Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Monday, March 9, 2015

hitting 20weeks.

hermmm. its time to think wisely. knowing myself who dont really do the think thing, the time is just not right. so when is the right time? on the day I need to come out with a decision lah jawabnya!

susahlah sebenarnya macam ni. kenapa laa ramai sangat nak bersalin kat Putrajaya? heyy, sama jela mana-mana. as long as both Mak dan Baby selamat. you guys make me stress!

back to 2012, when Im about to deliver Addinsara, Im facing a situation which makes me super risau. I came to the hospital at 9am on September 15, because the baby is not moving since last night around 11pm. dah sampai, dah check dan dah confirm "yela, baby tak gerak. tapi reading ctg ni baby ok" by the nurse makes the doctor check the ve. oh, 3cm dah. its time!

unfortunately, there is an issue with the beds at this Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan's Hospital! so they decided to transfer me to either HUKM or HKL. hah?? jauh weh. kesian laa hasben ku nak berulang alik. hah, sangat baik isteri ini kan? dah masa-masa nak bersalin masih fikirkan kebajikan hasben! masa ni, dia punya menyesal sebab tak ambik pakej FPP memang meluap-luap. haha. ok, nak jadikan lagi dramatik, nurse cakap macam ni "kami transfer ke HKL ye Puan. call HUKM tak berjawab. driver ambulans nak destinasi yg confirm. ambulans dah sampai" gulp, memang betul-betul jauhhh ni.

so here is the happy ending story. I still remember his face. Dr Hafiz. dia datanh from the back side of the dewan bersalin and said "Patient datang sebab baby less moving kan? saya tak nak dia transfer. hold kat labour room belakang sampai ada bed kosong. kalau tak ada jugak bed kosong hari ni, discharge dan datang balik. rumah dia cuma 5minit je dari sini" I am soooo grateful. Alhamdulillah. rezeki anak. 

ok, dari kisah pendek tu I tell you Im sooo panik, risau dan dup dap gila teruk masa dibagi tahu kena transfer tu. sebelum ni dengar je cerita kawan-kawan, tapi bila jadi pada diri sendiri, haa toksah laa beria 'nak rasa pengalaman natural nak bersalin'. sangat satu pengajaran.

today, when I find out that most of the patients that come to Putrajaya are from Shah Alam, Subang, Puchong etc just because they want to have Wilayah Persekutuan Putrajaya stated in their baby's birth certificate, I am so angry. your addiction sounds ridiculous to me. really? hermmm.

oh yes, I believe not every patients have the same intention. others might have good reasons. I guess.

ok, lets jom think. FPP Putrajaya, Az Zahra or Batu Pahat? haaa, comel kan Batu Pahat included. alang-alang kena jauh, biar jauh teusss. muekekeke.

Saturday, April 26, 2014

the A+ thing.

ini adalah tahun ketiga pengajian.

bermaksud, ini adalah tahun ketiga bergelumang dengan assignments
bermaksud, ini adalah tahun ketiga berjaga malam untuk assignments
bermaksud, ini adalah tahun ketiga memaksa diri baca buku-buku ilmiah untuk assignments
bermaksud, ini adalah tahun ketiga bekerjasama dengan ahli kumpulan membuat assignments
bermaksud, ini adalah tahun ketiga melihat kaedah kawan-kawan buat assigments
dan bermaksud, ini adalah tahun ketiga melihat PLAGIARISM.
letih!


saya tak bijak cerdik cemerlang gemilang terbilang. saya jugak tak rajin efisien komited tekun.
saya adalah seorang perempuan anak isteri ibu pekerja dan pelajar yang meletakkan assigments di satu sudut yang dinamakan 'saat-saat kecemasan'. maksudnya, once dapat assignment, saya gigih pegi library JPM (yang pastinya majoriti buku genre politik, pertahanan, ekonomi etc.) simpan buku-buku kat meja study dan seminggu sebelum sibmission baru start buat. hahahaha. TAPI, saya tak copy paste setiap segala butir dari internet. ulang tulis, saya tak copy paste setiap segala butir dari internet. letih!

