Sunday, January 17, 2010

malam minggu (1)

semalam (sabtu, 16 jan), aku merengek mengada-ngada kat pacik istiadat. aku kata aku nak gie jenjalan naek motor. brader da pening. beliau mane ade moto. beliau ajak naek keta jek, aku degil-degil tak mau. wakaka. mahu tak mahu, beliau datang amik aku & balik umah beliau untuk pinjam moto abang beliau. dan, selepas senja tamat aku berjaya jenjalan naek moto!


tak habes kat situ jek. aku cakap pulak nak gie uptown shah alam. aku guna ayat neh.

"sume uptown saya dah pegi, tinggal uptown shah alam jek belum"

tipu! tipu! 3 tahun ber-diploma kat uitm shah alam, tipu laa aku tak penah pegi uptown kan? kan?

pacik istiadat merungut-rungut laser. pot-pet-pot-pet pastu tahu-tahu dah menukar haluan ke federal highway. aku sengih-sengih seronok.

sesampai kat uptown, dah puas-puas jenjalan pusing-pusing sume kedai yang ade, kami cam ala-ala nak balik dah. namun namun namun, aku jadik pegun kat depan pentas. ade orang joget ar! aku bagi isyarat kat pacik istiadat untuk benti tengok orang joget-joget. macam biase, beliau akan pot-pet-pot-pet.

"tadi kata kejap jek. awak ni cakap macam keling ar" camtu ar pot pet die. aku buat muka tak mengerti. buat macam beliau baru lepas nyanyi lagu siti nurhaliza jek. haha!

memang syok woo! ada 2 orang laky gan sorang gurl berkaraoke atas pentas bawak lagu dangdut, lagu 60-an. yang kat bawah pulak ade 4-5 orang yang joget poco-poco. yang joget tu stok pacik-pacik, macik-macik pon ade & akak-akak camtu.

maybe kalau orang laen, akan kata dorang ni menjengkelkan, geli, tak sedar diri bla bla bla. tapi, tataw kenapa entah aku rasa dorang cool jek. mungkin sebab aku bukan childish lagi dalam menilai orang sekeliling & kehidupan mereka.

"ada orang laen yang lebih menjengkelkan dari ini" itu yang aku fikir! cewah! fiwit!

bila aku berkira-kira nak balik, pacik istiadat kata camni...

"jap. tunggu lagi satu lagu."

ek? aku rasa macam nak sepak jek muka beliau!

No comments: