Showing posts with label kembara. Show all posts
Showing posts with label kembara. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Putrajaya to Equin thru MEX!!

hikhikhik. harharhar. hukhukhuk. ok, gelak dulu baru ade feeling-feeling kelakar nak bercerita.

al-kisah, inche suami kan bercuti sakit 3 hari. maka, kami pun plan-lah nak outing untuk beli barang rumah. haa, namanya dalam berpantang. tapi, terpaksa jugak keluar. bab beli barang rumah ni memang tak boleh nak sandarkan kat bahu beliau sensorang. jap lagi, Harpic boleh jadi Harimau Kuat. bukan nak mengumpat inche suami. tapi, kekadang beliau punya over dalam menyediakan barang keperluan rumah boleh terkeluar dari logik akal tau! ok, dah tersasar jauh cerita neh.

atas faktor berpantang dan bawak anak kecik, kami decide untuk pegi Giant Equin Park. ulang tulis, Giant Equin Park. ok, Giant neh cuma ambik masa 10 - 15 minit dari rumah kami. ok, keluar rumah lepas zuhur. pegi presint 9 kejap hantar alter seluar inche suami. keluar dari presint 9, kami sepatutnya ke kiri. tapi inche suami menghala ke kanan. aik? aik? aik? tak mengapalah, diam dulu. setelah membelok ke kanan tu, beliau pakai seat belt. eh, nak jalan jauh sangat ke ni? takpe, diam lagi. dan, dengan aci selamba-nya beliau mengambil susur masuk ke MEX! wooo, tak buleh nak diam sangat neh!

"awak nak pegi mana ni yang?" tanya dengan penuh hemah!

"nak pegi Giant laa"

"awak nak pegi Giant mana?"

"kenapa? awak nak pegi Giant mana?" ewaahhh, dia tanya kita balik!

"Giant equin" slow jek saya jawab.

"ni kita nak pegi Giant equin laa ni'

saya diam. dalam 400 meter lagi kami akan masuk susur Kuala Lumpur neh.

"saya salah jalan eh sayang?" beliau sengih-sengih.

"ni kan MEX. ni jalan nak pegi KL ni" nada suara saya naik 2 oktaf bertujuan untuk menyedarkan beliau.

"hah??" demikian betapa terkejutnya beliau diikuti dengan membelok kiri susur ke cyberjaya dengan cergasnya!

bila vaksin terkejut dah di-inject dalam badan maka datanglah penyakit kelam kabut + panic beliau tuh. lalu, beliau tak tahu macam mana nak exit dari cyberjaya tuh dan tak tahu beliau dah masuk putrajaya kat sebelah mana. hadoihhh laaa. 

cut it short, kami sampai Giant Equin Park pukul 3!! zaman bercinta dulu, kalau jadi benda-benda gini memang menerbitkan aksi hempas pintu kereta lah jugak kan. masa tu muda sangat. jiwa bergelora katanya! hahahaha.

at the end of the day, saya gelak memikirkan kejadian tadi. maybe beliau terlalu letih sebab menguruskan dua orang gadis di rumah. dalam kepala beliau ada macam-macam. dan, saya dengan yakin-nya percaya sebenarnya beliau tak terfikir pun kat mana Giant Equin Park tuh. beliau start kereta & terus meluncur. 

p/s: Addin tidur berdengkur-dengkur malam ni. letih tolak troli & driving kata inche suami. hehe.

Tuesday, October 16, 2012

sidang media tuan punya rumah.

ada yang tanya...

kenapa hide comment?

kenapa tak bagi orang comment kat blog?

kenapa dah tak aktif tulis blog?

kenapa bla bla bla?

kenapa?

kenapa?

jawapannya : SUKA HATI LAA, BLOG AKU!!

ok, tu jawapan tipu je. niat nak jawab macam tu ada. tapi, pendamkan je. harap-harap takde sape tau niat sebenar iteeww.