oh, sebelum berlaku salah faham, nak beritahu kenapa letih. sebab, saya selalu menjadi cik-pengumpul-assigment. setiap kali ada assignment berkumpulan, masing-masing akan buat bahagian masing-masing dan kemudian seorang akan dipertanggungjawabkan untuk combine semua bahagian tersebut menjadi satu laporan. jangan tanyalah kenapa saya yang selalu dipertanggungjawabkan. jawapannya sangat klise.

ok, macam mana saya boleh tau mereka copy paste? sebab saya ada akses kepada internet, saya juga google menggunakan perkataan yang sama, potensi untuk saya membaca benda yang mereka baca adalah tinggi. dan kemudian, untuk melihat bacaan tersebut dalam laporan mereka yang ditiru bulat-bulat juga adalah sangat mudah dikenal pasti. kalau satu assignment takpe lagi. tapi, setiap assignment. kumpulan, individu, home-test. aduih! 

dan, apabila result peperiksaan keluar. mereka akan cakap 'pandailah echa' bila gred saya mengatasi gred mereka. tak, bukan sebab saya pandai. tapi, sebab lecturer ada akses kepada internet, lect juga google menggunakan perkataan yang sama, potensi untuk lect membaca benda yang mereka baca adalah tinggi. dan kemudian, untuk melihat bacaan tersebut dalam laporan mereka yang ditiru bulat-bulat juga adalah sangat mudah dikenal pasti. apatah lagi, lect dah bertahun-tahun mengajar subjek tersebut!!!

nota kaki: sedang buat assignment "the influences of Malaysia's socio-economic to adult participation in learning"

Monday, July 9, 2012

090712 - baby, mommy-mu sedang sedih.

pagi ini, telah datang ofis dengan hati yang berbunga-bunga. setelah dua minggu bersenang-lenang datang 7 lebih, pagi ni mula thumb in 6.30am balik. hah, terbaik kann aku! hari ni bawak bekal kuey tiaw goreng hasil air tangan Inche Suami (beria-ia suruh kejut bangun 4.30am sebab beliau nak goreng kuey tiaw. jemu makan stall katanya! *perli aku dah tak buat bekfas laa tu).

dengan hati yang berbunga-bunga ni, aku telah meng-check result exam. maka, setakat itu sajalah bunga-bunga aku! result aku 2.89?? haruk!! terus menggeleng-geleng kepala (macam dalam citer korea time heroin tak percaya dengan hero) disertai dengan hati sekam-sekam, mata genang-genang. entah kenapa nak menangis (ketika menulis entri ni, aku merasakan ekspresi aku agak over pagi tadi). aku jadik upset sebab pointer jatuh. its only second sem kot echa. kenapa mesti anda menjatuhkan pointer itu? series laa aku sedih + frust + nak balik umah + kurung diri dalam bilik air + duduk bawah air pancur = macam scene citer korea jugak!

sekarang, setelah lima jam aku rasa agak sedikit relaks. tapi aku tau selagi aku tak nangis (sebab dah niat nak nangis tadi) aku takkan lega. jadi, cadang-cadang nak tunggu balik rumah nanti, ajak Inche Suami duduk kat sofa pastu nangis-lah kat dia! alahai, gedik kan? aku punya suka laa! tapi memang aku dah plan macam tu. HAHAHAHA (disertai dengan aksi gelak depan skrin komputer neh).

tak mengapalah kalau pointer tu jatuh sikit (berani ko taip perkataan 'sikit' tu wahai jari? dush! dush!) as long as sume subjek lulus. dengar-dengar pulak ada yang pointer below 2.0 so mestilah orang tu lebih-lebih upset dari aku kan? apelah sangat sekadar kurang 0.11 dari 3.0!!! arghhhhh, tensennyer beliau!!!!

p/s: masa diploma selalu jek pointer turun sebab selalu putus cinta. agagagaga! err, tapi sekarang dah kenapanya pulak nak merosot kan? kan?

