Showing posts with label skuL of UTM. Show all posts
Showing posts with label skuL of UTM. Show all posts

Monday, November 3, 2014

how good looking is your Mr Good Looking?

memasuki tahun ke-4 pengajian, ai dah imune dah dengan stail-stail lecturer ni mengajar, memberi markah dan merangka strategi. haa, tahun ke-4 baru imune. tahun ke-2 dan ke-3 apa ai buat ai pon tak pasti. hahahaha.

ok, most of the lecturers love to give take home test to the students. seriously I'm so kesian with the lecturer. they are not only facing students. they are facing a group of people with huge agenda in life. paham ke idok?
gini, part time student ni dahlah bekerja, ada pulak yang dah berumah tangga, pakej lengkap lagi beranak-pinak. can you imagine the burden they carried at their back? I know you dont :p
so what I want to say is to make sure setiap students rasa fleksibel, lecturer akan bagi take home test untuk menjimatkan masa students kat school. actually, I'm not really suka this type of test. sebab once I left the school every weekends, I left the books too! hahahaha

this is want to write. this semester I'm taking Accounting. can you imagine how cute a person named Noor Faizah taking the Accounting class? kahkahkah. to tell you the truth, I'm soooo feel want to cry! I'm good with numbers but not good with accounting. dont get me wrong. what I meant by i'm good with numbers is I remember all my best friend's birthday, my family birthday and my family's phone number. that's count right? ^_^
so I strongly believe that accounting will makes me headache the whole semester!
 
but then, my impression of accounting gone with the wind when I found that my accounting lecturer is someone with a very good looking. yes, he's a man! bapak ah, hensem weh. camni, tiap-tiap semester pon ai sanggup jek belajar akaun! muekekeke. that good looking Mr-No-Dr-No-Prof-Title makes me automatically very good in account! rasa macam nak lempang muka sendiri, sebab akaun tu senang tetiba! hahahahahaha.

due to the less meeting, the Mr-No-Dr-No-Prof-Title decided to give test as take home test. yeayyy!! the class so happy. me too. alaa, simptom nak balik awal gitu laa dia. tapi, when the Mr-No-Dr-No-Prof-Title mailed the question paper, rasa nak pitam! weyyy, 90 marks?? weyyy, beria-ia dia bagi soalan! crap!


Part B.
tengok-tengok 52 marks!
 
The moment I looked at this question, the good looking Mr-No-Dr-No-Prof-Title terus hilang suka-nya dari dalam diriku inewww! grrr, headache dah the whole semester ni hah! rupa ada, kejam pon ada. nangesss!
 
 
nota kekaki: mana entah segala contoh eksesais buat dalam kelas, ke dalam kelas takde buat eksesais? buat ape tah tak tau =(

Tuesday, September 2, 2014

September, tahun ke-4


senyum. adalah sesuatu yang sangat ironi tentang september dan tahun keempat. kadang-kadang saya boleh jadi salah faham dengan pengiraan saya sendiri. tapi sebenarnya, ia bergantung kepada apa yang saya sedang kira. oh, ini juga menunjukkan betapa saya banyak membuat keputusan besar pada tahun 2011.

13 september 2014 ni adalah permulaan untuk semester baru tahun ke-4 pengajian. phewww, bukan sesuatu yang mudah untuk mencecah hingga ke tahun ini. dugaan nya jugak bukan kecil-kecil anak. dah macam-macam benda saya lalui. dugaan anak, dugaan masa, dugaan kewangan dan dugaan komitmen. Allah Maha Mengetahui. DIA memberi apa yang kita perlu bukan? banyak, yang saya mahu sepanjang empat tahun ini yang masih saya tak dapat. tapi, saya tahu setiap satu yang saya dapat itu adalah apa yang DIA tahu saya perlu. dan kadang-kadang saya pun tak faham macam mana seorang faizah boleh menjadi se tenang ini dengan chaos kehidupan nya. faktor usia barangkali

10 September 2014 ni adalah tahun baru iaitu genap tiga tahun dan keesokannya memasuki tahun ke-4 buat perkahwinan saya dan suami. ya, kami jugak pasangan suami isteri yang normal macam pasangan lain. kami bukan mutan (menaip sambil tonton filem X-men), kami bukan adiwira (malam tadi menonton The Avenger 2012) dan kami bukan pasangan diraja (ni takde tontonan menarik) yang segalanya mudah untuk diharungi. ada batas yang perlu kami usahakan untuk membuahkan hasil. ada tanah yang perlu kami gali untuk mencari jawapan.

eh, macam melebih-lebih sangat pulak perumpamaan yang saya guna. tapi itulah, nak tunjuk pahit getir perkahwinan dalam konteks perumpamaan melayu. hehehe.

nota kaki : saya harap, kedua-dua perkara ini tetap teguh bersama saya pada tahun ke-4 ini. perjuangan saya belum tamat lagi.