soalan 1 : kenapa hide comment.
jawapan : blog ni di-create since 2008. waktu tu zaman sewel tahap tak hengat (mesti dia orang kata 'macam laa sekarang tak sewel dah'). oleh itu, ada entri jadah-jadah disertai comment kawan-kawan blogger dan stranger yang berbaur jadah-jadah jugak. jadi, di bawah aspek penyamaran (entah hape-hape), tak mau bagi orang baca lagi-lah comment jadah-jadah tu semua. nak delete entri jadah-jadah tu pulak rasa sayang. sebab ada yang sampai 43 comments! 

soalan 2 : kenapa tak bagi orang comment kat blog?
jawapan : entri semua jenis merapu sangat sekarang ni. awak orang baca jek dahlah. 

soalan 3 : kenapa dah tak aktif tulis blog?
jawapan : sekarang berstatus pekerja, pelajar, isteri, menantu dan yang terbaru --> Ma! tak menang tangan nak menjalankan tugas. maka, jarang-jarang laa tulis entri.

tapi, saya masih seorang pembaca blog tegar! anda post laa apa-apa. saya baca! >_<

p/s: ex-boyafren masih suka baca blog saya tak? omnomnomnom!

Saturday, August 11, 2012

1108 - my faveret date!

ohhh, rajinnya aku menulis!! demikian, ayat mukadimah.

semalam (10 ogos 2012), merupakan bulan ke-11 perkahwinan kami. since monday lagi aku dah bagi tau kat inche suami nak ajak keluar dating (dah kawin sebut dating ada aura seriau. haha!) berbuka berdua kat luar kengkonon celebrate anniversary. kena celebrate awal sebab takut-takut 10 september nanti si kecik dah keluar. takkan nak berpilis param dating kan. lepas tu tak bising pulak bonda aku nanti melihat anak gadisnya keluar rumah dalam waktu berpantang! haha. inche suami setuju dengan plan aku. so, aku decide (benda-benda buat decision ni kalau tanya inche suami, dia akan kata 'ikut awak', baik aku decide awal-awal. :p ) nak makan kat Restoran Saba' since inche suami memang minat sesangat dengan middle east food. lepas tu, aku plan nak pegi I-city, Shah Alam. sounds sooo budak-budak kan? tapi, aku tak pernah pegi lagik!! nanti ada baby sure kena tunggu baby besar sikit baru boleh pegi. inche suami kata ok dengan plan aku. 

al-kisah, inche suami login pesbuk beliau setelah hampir berbulan tak login. maka, terdapat notification menjemput ke majlis berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah beliau. guess what, its on 10th! aku tengok beliau sangat excited nak join. dah lama tak jumpa kawan-kawan katanya. malahan, belum sempat nak kenalkan aku dengan kawan-kawan sekolah dia. tahun sudah tak dapat pegi sebab terikat dengan komitmen kem. series dia sangat excited! dan pastinya, dia lupa langsung-langsung dengan plan asal kami. benda-benda macam ni kalau ikut hati isteri-versi-gedik aku, memang aku muncung panjang, kecik-kecik hati semua la. tapi entah kenapa entah kali ni aku tak macam tu. aku senyapkan je hal kami nak outing bagai, aku setuju dengan plan dia nak berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah dia.

maka, semalam kami berbuka kat Asapanas Steamboat Bandar Baru Selayang. kawan-kawan inche suami ada 3 type. eh, aku siap buat observation pulak kan. haha! first, group hot-hot stuff ladies. free hair, make-up, kind of fashionable-lah! yang ni majoriti dah kawin and husband dorang pon jenis lelaki hot-lah. the other type pulak ladies yang bertudung, dah kawin dan bawak anak. jenis slow sikit dari yang hot stuff ladies tadi. yang lagi satu lagi, lelaki yang lone-ranger.depa-depa yang kata inche suami budak-budak kelas agama tapi tak kisah bergaul dengan ramai orang. hah, aku duduk se-table dengan depa ni-lah. dah dikata budak-budak kelas tasawur, maka otomatik aku jadik gadis melayu! nak hambek makanan dalam pot tu ponn aku segan. aku hambek dari plate inche suami. kuang kuang kuang. over taww!