Tuesday, March 27, 2012

Kisah Rumput Kuning - Bahagian III

"dan, kadang-kadang tahap kesabaran manusia tu sangat ada hadnya. jangan cuba-cuba nak menduga. Kemudian hari, kamu akan kenal siapa dia sebenarnya"

minggu sudah, aku telah memperkenalkan sisi baru diri aku depan kengkawan bahek di pejabat. sisi baru aku ni bukanlah sisi yang cantik untuk diteladani. tapi, sisi yang menunjukkan betapa pincangnya pengurusan emosi aku. jadi, jangan sesekali cuba menduga. kelak, semua tanggapan baik semua orang pada aku akan tersasar. walaupun kesal sebab dah reveal the dark side of echa, aku cuma memujuk diri dengan mengatakan ‘pedulik hape’. kuikuikui

al-kisah, rentetan dari kronologi kisah tragik untuk masa depan neh, aku dan kengkawan baek telah dikejutkan dengan kepulangan silon (bukan nama sebenar. misti la bukan nama sebenar kan? tak melayu-lah nama silon! *pukul anak sindir menantu) maka, aku dengan kengkawan pun bersemuka-lah dengan beliau untuk mintak penjelasan tentang hal beliau menulis nama penuh kami di status pesbuk beliau. siap bubuh situ kata kami ni telah menganiaya beliau. pastuh dia tulis lagik kami yang menyebabkan perselisihan antara beliau dan orang di opis ni hah. she said all that in her writing okay! dan, bila kami tanya, desak dan naik suara kat beliau, beliau tanya ini pulak pada kami…

“ada masalah ke kat korang kalau aku tulis nama korang? korang kisah ke?”

dan, persis papan selaju, aku pon meluncurkan kata-kata ini…

“apa bodoh sangat kau ni? kalau aku tulis nama penuh kau kat serata tempat, kau kisah tak? kau ade masalah tak?” (hari ni, aku mula berasa kesal kerana terlalu jujur menutur bodoh. patut aku beralas sikit kan? ye tak?)

as a dramatic person, untuk hujah-hujah seterusnya, beliau keep saying “yelah, aku kan bodoh”. euuww! aku tak lalu dek ayat merendahkan diri sendiri oleh orang yang sesuka hati mencari masalah dengan aku SEDANG AKU TAK HINGIN NAK BERURUSAN MASALAH DENGAN DIA!

sila klik untuk mendapatkan imej yang lebih jelas. nama berbayang hitam adalah nama aku dan kengkawan bahek yang aku padam sebagai langkah tidak menonjolkan diri. nama berbayang merah pulak nama mangsa lain yang turut teraniaya. ^_*



p/s : makin hari makin garang. ko mampu?

Sunday, January 8, 2012

901.


telah merajinkan diri pegi kelas (ok, sebenanya ada skip jugak. bukan echa-lah kalau tak skip kelas)

sekadar hiasan. tq google images.


telah tungkus-lumus buat kerja sekolah (last minute person i am!)

camni laa gaya aku wat esaimen. mane de tungkus-lumus sangat pon.


telah study segigihnya (nonton Hawaii Five O lebih gigih rasanya!)

gitu! tido lebih banyak. haila-haila.


kini, tibalah masa untuk bagi balik kat lecturer apa yang beliau dah ajar dalam beberapa helai kertas.


mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


p/s: my first day final exam dirisaukan dengan satu kumpulan orang yang nak berdemonstrasi atas jalan. kenapa mesti 901? buat laa 1001 ke 1101 atau 1201???

Tuesday, January 25, 2011

terik musim tengkujuh.

hukhukhuk pembuka bicara...

waktu pembentangan Bajet 2011 hari tu, ade dah YAB PM bentangkan pasal caruman kwsp-kejadah-wat-so-ever apa akan jadi entah. tapi sumpah laa aku tak ambik pusing kan? iye laa, time tuh teruja nak tau ada bonus ke tidak jek. (mata wang betul neh).

maka maka maka (memang nak taruk tiga kali supaya cerita ni kedengaran sangat tragik) apabila menatap slip gaji Januari 2011, darah pun mula berlari setempat lalu pening-pening lalat mula terbit di kepala manusia seorang AKU! mengapakah potongan kwsp begitu banyak di situ? bukan ke baru jek naik bulan 10 hari tu sebab pelarasan gaji tahunan aku? jadi mengapakah naik dengan banyaknya lagi?
dan seketika kemudian amnesia aku pun pulih. terngiang-ngiang-lah suara Bapak Presiden membentangkan tentang caruman 8% ke 11% apa kejadah itu. arghhhh....

