pagi ini, telah datang ofis dengan hati yang berbunga-bunga. setelah dua minggu bersenang-lenang datang 7 lebih, pagi ni mula thumb in 6.30am balik. hah, terbaik kann aku! hari ni bawak bekal kuey tiaw goreng hasil air tangan Inche Suami (beria-ia suruh kejut bangun 4.30am sebab beliau nak goreng kuey tiaw. jemu makan stall katanya! *perli aku dah tak buat bekfas laa tu).
dengan hati yang berbunga-bunga ni, aku telah meng-check result exam. maka, setakat itu sajalah bunga-bunga aku! result aku 2.89?? haruk!! terus menggeleng-geleng kepala (macam dalam citer korea time heroin tak percaya dengan hero) disertai dengan hati sekam-sekam, mata genang-genang. entah kenapa nak menangis (ketika menulis entri ni, aku merasakan ekspresi aku agak over pagi tadi). aku jadik upset sebab pointer jatuh. its only second sem kot echa. kenapa mesti anda menjatuhkan pointer itu? series laa aku sedih + frust + nak balik umah + kurung diri dalam bilik air + duduk bawah air pancur = macam scene citer korea jugak!
sekarang, setelah lima jam aku rasa agak sedikit relaks. tapi aku tau selagi aku tak nangis (sebab dah niat nak nangis tadi) aku takkan lega. jadi, cadang-cadang nak tunggu balik rumah nanti, ajak Inche Suami duduk kat sofa pastu nangis-lah kat dia! alahai, gedik kan? aku punya suka laa! tapi memang aku dah plan macam tu. HAHAHAHA (disertai dengan aksi gelak depan skrin komputer neh).
tak mengapalah kalau pointer tu jatuh sikit (berani ko taip perkataan 'sikit' tu wahai jari? dush! dush!) as long as sume subjek lulus. dengar-dengar pulak ada yang pointer below 2.0 so mestilah orang tu lebih-lebih upset dari aku kan? apelah sangat sekadar kurang 0.11 dari 3.0!!! arghhhhh, tensennyer beliau!!!!
p/s: masa diploma selalu jek pointer turun sebab selalu putus cinta. agagagaga! err, tapi sekarang dah kenapanya pulak nak merosot kan? kan?