sepanjang makan-makan tu, aku boleh nampak pancaran (sangat bahasa melayu yang indah ouh!) happy inche suami tuh. jumpa kawan-kawan lama, sembang hal sekolah, sembang hal dewasa. dan, dia kata dia tak malu nak sembang sebab dia dah jadi 'seseorang'. dulu, orang tak kenal dia sangat katanya. so, apa lagi yang aku nak? dah jelas-jelas depan mata inche suami happy. Alhamdulillah, dapat pahala sebab buat dia senang hati. kot aku muncung, hentak-hentak kaki, inche suami rasa susah hati, dah rosak dah puasa kan.

oklah, demikian-lah betapa rajinnnya aku menulis lately neh! semua benda pun nak cerita! suka hati-lah, nama pon blog aku!

p/s: telah menjadi seorang super cool. pembawakan budak barangkali ;)

Thursday, July 5, 2012

KARMA is a funny thing.


hidup ini ibarat roda.

klise kan? entah hape-hape madah nak samakan hidup dengan roda. tapi, bila tiba bab karma, memang aku mengakui sesangatlah pepatah tu. hidup ni memang macam roda. ambik contoh roda yang besar macam eyes of malaysia (currently known as eyes of malacca if i’m not mistaken-lah).  kalau ambik contoh roda beskal ke roda motor pak abu ke kecik sangat pulok. orang tak nampak. pastu aku pon bukan reti nak explain komponen kenderaan. komponen eyes of malaysia tu aku reti laa sebab kan tu komponen hiburan. HAHA (HAHA with capital letter meniru cik payung senanye :p)

ok, balik pada eyes of malaysia. masa memula nak naik menda tu which is aku tak pernah naik lagik kita akan kena naik dari bawah. betul tak? mesti laa betul. mana ada orang naik menda tu terus pegi seat yang kat atas. kena naik seat yang kat bawah laa kann. pastu penjaga wheel tuh akan putar (bukan dengan tangan beliau-lah yang pastinya, gila berat kot) untuk memberi laluan kepada seat kosong berada di level paling bawah untuk memudahkan penumpang lain naik. proses tu akan berterusan sehinggalah wheel tu penuh dengan penumpang. dan, proses tu akan membuatkan kedudukan anda semakin tinggi dan tinggi dan tinggi dan kekadang tu hingga berada di puncak wheel dalam sekelip mata. DALAM SEKELIP MATA hokayy! maka nampaklah seluruh alam semesta. nampak bintang kat langit lebih bersinar daripada biasa, nampak bulan tu macam dekat sesangat sampai nak petik untuk kekaseh. *uweekk! masa tu anda akan sangat kagum + teruja dan kekadang ditambah sedikit riak. Riak - sebab anda dah ada kat atas sedangkan orang lain (refer to pengunjung yang nak naik wheel tu-lah) terkedek-kedek kat bawah lagi. 

teori tu laa yang orang dok apply dalam kehidupan seharian bila kata hidup ibarat roda. bila dah ada kat puncak kejayaan & mampu memerhati semua orang kat bawah yang tak nampak apa yang anda mampu nampak kat atas, anda akan riak. riak itu akan mendorong anda untuk memperlekeh orang lain, mempersenda hak orang lain dan lebih teruk lagi menjatuhkan kehidupan orang lain. anda lupa kalau hari ni anda kat atas, esok lusa tak mustahil untuk anda jatuh ke bawah. tak mustahil! 

ish, panjangnya aku cite pasal roda. aku nak cite pasal hal laen senanye! cis. cis. cis. benci ouh pada merapu + amnesia yang sangat sebati dalam diri aku nih. emm, tak jadilah. malas pulak nak bercerita tentang perilaku sumbang orang lain. perilaku aku ponn bukanlah merdu sangat. *ko hado? buat seseorang berstatus M44 (JE?? - kahkahkah!), sedarlah bahawa apa yang berlaku kepada kamu hari ini mungkin satu jentikan dari takdir atas jenis-jenis perilaku kamu terhadap orang lain. air mata kamu yang murah untuk mengalir lewat kebelakangan ini mungkin simbahan air bah yang diturunkan atas juraian air mata orang-orang lain yang disebabkan oleh kamu. *untuk rekod, orang-orang di sini merujuk kepada kata ganda yang bermaksud melibatkan ramai orang

p/s : asyik terkenang-kenang papan tanda di federal highway bertulis – KARMA IS A FUNNY THING