dan dan dan apabila mata tertancap pada potongan PTPTN pulak, sekali lagi darah mula berlari setempat dan dan dan sedikit berkocak lalu lalu lalu migrain mengetuk-ngetuk manja. mengapakah banyak potongannya di situ?? oh-no-i-am-going-to-die! sesak nafas kak tipah sekejap anak-anak oitt!
setelah berjaya tarik nafas me-relaks-kan peparu barulah aku sedar ini sudah 2011. potongan akan bertambah mengikut jadual yang dah dipersetujui (agreement tu pun aku dah hilangkan dengan eksyen-nye!)

agak ngeri kejadian potongan-potongan gaji yang naik mendadak ini ye. dengan gaji bersih sebegitu kemudian nak bagi mak, sewa rumah, bil internet kat kampung, bil astro rumah mak yang semuanya ditaja oleh AKU maka terduduklah anak bongsu dari dua orang adik-beradik ini. T_T

macam mana nak buat wedding tema dalam gua macam ni? nak setup lighting dalam gua jek dah cecah puluhan ribu. gaji pulak asyik menanggung potongan jek. kena tukar tema neh! ngahahaha.

p/s: tua sebelum waktunya!

Sunday, December 12, 2010

alahai pegawai...

minggu sudah (i dont remember the date), ada kejadian sangat tragis jadi pada aku.

al-kisah...

hari tu, kebanyakan orang kat unit aku takde. ada yang berkursus, bercuti, berjalan etc. datang sorang pegawai (post PTD) named azri (kira bonuslah kalau aku tulis nama betul. ok.). dia datang bertanyakan tentang emel yang dihantar dari unit aku. begini..

azri:
saya nak tanya tentang emel nombor 9 tadi tu. saya tak dapat lampirannya.

aku:
oh ye ke. encik azri sorang tak dapat ke semua orang kat unit tak dapat?

azri:
eh, manelah saya tau. saya jaga bahagian tu, kenapa saya tak dapat?

aku:
ok, kejap saya check. (login pc. check sistem.) em, kat sini ada lampiran.

azri:
haaa, saya dapat front page jek. lampiran ni takde.

aku:
ok, kejap. (angkat telefon. call teknikal)

azri:
make sure saya dapat lampiran tu. (berkira-kira nak pergi)

aku:
saya kena tahu dulu apa masalah sebenarnya....(sebenarnya ada lagi benda nak explain)

azri:
habis, takkan saya nak tunggu je kat sini.

aku:
ok. ( aku pon tak suruh ko tunggu.)

sebaik confirm masalah emel tersebut, aku pon re-send kepada mereka-mereka yang patut dapat emel tu.

sedang enak-enak gelak dengan ady & yana, telefon meja berbunyi. oh, its azri again.

azri:
emel yang nombor 9 tu saya dah dapat. ni nak bagi tau emel nombor 10 pon takde lampiran. (dia diam. tak sambung cakap apa-apa.)

aku:
ok. (letak telefon. sebab dia dah diam.)

aku call teknikal, dorang betulkan dan aku re-send emel tersebut. dalam masa 2 minit, dia muncul kat meja aku.

azri:
komputer ni ada masalah ke?

aku:
takde.

azri:
awak ade masalah ke dengan saya?

aku:
takde.

azri:
saya belum habis cakap tau tadi, awak dah letak telefon.

aku: (Laa! itu je ke?)
saya ingat dah takde apa-apa lagi. saya letaklah phone sebab nak call teknikal)

azri:
ada benda yang saya nak terangkan tadi, awak terus letak telefon. jangan kurang ajar dengan saya. saya datang cara baik, awak buat saya macam ni. jangan sampai saya marah, saya jerit-jerit dekat awak.

Aku terdiam. biasalah kena serang, badan jadi seram sejuk menggigil gitu kan?

azri:
saya boleh report pada bos awak, saya boleh marah awak tau.

aku malas nak layan. berpaling muka tengok pc. ikut hati nak jerit balik kat dia. tapi memikirkan nanti hari-hari tengok muka dia, aku pilih untuk buat tak tahu.

azri:
bila saya cakap, pandang muka saya. saya pegawai tau!

