan aku?

banyak perkara yang aku mula belajar. tentang manusia, tentang haiwan, tentang alam, tentang hidup dan yang paling penting tentang cara untuk hidup dan terus hidup. mengenali sesama manusia itu anugerah, tetapi mengenal pasti sifat sebenar mereka adalah satu bonus.

ketika ni, aku masih sedang decide untuk bersama dengan kawan, teman dan sahabat yang mana dan yang macam mana. setelah status aku berubah menjelang 2011 (insyaAllah) , aku tak mahu terima sesiapa lagi.

aku memilih untuk terus berkeras hati.

Saturday, May 16, 2009

bow-ngok! huh!

jika anda merasakan teman lelaki anda sekacak brad pitt sedangkan gigi depan dia pipih, dan jika anda merasakan kedudukan anda sebagai teman wanitanya tergugat gara-gara bekas teman wanita kepada teman lelaki anda yang gigi pipih tadi tersangatlah cun sedangkan gadis tersebut memang confirm2 dah tak hingin sesen pon pada teman lelaki anda, sila hentak kepala anda dengan kelajuan 120km/j di permukaan lantai tandas!!!
macam-haram.
jangan lar berlagak macam anda bertanggungjawab untuk protect sebuah hubungan yang teguh daripada dilambung badai kerana gangguan orang ketiga! dalam masa yang sama, siap berapi-api menunjukkan emosi tidak suka dengan bekas teman wanita kepada teman lelaki anda. saya tahu anda sengaja menunjukkan reaksi tersebut di hadapan saya memandangkan gadis tersebut adalah sahabat baek saya. weh, sahabat baek saya tu dah delete habes dah kisah lama dia dengan teman lelaki anda tuh. ingat teman lelaki anda best sangat ke??
nasehat saya, silalah berhenti melakukan sedemikian rupa. macam bodow dow! saya rasa annoying yang teramat sangat dengan anda! macam nak letak selipar jamban kat wajah anda tiap kali anda bercerita tentang pergaduhan anda dan teman lelaki gara-gara teman lelaki TERbukak kembali kisah lama dia dan bekas teman wanitanya. tu tandanya, teman lelaki anda yang bermasalah, pergilah betulkan dia dulu NGOK!
sudahlah memandang rendah pada persahabatan saya dan kengkawan saya, lepas tu nak menunjukkan pulak konon andalah pasangan paling bahagia dalam dunia. sedang meniti kedewasaan dalam hubungan, tidak heran pada dugaan yang mendatang. saya letih dengan anda. sangat letih dow!
anyway, saya agak suka jugak apabila ada yang memandang rendah pada saya. tengok hari anda jatuh terduduk nanti. tengok lar anda jadi orang ke jadi siamang!

Wednesday, December 31, 2008

hakikat sebuah 2008..

simpati aku pada seorang kawan. minit-minit terakhir 2008, dia menerima kekecewaan dalam pelbagai aspek. lantas, dia memaki 2008 sebagai sial yang datang entah dari mana. jangan macam tu kawan. tahun tak bersalah apa-apa. entah-entah Tuhan dah bagi rezeki melimpah pada kau awal tahun dulu. jadi, tiba masanya dia cuit hati kau dengan sedikit ujian.

2008- aku menjadi dewasa! aku makin tahu apa tu berdiri atas kaki sendiri. aku faham apa itu persefahaman, kesabaran dan yang utama- tanggungjawab! kadang-kadang aku marah jugak sebab dalam tahun ni aku kerap mengulang kesilapan yang sama.

CONTOH: aku pernah sangsi (atau lebih mudah lagi-ditipu) dengan sebuah syarikat penerbitan. tapi, kemudiannya aku merayu jugak pada mak untuk terbabit dalam sebuah lagi syarikat penerbitan. aku mogok bila mak tak benarkan. sudahnya, aku dapat tahu management syarikat tu pon lebih kurang aje dengan yang laen-laen.

ade lagi satu dua kesilapan yang aku ulang, tapi aku tak larat nak tulis kat sini. untuk itu, aku berazam untuk berubah dan ingin membuka tirai 2009 dengan azam baru iaitu...... TAKDE AZAM!

aku tak pernah ada azam lar! aku bernafas dengan kata-kata just go through with your life. mungkin sebab tu aku rajen mengulang kesilapan. hidup aku tak pernah ade perancangan! eh, kekadang ada, tapi bila goyah, aku terus bubarkan perancangan aku. diri aku ni tak ubah macam badut. series. aku emosi.

dan, aku bertambah emosi bila mengenangkan diri yang sedang diabaikan. encik zack betul. hati perempuan selembut tisu jamban...


Thursday, December 25, 2008

kekasihku di menara gading, aku di ofis cabuk..