Sunday, May 11, 2014

"Adult Fairy Tales"

11 Mei 2014.

hari ni, pembentangan projek berkumpulan untuk subjek Pembelajaran Dewasa (Adult Learning). pembentangan ni bukanlah sejenis pembentangan yang satu kumpulan pergi depan kelas, tunjuk slide dan bercakap. macam pembentangan biasa sebelum ni. bukan macam tu. pembentangan ni sejenis: sebuah kumpulan diminta merangka sebuah program / aktiviti selama 20 minit. kiranya, jadi trainer, consultant & fasilitator selama 20 minit tu. setelah proposal "Belon Happiness" then "Pulau Idaman" ditolak mentah-mentah oleh Dr, kami akhirnya membawa sebuah aktiviti diberi tajuk "Adult Fairy Tales" (AFT)

konsep permainan/aktiviti AFT ni mudah saja. peserta diminta untuk duduk dalam bulatan. teddy bear akan diedarkan dari seorang peserta kepada seorang peserta sebaik muzik dimainkan. kemudian, peserta yang memegang teddy bear semasa muzik dihentikan diminta untuk membuat cerita berdasarkan ayat pertama yang telah diberi oleh fasilitator. mudah sangat kan? asalkan, objektif tercapai. 20 minit je pun! pada awalnya, kami nak guna bola je sebagai medium pemilihan tu. tapi hakak acah-acah bagi idea nak guna teddy bear sebab nak bagi bebudak dewasa tu bercerita sambil pegang teddy bear. tapi, dorang buat bebaling pulak teddy hakak tu. bapak-bapak dan mak-mak budak lagi terok main patung. ceh cis huh!

ni cik teddy bear yang jadi medium pemilihan peserta bercerita


so, tugas hakak adalah jaga slide dan muzik! gila senang! sebab apa hakak dapat tugas senang? sebab hakak nak dudukkk sajo! mampu? hahahaha. 


my team members!
left: fazly, me, fiza, banu & daus

ok, secara keseluruhan pembentangan ni sumpah penat hokay! mula pukul 8.30 pagi, 12 kumpulan organize non-stop sampai pukul 2.30 petang! macam-macam game ade! musical box, bom country bom, bina paku, mancis sayang, flying ball, dadu, bercerita dll. penat weh! ni masa menaip ni pon sengal-sengal segala urat ni. tapi gigih jugak on laptop buat report pulak! perghhhhh.

setelah yang ini tamat, minggu depan nak present kelas Prinsip Pengurusan pulak. present video hah! semester ni memang mencabar. serius!

*aci sambil taip esaimen individu Teknik Perundingan

Wednesday, April 30, 2014

keranamu extrovert, introvert, anxiety.

bila stress, saya berlabuh di sini. terima kasih Lelangit Mega.

11 Mei, pembentangan projek akhir subjek Pembelajaran Dewasa. the task given was rancang dan laksanakan aktiviti selama 20 minit untuk orang dewasa dengan  objektif. pertama, dewasa berpewatakan ekstrovert mengurangkan role ekstrovert. kedua, dewasa berpewatakan introvert banyak mengambil bahagian sekaligus mengatasi sikap introvert. ketiga, dewasa yang anxiety mengatasi sikap anxiety.
hari ni, 30 April. 10 days to the program day. proposal aktiviti kami telah di reject sebanyak dua kali! arghhh, kenapa susah sangat ni??

this situation reminds me to my diploma moment. it was hard also but full with enjoyable moment. I dont know its because I am sooo into the movie thing or the motivation was so high at that time. yela, budak baru masuk unibesiti kennn.

sepanjang 3 tahun tu, 3 kali jadi Production Manager yang memang gila penat dan susah, 2 kali jadi Editor yang perlukan fokus tinggi dan masa banyak (masa taip ni sumpah dah tak ingat macam mana nak edit huhu), ada jugak kena jadi AJK projek seni foto (3 trip: Putrajaya, Cameron Highland, Malaka) yang memang memeningkan dengan meeting meeting meeting. tak kira dengan presentation dan kajian-kajian terhadap filem yang kekadang memerlukan pegi temuramah orang. nak jumpa orang, dengan tak tau jalan pastu dengan subjek temuramah yang ada banyak kerja instead of melayan budak-budak diploma ni (Prof Raja Alauddin, Puan Habsah Hassan, En Rizal Kaki Novel).

tapi masa tu macam takde pulak burnout macam ni. haihhh. awat eh? sebab kerja + study ke? ke sebab HR needs to read much? yela, hakak kan ghaaajinnn membaca. kekekeke.

