Showing posts with label keliru. Show all posts
Showing posts with label keliru. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

prinsip Rukunegara yang ke-6: Cuba, Jangan dan Tak Payah.

migrain. nak jugak tulis.

Cuba...
Cuba anda-anda jangan nak tunjuk anda mempunyai otak superb brilliant dengan mengeluarkan fakta atau lebih tepat lagi sebenarnya persepsi anda tentang kerajaan, pembangkang atau lebih tepat lagi ORANG LAIN!
anda sibuk update status kat pesbuk mengatakan e.g 'KERAJAAN DI BAWAH PIMPINAN NAJIB DAN ROSMAH MEMBULI RAKYAT' atau "ANWAR SEDANG MENJUAL MALAYSIA KEPADA AMERIKA'.
anda pernah duduk sarapan lempeng dengan Najib (Dato' Seri) dan Rosmah (Datin Seri) kah? atau anda pernah tengok kertas kerja atau dokumen jual beli antara Anwar (Dato' Seri) dan United States kah?

Jangan...
Jangan sibuk-sibuk nak mengangkat diri jadi suara kecik yang kengkonon memperjuang rakyat yang teraniaya sedangkan bapa anda mengharapkan wang sara hidup bulanan dari FELDA, sedangkan anda topup telefon dengan duit PTPTN, sedangkan anda beli spender dan bra dengan duit gaji KERAJAAN MALAYSIA...
letih dowh nak ingatkan orang bebal..

Tak Payah...
Tak Payahlah nak upload gambo PDRM dan FRU yang berkawal di ibu kota dan memperlekehkan mereka dengan mengatakan mereka telah menjadi anjing atau lembu Najib, UMNO, BN.
yang anda ada di kawasan kejadian snap gambo dorang tu kenapa? anda jadik anjing dan lembu siapa? anda jadik anjing dan lembu sape dengan upload gambo tu sume? anda jadik anjing dan lembu sape dengan tulis-tulis benda tak berilmu?

CUBA jadik macam aku. makansarapan, snap gambo sendirik, upload kat pesbuk, makan tengah hari, tido, senang hati, gemuk. pastu aku ingatkan diri sendiri JANGAN nak mengada-ngada takde pasal carik pasal. TAK PAYAH nak tunjuk aku tau apa-apa walaupun aku tau sebenarnya aku lagi banyak tau dari kau orang. haa, riak. riak. Tuhan tak suka.

people, u just dont have any idea what this things all about...

mari tengok Prison Break dan anggap aku comel macam Sara Tancredi.


Sunday, December 12, 2010

hati merapuh.



itu jawapan kepada permohonan PJJ aku. mula-mula pelik jugak. kenapa DALAM PROSES sedangkan jawapan dah keluar. sepatutnya BERJAYA atau TIDAK BERJAYA lah kan?

bila aku call pihak pengurusan, staff tu kata aku tak sertakan salinan sijil Dip dalam dokumen yang diperlukan. so, dia orang tolak permohonan aku ke pengambilan Mei 2011. dia kata jugak dia dah call tapi tak dapat. dia dah es-em-es tapi aku yang tak respon. TAK LOGIK-lah!

takkan aku nak ignore jek benda yang aku nak sangat-sangat! dan lagi satu, kenapa tegar jek nak tolak ke bulan mei sedangkan dia dah call aku tak dapat dan aku tak respon em-em-es. so dari mana dia nak dapatkan jugak salinan Dip aku?

bila jadi macam ni, masa dah terbuang,penat tak terhasil pape. hati cepat rapuh ok.

Friday, June 25, 2010

biar hujan lebat, jangan gerimis.

masa zaman stadi dulu, berada di sekeliling orang yang kebudak-budakan buat aku rimas, lemas. aku rasa nak cepat-cepat dewasa. aku rasa nak cepat-cepat habiskan belajar, nak kerja dan nak campur dengan orang yang lebih besar.

hari ni, bila aku dah berkerja dan bercampur dengan orang besar, aku mula mual dengan cara mereka. orang besar ni rupanya tak semua bijak dan tak semua berfikiran matang. ada yang langsung tak dewasa. mereka cume menua.

saket betul kepala ni bila setiap hari perlu berhadapan dengan orang-orang macam ni. melihat mereka memanipulasi fakta, melihat mereka memanipulasi orang & melihat mereka memanipulasi diri sendiri, aku rasa nak tunjuk mereka satu lagi pintu....BERSARA jeklah ye!

Monday, January 19, 2009

jam 8.25 pagi...

LELAKI ITU INDIVIDU YANG LECEH APABILA:
1. Mereka menuturkan kata-kata semanis madu namun rupanya sekadar melepaskan batuk di tangga...
2. Mereka berjanji sepenuh mati namun rupa-rupanya dusta belaka...
3. Mereka mempamerkan kejujuran yang sempurna tetapi cuma sekadar mengaburi mata...
4. Mereka meletakkan EGO tinggi di awan sana... tapi, rupanya dia LOSER!
p/s: seronok melihat keangkuhan dan tak sabar menanti kejatuhan~

Wednesday, October 8, 2008

pelik!!

kenapa orang suka kata aku pelik ar?

mula-mula dulu, terhibur jugak.

yela, pelik kan laen dari orang laen.

istimewa~

tapi, kalau dah selalu sangat.

aku rasa aku sewel.

kenapa ar?

arini saje, tiga orang kata aku pelik..

pelik sangat ke aku ar?

berikut adalah antara yang pernah kata aku ni pelik kurang sebulan dari hari ni.

kak ida.
si small-minded-people.
hlovate.
keyrull ajmain.
ijat.
xintras2.

tolong nyatakan kat bahagian mana aku pelik weyh...