Thursday, July 28, 2011

Muslim Ahmad botak sudah!

bismillahirrahmanirrahim...

tak frust pun! takde! takde pun! HAHAHAHAHA.

buat kesekian kalinya, Malaysia gagal layak ke pusingan seterusnya untuk merebut tempat ke Piala Dunia.

Malaysia vs Singapura berkesudahan dengan agregat 6-4 (tewas di Singapura 5-3 & seri 1-1 di Malaysia).

kapten.
kita perlu ketua yang baik untuk berada di atas padang selama 90 minit. ketua yang boleh membimbing dan memimpin perjalanan skuad kesebelasan utama. ketua tak semestinya penjaring terbanyak. ketua tak semestinya yang paling berusia. tapi, boleh jadi yang paling senior (pengalaman & penampilan). atau boleh jadi yang paling berpengaruh dalam pasukan. faktor pengaruh ni penting untuk membuatkan ketua tersebut mampu memberi jalan penunjuk kepada barisan sepuluh yang lain.

tahap kecergasan.
kita bukan lembik. kita jugak bukan tak gagah. cuma kita sering lewat untuk menyaingi ketangkasan pihak lawan. kita buat mereka mula dulu dan kita ikut mereka. lalu, kita terlewat. (wah, beria kau cha!) kalau si gemuk Qiu Li tu boleh lari laju, kita yang makan nasik tiap-tiap hari ni pon boleh. (hah, salahkan nasik pulak!)

emosi.
belajar menenangkan diri. lantaklah mereka nak berlakon depan Ref ke, mereka nak hegeh-hegeh dalam padang ke, mereka (mereka ni merujuk pada pihak lawan) nak jatuh guling banyak kali pon, kita tenang. memang badan hangin jek tengok pihak lawan menggedik atas padang. tapi kita kawal hangin kita. senyum jek. dalam hati boleh menyumpah sikit-sikit. bila kita tunjuk hangin kita, dia jadikan itu suis untuk dipetik. cewah! sinar Ramadhan...


*ada kawan kata kekalahan ni ada hikmah. supaya tiada sorak-sorak di bulan Ramadhan nanti. indah bukan hikmah itu? ^_^

Sunday, April 3, 2011

TBS di BTS.

pembukak cite.
ade satu hari yang penuh jahil dalam diri aku tahun 2009. aku sedang nak buat e-payment untuk beli tiket kat gsc melalui website die lah kan. pastu masa aku tengah tengok-tengok page gsc tuh, aku tengok salah satu cinema dia kat BTS. aku yang gagal + bebal tak memasal time tuh bertanyalah pada kawan sebelah aku.

"weh, gsc BTS ni katne ek?"

malang sekali beliau pon bebal lalu menjawab.

"entah, tak pernah dengar"


emm, dengan dahi kerut aku pon kate.

"bandar tasek selatan kot kan. baru bukak gaknye"

sebaik aku tengok kat senarai cinema tuh, aku gelak beso kalah gelak lelaki berbadan beso. bts itu adelah Berjaya Times Square. aku pun pelik macam mana aku boleh tak terfikir times square padahal punye laa rajin pegi ceruk tuh! sungguh laa malu pada diri sendirik! haha.

ok, entri aku ni bukan nak citer pasal times square. tapi TBS = Terminal Bersepadu Selatan.

baru jap tadi, aku baru sampai dari kampung. nak dijadikan ceghite kuatkuasa 01 mac, nak ke selatan kena naik bas kat tbs tu. agak menjakunkan aku sebab tak pernah try pegi lagi. ish ish ish, tau ape dah jadik dengan hentian kat bandar tasek tu?

tbs tu telah membuatkan laluan erL yang aku selalu naik tu berubah wajah! dulu, aku sorang jek lalu dalam satu-satu masa. kiranya purata lebih kurang 3 orang dalam masa 15 minit. sekarang 50 orang dalam masa 5 minit! telah berlaku kejutan orang kat laluan dari LRT & komuter nak ke erL tu! kalau dulu aku boleh kata lambat lagi jejantas erL tu runtuh, hari ni aku nak tukar statement ar. pihak pengurusan erL, sila serbis jejantas kau tiap-tiap minggu ok!

ikutkan hati nak jek aku tangkap gambo orang yang ramai-ramai tadi tuh tapi nanti kang depa ingat aku foreigner dari siam pulak! haha.

Thursday, December 30, 2010

The Best of 2010.

Bismillahirrahmanirrahim...

2010. Pada awalnya aku anggap ini tahun No-Luck aku. sebab selalunya aku akan gagal dan gagal dan gagal pada tahun genap (kolot betul mind set aku). tapi, bila tengok-tengok balik, not bad! banyak pergerakan tak kira secara solo atau beregu. ;)

azam 2010 - nak turunkan berat badan.


Januari.

Kursus Induksi Khusus. tak suka duduk dengar ceramah. nampak hal sangat kecik. tapi untuk melengkapkan senarai perkara yang perlu dilakukan untuk SAH JAWATAN dalam perkhidmatan awam, sangat bukan aku.
potongan gaji untuk PTPTN meningkat mengikut perubahan tahun membuat aku garu hidung memandang slip gaji.
hujung bulan, bercuti dengan kakak-kakak Lakaran Pelangi. yeayy!!



Februari.
Kursus Induksi Umum. yang ini dah buat aku start mental. jauh dari Lembah Klang. terpisah 300km dengan Inche Istiadat (belum bertunang waktu ni) padahal 250m dari kakak dan hanya 50km dari bonda. tapi, di sini tempat aku mula sedar yang aku LULUS TANPA KECUNDANG bab membina gagasan kawan. =)




bulan ini juga merupakan cubaan kali kedua memperkenalkan Inche Istiadat kepada bonda. bonda sombong pada dia. kesian dia.

Mac.
usul bertunang sudah mula keluar dari mulut beliau. rumit. tak gemar. aku-masih-remaja.

April.
selepas 5 bulan dengan pangkat L/kpl, beliau pakai Kpl pada bulan ni. Laju eh? rasuah pegawai ke ape? =p
*saya tau awak bagus tak terhingga. pegi laa sambung belaja. jangan malas!
bulan dugaan bercinta. gila nak mati hati gedebak gedebuk.
*saya tak gemar dengan bekas teman wanita pada kekaseh semasa saya. itu fakta sejak saya jadi perempuan. muktamad.

Mei.
beban kerja semakin bertambah. sorang staf transfer ke utara dan keroje dia yang banyak itu diserahkan pada aku. =(
aku dan kakak-kakak Lakaran Pelangi selebret besday beliau dan salah sorang kakak Lakaran Pelangi, sophie. kata beliau, itu first time beliau di-rai pada hari jadi. *suka jadik yang pertama buat!




Jun.

isu "saya SPM awak Diploma" timbul. dah disuruh sambung belajar tak nak. malaslah, otak dah tepu-lah, army tak boleh sambung belajar-lah. lepas tu sendiri yang timbulkan isu Antara Dua Darjat tu. *saya bukan ambik medic pon yang kamu nak beria rasa tersisih.
menonton Final World Cup Spain vs Ned kat Dataran Merdeka dengan kakak-kakak Lakaran Pelangi. balik 5 pagi terus mandi pegi keja! huwaaaaa. zaman muda sangat aku nih.

Julai.
beliau mula serius nak hantar family berkenal-kenalan dengan family aku! wah! hah! hah!

Ogos.
im 24. tapi macam 16. kan? (pedulik hape kalau nak perasan pon. =p)
nak tau apa hadiah besday dari beliau? cincin. hukhuk. klasik ouh Inche Istiadat aku tuh. rasa macam main pondok-pondok pulak pegi kedai emas serata KL (aku kan perasan diva nak cincin yang very the manis & bermutu tiba-tiba. ha-ha) dan bawak balik paper bag dengan dua kotak cincin. macam machik-macik pegi shopping barang kemas nak raya gitu. kekeke.