*nak makan roti sapu sambal hitam. ok jom pegi jalan ke blok B1. 


Saturday, April 26, 2014

the A+ thing.

ini adalah tahun ketiga pengajian.

bermaksud, ini adalah tahun ketiga bergelumang dengan assignments
bermaksud, ini adalah tahun ketiga berjaga malam untuk assignments
bermaksud, ini adalah tahun ketiga memaksa diri baca buku-buku ilmiah untuk assignments
bermaksud, ini adalah tahun ketiga bekerjasama dengan ahli kumpulan membuat assignments
bermaksud, ini adalah tahun ketiga melihat kaedah kawan-kawan buat assigments
dan bermaksud, ini adalah tahun ketiga melihat PLAGIARISM.
letih!


saya tak bijak cerdik cemerlang gemilang terbilang. saya jugak tak rajin efisien komited tekun.
saya adalah seorang perempuan anak isteri ibu pekerja dan pelajar yang meletakkan assigments di satu sudut yang dinamakan 'saat-saat kecemasan'. maksudnya, once dapat assignment, saya gigih pegi library JPM (yang pastinya majoriti buku genre politik, pertahanan, ekonomi etc.) simpan buku-buku kat meja study dan seminggu sebelum sibmission baru start buat. hahahaha. TAPI, saya tak copy paste setiap segala butir dari internet. ulang tulis, saya tak copy paste setiap segala butir dari internet. letih!

oh, sebelum berlaku salah faham, nak beritahu kenapa letih. sebab, saya selalu menjadi cik-pengumpul-assigment. setiap kali ada assignment berkumpulan, masing-masing akan buat bahagian masing-masing dan kemudian seorang akan dipertanggungjawabkan untuk combine semua bahagian tersebut menjadi satu laporan. jangan tanyalah kenapa saya yang selalu dipertanggungjawabkan. jawapannya sangat klise.

ok, macam mana saya boleh tau mereka copy paste? sebab saya ada akses kepada internet, saya juga google menggunakan perkataan yang sama, potensi untuk saya membaca benda yang mereka baca adalah tinggi. dan kemudian, untuk melihat bacaan tersebut dalam laporan mereka yang ditiru bulat-bulat juga adalah sangat mudah dikenal pasti. kalau satu assignment takpe lagi. tapi, setiap assignment. kumpulan, individu, home-test. aduih! 

dan, apabila result peperiksaan keluar. mereka akan cakap 'pandailah echa' bila gred saya mengatasi gred mereka. tak, bukan sebab saya pandai. tapi, sebab lecturer ada akses kepada internet, lect juga google menggunakan perkataan yang sama, potensi untuk lect membaca benda yang mereka baca adalah tinggi. dan kemudian, untuk melihat bacaan tersebut dalam laporan mereka yang ditiru bulat-bulat juga adalah sangat mudah dikenal pasti. apatah lagi, lect dah bertahun-tahun mengajar subjek tersebut!!!

nota kaki: sedang buat assignment "the influences of Malaysia's socio-economic to adult participation in learning"

Saturday, April 12, 2014

tuan rumah dah balikkkkk ;)

hihihi. selain dari malas, apakah perkara besar lain dalam diri saya? jawapannya MALAS! hahahaha.

I love this pondok buruk so much actually. even though I cant give full attention to this pondok any more, I will never ever erase it from my life. duduk dendiam ye Lelangit Mega, I will come for visit sometime or when Im able to have the time ;)

kat entri ni nak cerita yang saya dah create akaun emel addinsara! yeay! hip hip horey! ok, ceritanya cenggini, tak tau ada penah baca kat mana tapi benda ni already in my mind (mungkin jugak saya tak baca kat mana-mana tapi saya berhalusinasi. hahaha). seorang ibu create akaun emel untuk anaknya sejak anak tersebut lahir. setiap hari, dia akan hantar 1 emel menceritakan apa-apa sahaja tentang anak dia. dan, bila anak dia hit usia yang able untuk baca, dia bagi username dan password tu pada anak dia. itu adalah alternatif dia untuk membina hubungan dengan anak. so dengan teladan dari cerita atau halusinasi tersebut, saya create satu akaun untuk addinsara. Im super dramatic mother. hikhik.

dan, dah hantar 1 emel menceritakan tentang kejadian dahi beliau luka kerana terjatuh ketika dalam jagaan Ayah (its important to state the blame, kekeke). cuma, lupa nak bagitahu bil hospital dalam emel tu :p

oklah Lelangit Mega dan pembacanya (is there any? *teringat zuren) jumpa lagi nanti.


