Thursday, July 5, 2012

KARMA is a funny thing.


hidup ini ibarat roda.

klise kan? entah hape-hape madah nak samakan hidup dengan roda. tapi, bila tiba bab karma, memang aku mengakui sesangatlah pepatah tu. hidup ni memang macam roda. ambik contoh roda yang besar macam eyes of malaysia (currently known as eyes of malacca if i’m not mistaken-lah).  kalau ambik contoh roda beskal ke roda motor pak abu ke kecik sangat pulok. orang tak nampak. pastu aku pon bukan reti nak explain komponen kenderaan. komponen eyes of malaysia tu aku reti laa sebab kan tu komponen hiburan. HAHA (HAHA with capital letter meniru cik payung senanye :p)

ok, balik pada eyes of malaysia. masa memula nak naik menda tu which is aku tak pernah naik lagik kita akan kena naik dari bawah. betul tak? mesti laa betul. mana ada orang naik menda tu terus pegi seat yang kat atas. kena naik seat yang kat bawah laa kann. pastu penjaga wheel tuh akan putar (bukan dengan tangan beliau-lah yang pastinya, gila berat kot) untuk memberi laluan kepada seat kosong berada di level paling bawah untuk memudahkan penumpang lain naik. proses tu akan berterusan sehinggalah wheel tu penuh dengan penumpang. dan, proses tu akan membuatkan kedudukan anda semakin tinggi dan tinggi dan tinggi dan kekadang tu hingga berada di puncak wheel dalam sekelip mata. DALAM SEKELIP MATA hokayy! maka nampaklah seluruh alam semesta. nampak bintang kat langit lebih bersinar daripada biasa, nampak bulan tu macam dekat sesangat sampai nak petik untuk kekaseh. *uweekk! masa tu anda akan sangat kagum + teruja dan kekadang ditambah sedikit riak. Riak - sebab anda dah ada kat atas sedangkan orang lain (refer to pengunjung yang nak naik wheel tu-lah) terkedek-kedek kat bawah lagi. 

teori tu laa yang orang dok apply dalam kehidupan seharian bila kata hidup ibarat roda. bila dah ada kat puncak kejayaan & mampu memerhati semua orang kat bawah yang tak nampak apa yang anda mampu nampak kat atas, anda akan riak. riak itu akan mendorong anda untuk memperlekeh orang lain, mempersenda hak orang lain dan lebih teruk lagi menjatuhkan kehidupan orang lain. anda lupa kalau hari ni anda kat atas, esok lusa tak mustahil untuk anda jatuh ke bawah. tak mustahil! 

ish, panjangnya aku cite pasal roda. aku nak cite pasal hal laen senanye! cis. cis. cis. benci ouh pada merapu + amnesia yang sangat sebati dalam diri aku nih. emm, tak jadilah. malas pulak nak bercerita tentang perilaku sumbang orang lain. perilaku aku ponn bukanlah merdu sangat. *ko hado? buat seseorang berstatus M44 (JE?? - kahkahkah!), sedarlah bahawa apa yang berlaku kepada kamu hari ini mungkin satu jentikan dari takdir atas jenis-jenis perilaku kamu terhadap orang lain. air mata kamu yang murah untuk mengalir lewat kebelakangan ini mungkin simbahan air bah yang diturunkan atas juraian air mata orang-orang lain yang disebabkan oleh kamu. *untuk rekod, orang-orang di sini merujuk kepada kata ganda yang bermaksud melibatkan ramai orang

p/s : asyik terkenang-kenang papan tanda di federal highway bertulis – KARMA IS A FUNNY THING