September.
engaged to Inche Istiadat!
majlis merisik telah bertukar kepada majlis pertunangan dengan adanya uncle-uncle dan macik-macik yang bijak. jimat masa dan kos katanya.
punah semua angan-angan majlis bertunang tema dalam garden aku. hahahaha. takpelah. yang penting selamat.
bonda kata nanti masa nikah, bawak 26 dulang hantaran buat balas dendam. ini perli ke mak?


Oktober.

Kursus Kenegaraan Sistem Saraan Malaysia a.k.a BTN. membina gagasan kawan lagi dan lagi dan lagi. tapi kali ni versi Less Lelaki. dan sebaik pulang ke ofis setelah tamat kursus, aku turunkan semua artikel dan gambar football team Spain. maaf, adore aku pada kalian telah tamat.
berkesankan BTN pada aku? kagum. =)

November.
bertunang bukan jaminan dia lega aku dah di-ikat. cemburu semakin menjadi-jadi. lemah sendi-sendi aku ni hah. pegi kedai beli sardin lebih 5 minit pon akan di-argue. yo Inche Fiance, apa gelabah sangat ni? kamu ingat ramai benor nak dekat Fat Fiancee kamu ni?

Disember.
senyum aku semakin manis. pipi semakin cembong. masalah semakin banyak. aku sedang menilai diri sendiri menuju ke arah kebaikan. kebaikan yang lebih extreme. sedang cuba. tapi bukan mudah. mula dari yang paling asas. terima kasih Yang Maha Esa.

30 Dis 2010 - berat naik 5kg! azam aku telah ke-Laut!!

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah!

Juara Piala Suzuki AFF 2010.




coming: Pingat emas Sukan SEA?
Piala Dunia?
InsyaAllah....

terus bermain, rebutlah bola yang satu. rosakkan semua rumput di padang. berbaloi dengannya. =)

Wednesday, November 10, 2010

JOHOR vs KELANTAN.

bismillahirahmanirrahim.

uish, dah lama tak datang merapu. ada 2 faktor. first, takde masa langsung sebab kerajaan dah sediakan kerja yang superb banyak untuk aku (kerjanya nak nyalahkan kerajaan jek). second, aku tumpul otak tak tau nak tulih apa. muahaha.

last weekend ( 05th to 07th nov 2010), aku balik ke kelantan untuk attend wedding cousin aku sebelah ayah. banyak orang maklum even aku johorean dalam badan aku ada darah siam. hahahahalimah jongang. ish, tak baek betul aku.

yang nak aku ceritakan kat sini adalah satu kisah hening di pagi 7 november sebelum aku berangkat pulang ke kuala lumpur. pagi tu, aku turun bersarapan nasi berlauk yang Tok Ayah beli kat kedai depan kampung. urban jugak dorang ni. sarapan pun beli! hehe. sedang aku makan nasik berlauk ayam tuh, terjadilah perbualan ini.

perbualan asal nenek aku adalah dalam bahasa kelantan dan telah aku translate ke bahasa luar. hehe.

Mek(nenek aku): faizah dah mengundi? (sambil goreng kepok yang baru dibeli dari kedai)

ek? tetiba jek. pesara SPR ke Mek aku ni.

aku: Belum. (jawab pendek jek. makan lagi sesuap.)

Mek: kenapa tak mengundi lagi? (memegang sudip sambil berpusing ke arah meja makan)

aku: err, masa pilihan raya hari tu belum cukup umur lagi. sekarang dah. pilihan raya akan datang echa pegi mengundi. (Mek panggil aku Faizah tp aku memang senang bahasakan diri aku echa. HAHA).

Mek : nanti undilah PAS. walaupun PAS tu kecik je, kalau lama-lama nanti ramai yang undi besarlah jadinya. bolehlah memerintah kerajaan besar.

aku: (NGANGA BESAR WOO!! MEK AKU SEDANG BERKEMPEN RUPANYA!!)



aku tak mahu orang lain tau aku sokong parti mana. aku belajar dari Bonda aku. setiap kali pilihan raya, aku akan tanya Bonda dia pangkah apa. ini jawab dia.