notakaki: sedang buat esaimen "Autism dan keunikannya dalam pembelajaran dewasa". subhanAllah ciptaan Yang Maha Kaya. mereka mmg unik =)

Sunday, August 18, 2013

T_T

letih. sedih.

letih tau. banyak benda nak organize wisely. kalau salah organize, hidup jadi tak smooth. 
bila saya ada planner, orang kata saya beria-ia. tapi orang tak tahu jadual saya macam mana.
saya ada suami yang merupakan syurga saya, saya ada anak yang menjadi tanggungjawab saya dan saya ada emak untuk dipastikan kelangsungan perjalanan hidupnya (Alhamdulillah di usia 27tahun saya berupaya membawa bonda saya hidup bersama-sama)

kalau Ramadan ada 29 hari, bukan sesuatu yang aneh untuk saya susun hari berbuka puasa saya bersama siapa. kalau Syawal 30 hari, adalah sesuatu yang normal untuk saya menulis Majlis Aidilfitri office saya, kem Inche Hasben dan Rumah Terbuka kawan-kawan dalam kotak planner saya. dua bulan ni kotak planner saya penuh dengan jadual kelas dan tugasan.

apalah salahnya, awak orang ambil 1 hari awak orang untuk buat tugasan juga.

sedih tau bila saya perlu tinggalkan tempat tidur tengah-tengah malam untuk menghadap kerja sekolah saya. dua jam selepas bersengkang mata, saya akan menjengah kembali tempat tidur. sedih tau tengok anak tak lena dan tergolek-golek mencari 'bau' dan 'kehadiran' Ma-nye.

apalah salahnya awak orang faham sedikit dan beri ruang sedikit. 

letih tau. sedih tau. bila tugasan 2 mukasurat pon awak orang buat tak tau je. dengan selamba awak orang kata "INGATKAN ECHA BUATKAN JUGAK"


notakaki: bonda selalu cakap masa tidur saya tak betul. 27tahun tapi organ saya 47tahun.


Thursday, November 29, 2012

migrain jahh!

ahad ni nak buat presentation.
group members pulak TAK FAHAM-FAHAM dengan apa yang lect nak!
adoihhhh, apo den nak buek neh??

al-kisah, sy ni menumpang masuk dalam group orang je. sebabnya sy tak attend first class dengan lecturer tu.waktu tu baru seminggu bersalin. so, sy telah dicampakkan ke group mana-mana saja. dan, sy di-group-kan dengan juniors. tak kisahlah dia junior ke senior ke kan. tapi, ngape susah sangat nak bekerjasama nehh? 

hari tu saya tanya si L.
"apa tajuk assignment group kita?"

dia jawab.
L : "kejap eh"

dia pusing kat kawan sebelah dia, si N.
L: "apa tajuk assignment kita?"
N : bla bla bla...

L pusing kat saya balik.
L: "kak, tajuk kita bla bla bla..."
ME: ok.

next class, N takde. sy tanya L lagi.
"kita nak buat isu ape?"
L: semua dekat N. dia yang buat.

masalahnya sekarang, N ni semuanyaaaa dia dah ke-laut-kan.
sy nak buat, nanti dorang kata sy memandai. dahlah menumpang group dorang.
grrrr!!!!!!!!

p/s: hari ke4 diet, pinggang sudah kurang 1 inch. oh, rindunya pada nasik!!!

Monday, October 29, 2012

back to schooL yawn!

demikianlah, tajuk tersebut bermaksud-> saya kembali kehilangan nikmat hujung minggu. hermmmm.

sebenarnye, tak ready pon lagi nak masuk kelas, google-ing istilah (tabiat pelik), diskas presentation dan segala jadah-jadah tu. tengah mood 90 hari-duduk-rumah-saje!

tapi tapi tapi (macam biaselah, taip 3 kali sebab nak bagitau betapa kukuhnya benda tu. HAHA), masa yang berlalu semakin pantas hingga membuatkan usia semakin berubah setiap hari membuatkan saya perlu jugak-jugak struggle untuk menghadapi semua jadah-jadah tu. perlu untuk grad before 30 (@_@), kalau tak lagu 'semangat yang hilang' akan berkumandang. saya kenal diri saya lebih baik dari orang lain kenal nelson mandela! hekhekhekeleh.

oleh itu, marilah kita semua mengumpul kembali semangat + energy + kerajinan untuk menempuh sesi persekolahan yang agak mencabar nafsu berhujung minggu ini. huwargggghhh!


p/s: thanx to inche suami yang sudi ambik alih tugas-tugas menjaga Addin. first day dengan ayah Addin tunjuk aksi tak mahu tido sampai menggelabah inche suami yang membawa kepada bahu tshirt beliau terkoyak. kekekeke.