hari ni aku ber-mood jiwang. aku nak cerita tentang perasaan chenta yang dirampas. haihh.. cerita jenis macam ni memang tak sudah-sudah. kalau yang sebelum ni, aku memang tak mahu ikut campur sebab ia bersebab (cam penin lak ayat neh). tapi, yang ni aku harus + wajib ikut campur. sebab, gadis tu kawan aku. maaf. kedua-dua gadis. dan, lelaki tu. aku pernah tulis kat sini. lelaki tu bijak buat orang laen rasa mahukan dia. aku sendiri tewas! (ni ayat geli). maksud aku, walaupun dia buat hal, aku masih pandang dia tegak tak serong. aku masih suka mintak pendapat dia.
berbalik pada kisah dua kawan dan satu lelaki tadi. zee (bukan nama sebenar), punyalah sayang kat lelaki tu. walaupun aku tahu zee (masih bukan nama sebenar) sering suka pada lelaki, tapi aku tau hati dia kadang-kadang berbunga-bunga bila isu lelaki ni timbul. baru bulan sudah dia bercerita tentang pertemuan dia dengan lelaki tu. dia bahagia! malangnya, kawan zee, sandha (semestinya bukan nama sebenar) sudah menjalinkan hubungan diplomatik dengan lelaki tersebut. keluarga sudah saling berkenalan waktu hari konvo hari tuh. aku yang mendengar, terguris bagi pihak zee...
lelaki itu.
aku tahu kau mencari gadis yang berparas rupa semata-mata. yang cantik-cantik, comel-comel. cuma, aku nak kau sedar diri. kau tak lebih macam lelaki berwajah UNGKA yang berperangai macam siput BABI dan bertatahkan ayat-ayat semerdu burung HANTU. aku janji aku akan kutuk kasut style pakcik-pakcik yang kau pakai bila kita berpeluang bertemu kelak.
sandha.
kau cantik. aku simpati dengan kau.
zee (harap-harap bukan nama sebenar)
aku sayang kau. aku akan pastikan kau tak terluka dengan hal ni. dan, kita akan tetap mengutuk sandha seperti yang selalu kita buat.
p/s: tajuk ada kena-mengena..

Sunday, October 26, 2008

satu penemuan baru!

haihh...
aku rasa aku benci pada seseorang. dan...., perasaan benci tu datang seiring. seiring dengan satu perasaan berunsur jiwang. BENCI~
muktamad~

Friday, October 17, 2008

16 hari di hari raya - kejinya kau...

malam kelmarin, aku menikmati makan malam di salah satu kedai makan (alahai, makan memang lar kat kedai makan kan?) yang letaknya dekat amat dengan rumah aku. waktu aku sampai, ada dua orang anggota beruniform sedang menikmati makanan. berhampiran meja diorang, kelihatan kereta yang berlabel unit dorang. ini bukan pandangan jakun dekat kawasan tenpat tinggal aku. anggota beruniform memang selalu ada berkeliaran dekat-dekat sini. kawasan hitam~

usai makan, bonda berbual dengan puan kedai makan. sedang berbual, aku dengar bunyi enjin kereta menderum hebat. aku menoleh ke arah jalan. ohh, kereta peronda anggota beruniform tadi sudah berlalu meninggalkan kedai makan & kawasan tersebut. aku kembali memfokus kepada perbualan bonda & puan kedai makan. kemudian, salah seorang pekerja kedai makan tersebut menghampri puan kedai makan.

"kak, polis (aku tak sengaja terlepas tulis perkataan neh. sungguh!) tu kata diorang ada kes nak settle. kejap lagi diorang datang bayar makan & minum diorang,"

"diorang cakap dengan kau ke?" puan kedai makan menyoal kembali.

"ha'ah. diorang cakap kejap lagi diorang datang balik untuk bayar"

entah kenapa, aku si molot kepoh ni gatal-gatal nak bertanya.

"nanti diorang memang datang balik ke?"

"tak.."

"aik?"

"selalu macam tu. makan tak bayar. diorang kata nanti datang balik. tapi, takde. takpelah, akak halalkan ajee.."

"ermm, ada kes penting sangat agaknya tuh.." bonda aku pulak nak mem-back-up si anggota beruniform tuh.

"alar, kalau ye pon bayarlah dulu! dah alang-alang dia panggil budak tu tadi. bukan sampai sejam pon nak bayar tuh" aku menjawab dengan muka jelek tanda tak puas hati..

mak kerut kening tanda suruh aku diam.

'ni lar masalah orang kita! sikit-sikit suruh diam!' - aku cuma cakap dalam hati. sungguh!


Saturday, August 30, 2008

sebal si ayat-ayat cinta...

aku suka nombor. tapi, tidak pada nombor ramalan. aku suka mengingati tarikh. sebab tu aku mampu ingat semua tarkh-tarikh yang berkaitan dengan aku. kalau aku kata aku lupa, kalian harus sedar bahawa aku sedang melakukan percubaan menipu. 30 ogos setelah sembilan tahun. ayuh, selami ayat-ayat ini. kalian tahu apa kata hati aku?


Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan


Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan



Saturday, August 23, 2008

sesungguhnya!


Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpatiPada Mu ya Allah


itu lirik lagu sesungguhnya. tapi, tak tahu siapa yang nyanyi. kumpulan RAIHAN kot. tapi, bukan raihan M.U.S.E kawanku itu. dia MAKSIM. ermm, aku ambik lirik tu dari blog cik fatrina. sudah minta izin tapi dia tak kata lagi izinkan ke tak, terus jek aku post kat sini. aku memang begitu. gelojoh tahap satu~

demi membacanya, aku jadi terkenang sama bonda. em, ada kesakitan tentang hal masa depan. tapi, tak mengapalah, ibarat kata Dek La ---> dia kan mak~

ye, dia mak... kelukaan masa membesarkan aku pasti belum sembuh-sembuh lagi. maka, tak perlulah ditambah-tambah lagi dengan beban sesudah dewasanya aku. erm.. harap-harap aku boleh jadi seperti amoy yang sangat terhutang budi sama bondanya, juga boleh jadi seperti yann yang seronok melayani emaknya yang kiut, juga seperti yna yang sayang bangat sama chombienya & lyna..... lyna yang rela menuding jari pada diri sendiri dalam menerima tegasan mamanya. aku berharap dapat jadi seperti mereka. tak perlu jadi diri aku pun takpe.