"MANA BOLEH BAGI TAU. UNDI ADALAH RAHSIA"

perfect!


FAKTA:
ayah saya orang Kelantan, Bonda saya orang Johor.
KELANTAN adalah negeri besar PAS.
JOHOR adalah kubu terkuat BARISAN NASIONAL.
Jadi, walau apa sekalipun, saya berdarah kacukan! =)

Sunday, January 17, 2010

malam minggu (1)

semalam (sabtu, 16 jan), aku merengek mengada-ngada kat pacik istiadat. aku kata aku nak gie jenjalan naek motor. brader da pening. beliau mane ade moto. beliau ajak naek keta jek, aku degil-degil tak mau. wakaka. mahu tak mahu, beliau datang amik aku & balik umah beliau untuk pinjam moto abang beliau. dan, selepas senja tamat aku berjaya jenjalan naek moto!


tak habes kat situ jek. aku cakap pulak nak gie uptown shah alam. aku guna ayat neh.

"sume uptown saya dah pegi, tinggal uptown shah alam jek belum"

tipu! tipu! 3 tahun ber-diploma kat uitm shah alam, tipu laa aku tak penah pegi uptown kan? kan?

pacik istiadat merungut-rungut laser. pot-pet-pot-pet pastu tahu-tahu dah menukar haluan ke federal highway. aku sengih-sengih seronok.

sesampai kat uptown, dah puas-puas jenjalan pusing-pusing sume kedai yang ade, kami cam ala-ala nak balik dah. namun namun namun, aku jadik pegun kat depan pentas. ade orang joget ar! aku bagi isyarat kat pacik istiadat untuk benti tengok orang joget-joget. macam biase, beliau akan pot-pet-pot-pet.

"tadi kata kejap jek. awak ni cakap macam keling ar" camtu ar pot pet die. aku buat muka tak mengerti. buat macam beliau baru lepas nyanyi lagu siti nurhaliza jek. haha!

memang syok woo! ada 2 orang laky gan sorang gurl berkaraoke atas pentas bawak lagu dangdut, lagu 60-an. yang kat bawah pulak ade 4-5 orang yang joget poco-poco. yang joget tu stok pacik-pacik, macik-macik pon ade & akak-akak camtu.

maybe kalau orang laen, akan kata dorang ni menjengkelkan, geli, tak sedar diri bla bla bla. tapi, tataw kenapa entah aku rasa dorang cool jek. mungkin sebab aku bukan childish lagi dalam menilai orang sekeliling & kehidupan mereka.

"ada orang laen yang lebih menjengkelkan dari ini" itu yang aku fikir! cewah! fiwit!

bila aku berkira-kira nak balik, pacik istiadat kata camni...

"jap. tunggu lagi satu lagu."

ek? aku rasa macam nak sepak jek muka beliau!

Monday, February 16, 2009

Jurnal Hujung Minggu!


Weekend yang baru sudah ni, aku tak balik batu pahat. Tapi, aku mengeluarkan belanja dan tenaga mengalahkan aku balik ke batu pahat. Eh, bunga-bunga berkira da keluar da! Gurau~

13 Februari.

Aku menjadi gatal-gatal hati untuk menjenguk laman seseorang yang sudah hampir 3 minggu tidak aku padulikan. Tak tahu kenapa tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak enak dari laman sana. Maka, aku pergi bertamu ke lamannya. Haihh… jelaslah, hati aku tak menipu. Mungkin aku tak perlu cepat terasa sebab nama aku tak tertera. Tapi, aku punya hak untuk rasa sebak di dada. ok...

14 februari.

Petang.

