Showing posts with label bahagia. Show all posts
Showing posts with label bahagia. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

anak kecil yang mendengar kata!

Bismillahirrahmanirrahim...

pagi ini (28 april 2012 - SABTU), telah bangun awal-awal pagi TANPA tidur semula! cekal bukan? modus operandinya adalah untuk membuat paperwork assignment individu lepas tuh nak practice untuk group presentation esok! disebabkan kita telah blurr mengadap paperwork, kita pon start practice present! lalu, masalah telah dikesan! kita semput uolss!

al-maklumlah, usia kandungan dah 5 bulan, kita pulak beria-ia melontar suara + semangat padahal kita kena present satu slide jek. adoihh laa! point dalam slide cuma ada empat, tapi kita ada extra notes atas que card sebanyak empat point! so, ada lapan point-lah kita! nak dibuang extra notes tu pon tak boleh sebab kita rasa dah cantek sesangat (perasan! HAHA). nak aci selamba baca point slide semata pulak, lect kita saaangat fussy bab present. agak-agak dia bagi extra marks tak sebab kita pregnant? heheh.

maka, kita pun try-lah meminta bantuan kepada si kecik dalam perut neh.

"my dear baby, please support your cute momma by giving 100% commitment for the presentation okay. momma will buy you cute toys later"

Alhamdulillah, my practice of presentation goes well. good baby!


p/s: petang ni nak jenjalan pegi bangsar. farewell kawan bahek. macam mana Kuala Lumpur agaknya. selamat-kah untuk dijalan-jalan?


Monday, February 8, 2010

saket tapi.....

mak kata......

"jangan cari pasangan atas dasar cinta semata-mata.
cinta tak boleh buat beli beras"



akak kata.....

"jangan mudah percaya pada kata-kata cinta...
belum tentu kekal lama."



memang. semua tu sangat saket...
tapi, tetap nak bersama dia...


Thursday, June 4, 2009

buat tali gitar-dari mata pena, harus senyum sampai ke telinga!

di pagi yang hening, saya menjengah laman web uitm dan mencelah di balik link student portal lalu menerjah ke sudut sidang konvokesyen dan dengan penuh yakin saya klik pada sidang ke lapan. hati kata 'dia' memang duduk kat situ..
skrol tetikus digerakkan dengan pantas mencari nama fakulti yang diingini. em, mungkin salah sidang. ok lar, carik kat sidang laen pulak laa.. chup! jumpa nama fakulti yang dihajati. dengan pantas lagi, mata menangkap setiap nama yang tertera di senarai graduan diploma. nama yang dimaksudkan ditemui!
saya menjerit "yes!!" seperti seorang lelaki yang baru sahaja memenangi sebuah kereta sport idaman. saya tambah dengan gelak pulak. wahahaha! baru grad ke?? setiap bait ayat-ayat kamu takkan saya lupa. betapa dia mendabik dada dengan dirinya. ah, kamu! Loser~
memang saya dengki. memang saya jahat! so what? suka hati lar. negara ni kan negara demokrasi...

Thursday, October 30, 2008

angin, bawalah aku terbang!

ahhhhh~

satu kelegaan yang penuh dengan kesyukuran.

baru sebentar tadi aku me-nge-check senarai nama untuk majlis konvokesyen bulan depan. kemudian, kepala hotak ni gatal-gatal betul nak tahu gerangan seseorang di fakulti yang satu lagi. lalu, jari jemari aku pun gatal-gatal jugak menggerakkan tetikus dan mula sibuk klik pada satu demi satu sidang untuk mencari senarai nama pelajar-pelajar fakulti tersebut. tiba di sidang ketujuh... nah! ada pun nama fakulti tu. anak mata aku mula bergerak pantas membaca satu-persatu, dua-perdua nama yang tertera. teng! senarai nama pun tamat. nama beliau takde! aku tak putus asa. terus lagi mencari dan mencari nama beliau yang unik, bertoleransi, adil & juga saksama. eh, betul-betul takde lar.... aku musykil tahap satu~

aku mula berkira-kira bukan dalam kiraan matematik. ada dua andaian. pertama, dia masih belum tamat lagi (semester ketujuh lar kirenye). kedua, dia suda ditendang keluar oleh pihak universiti. tak mungkin lar dia dah grad & konvo dulu kan... kami kan batch yang sama! ermm, mana-mana satu andaian pun dia berada, aku perlu tersenyum bangga! aku puas..... tak! aku tak berdendam! jauh sekali mendoakan kejatuhan dia (kadang-kadang mulut ni terlepas cakap mendoakan tak baek untuk dia tu ada lar jugak kot). aku percaya, tiap orang ada bahagiannya masing-masing.


jadi manusia ni tak boleh kejam sangat dan tak boleh letak seseorang tu di bawah kaki kita. dalam konteks neh, maksud bawah kaki kita tu macam merendah-rendahkan kemampuan & kekurangan seseorang ar. bukan apa, nanti kita akan dapat balik.

kau dah buat aku rasa ditimpa hujan yang teruk. kemudian kau biarkan aku dengan panas yang kau rancangkan. tapi hari ni, Tuhan memberi aku angin agar aku tenang... dan kau?
aku cuma nak cakap satu ayat ni je...

you deserve it my dear~

dan, aku terus mendepakan tangan untuk merasa bayu yang menghembus tenang~


p/s: kredit buat terra rossa dan syazwan roslan...