TAP! aku terus pandang mata dia. pandang dengan penuh rasa meluat + marah + kesal. dalam hati aku dah menjerit. "PERGI MATILAH DENGAN PEGAWAI KAU! INGAT AKU TAKUT KE?" tapi cuma dalam hati. sebab, aku fikir aku akan kerja lama lagi kat situ.

dek kerana tak puas hati aku pandang mata dia agaknya, dia pon pergi report kat boss aku. tadi suruh sangat aku pandang. bila aku dah pandang, cabut pulak.

tolonglah. aku bukan cemburu kau orang jadi pegawai, aku sekadar staff. tapi jangan nak bermegah sangatlah. kau dengan aku sama jek. kerja makan gaji dengan kerajaan. setakat pegawai kerajaan nak berlagak, tak sampai kemana...

kau pergi beratur kat tandas awam, kau belakang sekali. pergi kat orang paling depan cakap macam ni..

"BAGI SAYA KENCING DULU, SAYA PEGAWAI"

kau ingat laku ke bang?

Friday, June 25, 2010

biar hujan lebat, jangan gerimis.

masa zaman stadi dulu, berada di sekeliling orang yang kebudak-budakan buat aku rimas, lemas. aku rasa nak cepat-cepat dewasa. aku rasa nak cepat-cepat habiskan belajar, nak kerja dan nak campur dengan orang yang lebih besar.

hari ni, bila aku dah berkerja dan bercampur dengan orang besar, aku mula mual dengan cara mereka. orang besar ni rupanya tak semua bijak dan tak semua berfikiran matang. ada yang langsung tak dewasa. mereka cume menua.

saket betul kepala ni bila setiap hari perlu berhadapan dengan orang-orang macam ni. melihat mereka memanipulasi fakta, melihat mereka memanipulasi orang & melihat mereka memanipulasi diri sendiri, aku rasa nak tunjuk mereka satu lagi pintu....BERSARA jeklah ye!

Saturday, May 16, 2009

bow-ngok! huh!

jika anda merasakan teman lelaki anda sekacak brad pitt sedangkan gigi depan dia pipih, dan jika anda merasakan kedudukan anda sebagai teman wanitanya tergugat gara-gara bekas teman wanita kepada teman lelaki anda yang gigi pipih tadi tersangatlah cun sedangkan gadis tersebut memang confirm2 dah tak hingin sesen pon pada teman lelaki anda, sila hentak kepala anda dengan kelajuan 120km/j di permukaan lantai tandas!!!
macam-haram.
jangan lar berlagak macam anda bertanggungjawab untuk protect sebuah hubungan yang teguh daripada dilambung badai kerana gangguan orang ketiga! dalam masa yang sama, siap berapi-api menunjukkan emosi tidak suka dengan bekas teman wanita kepada teman lelaki anda. saya tahu anda sengaja menunjukkan reaksi tersebut di hadapan saya memandangkan gadis tersebut adalah sahabat baek saya. weh, sahabat baek saya tu dah delete habes dah kisah lama dia dengan teman lelaki anda tuh. ingat teman lelaki anda best sangat ke??
nasehat saya, silalah berhenti melakukan sedemikian rupa. macam bodow dow! saya rasa annoying yang teramat sangat dengan anda! macam nak letak selipar jamban kat wajah anda tiap kali anda bercerita tentang pergaduhan anda dan teman lelaki gara-gara teman lelaki TERbukak kembali kisah lama dia dan bekas teman wanitanya. tu tandanya, teman lelaki anda yang bermasalah, pergilah betulkan dia dulu NGOK!
sudahlah memandang rendah pada persahabatan saya dan kengkawan saya, lepas tu nak menunjukkan pulak konon andalah pasangan paling bahagia dalam dunia. sedang meniti kedewasaan dalam hubungan, tidak heran pada dugaan yang mendatang. saya letih dengan anda. sangat letih dow!
anyway, saya agak suka jugak apabila ada yang memandang rendah pada saya. tengok hari anda jatuh terduduk nanti. tengok lar anda jadi orang ke jadi siamang!

Saturday, August 2, 2008

hati ungu perlukan coklat


je duprime donc je chocolate



aku sebal sama seseorang...

tapi, tak boleh nak pertikaikan kesebalan...

kerana dia cinta kepada salah seorang teman....

maka, aku simpan...

ermm....

nak makan coklat banyak-banyak...