Aku bergerak ke puncak jam 2.30 petang. Lewat 3 jam dari rancangan asal! Gadis-gadis kat puncak dah bertalu meng-es-em-es bertanya situasi aku. Berkat kegigihan, aku sampai kat puncak jam 3 lebih. Makan dekat kedai Pak Halim sambil berbual, berbual & berbual dengan zee & sopi sampailah ke jam 5 petang. Beliau yang sepatutnya cuma perlu menghantar aku ke puncak dan seterusnya pulang, tiba-tiba mintak aku tunjuk jalan ke Jusco Bukit Tinggi. Dengan kerungutan, aku pergi jugak ikut beliau. Kesian jugak dengan zee & sopi. Tapi demi menjaga hati beliau, aku ikut jugak. Namun begitu (cewah!), mungkin disebabkan hati ni kurang nak ikhlas, aku dengan selambanya telah tersalah tunjuk tempat. Aku bawak beliau pergi Jusco Bukit Raja! Hahahaha. Beliau nak marah pun dah tak boleh, maka kami gelak-gelak je meraikan kesilapan aku.

*Jumpa ande, mus & kawan mereka.

Malam

Aku kembali ke puncak dengan tujuan untuk tidur semalaman kat kolej. Nak melepaskan rindu pada kawan-kawan. Rancangan ni dah diatur seminggu sudah. Tiba-tiba, aku dapat tahu sesuatu (tak dapat dinyatakan di sini) dan aku perlu balik ke putrajaya jugak malam tu! Tapi, aku tetap menyempatkan diri untuk lepak sekali lagi kerana tak mahu melukakan kawan-kawan (but I know I still did). Kali ni dekat Zuree Corner untuk sesi makan malam pulak. dengan zee, sopi, xuren & syafi. Makan, berbual, berbual, gelak, gelak & gelak lagi sampai nak terbalik kerusi meja semua. Seronok! Macam small reunion. Ada bob, reza, mizi & arie jugak malam tu! Tapi, mereka-mereka tu duduk meja laen laa…em, Hati aku melonjak-lonjak sakan menahan impak gembira! Reza, perubahan kita ketara… =)

Aku sampai semula kat rumah lebih kurang pukul 12 tengah malam. Sebaik sampai, aku melihat sesuatu (juga tak dapat dinyatakan disini) dan aku menjadi sedih yang banyak! Dalam kesediham & ke-bengang-an, talian hotlink prabayar aku berbunyi. Dan, perbualan ini terjadi.

Jue: cha, katne?
Aku: rumah la! Kau katne?
Jue: aku kat KL dengan ejol & takim. Kita orang nak jalan-jalan malam ni.
Aku: jue, ambik aku. Aku sedih! Tolong la… Tolong la…

Dan, memandangkan jue seorang sahabat yang prihatin, ejol pulak seorang kekasih yang double prihatin & takim seorang pencair yang triple prihatin, maka setengah jam kemudian aku sudah berada dengan mereka dan merentasi Kuala Lumpur sehingga jam 5.50 pagi! Jangan tanya mana kami pergi dan apa aktiviti kami. Ia satu malam yang singkat buat aku. Kredit buat Jue & Ejol. Takim jugak! Budak bertuah! Lalalala~

15 Februari.

Petang.

Aku bersiap ala-ala kadar untuk balik ke rumah setelah melelapkan mata selama sejam dua kat rumah jue. Tapi, rancangan baik aku untuk sambung tidur kat rumah langsung musnah sebaik dipaksa dek Miza untuk join dia dengan jue pergi mandi-manda. Cis! Aktiviti feveret pulak! Mana boleh tolak! Maka, petang tu, aku menghabiskan masa berendam kat Hutan Lipur Sungai Tekala, Semenyih. Haila Miza(si pencetus idea barangkali) & Aiman (si kepala rombongan), sampai hujung selangor korang bawak aku semata-mata nak mandi! Tapi, aku sangat-sangat-sangat-sangat-sangat seronok!

*selamat berkenalan buat Aiman & Taty.


sekilas

muzammil, terima kasih atas keprihatinan anda untuk bertanya akan situasi saya. Hati gadis ini terjentik dengan satu perasaan persahabatan. Awish, dunia ni kejam. Maka, saya mahu menjadi seorang yang tamak dengan memiliki semua kebahagiaan yang terdapat dalam dunia ni.