Thursday, October 30, 2008

angin, bawalah aku terbang!

ahhhhh~

satu kelegaan yang penuh dengan kesyukuran.

baru sebentar tadi aku me-nge-check senarai nama untuk majlis konvokesyen bulan depan. kemudian, kepala hotak ni gatal-gatal betul nak tahu gerangan seseorang di fakulti yang satu lagi. lalu, jari jemari aku pun gatal-gatal jugak menggerakkan tetikus dan mula sibuk klik pada satu demi satu sidang untuk mencari senarai nama pelajar-pelajar fakulti tersebut. tiba di sidang ketujuh... nah! ada pun nama fakulti tu. anak mata aku mula bergerak pantas membaca satu-persatu, dua-perdua nama yang tertera. teng! senarai nama pun tamat. nama beliau takde! aku tak putus asa. terus lagi mencari dan mencari nama beliau yang unik, bertoleransi, adil & juga saksama. eh, betul-betul takde lar.... aku musykil tahap satu~

aku mula berkira-kira bukan dalam kiraan matematik. ada dua andaian. pertama, dia masih belum tamat lagi (semester ketujuh lar kirenye). kedua, dia suda ditendang keluar oleh pihak universiti. tak mungkin lar dia dah grad & konvo dulu kan... kami kan batch yang sama! ermm, mana-mana satu andaian pun dia berada, aku perlu tersenyum bangga! aku puas..... tak! aku tak berdendam! jauh sekali mendoakan kejatuhan dia (kadang-kadang mulut ni terlepas cakap mendoakan tak baek untuk dia tu ada lar jugak kot). aku percaya, tiap orang ada bahagiannya masing-masing.


jadi manusia ni tak boleh kejam sangat dan tak boleh letak seseorang tu di bawah kaki kita. dalam konteks neh, maksud bawah kaki kita tu macam merendah-rendahkan kemampuan & kekurangan seseorang ar. bukan apa, nanti kita akan dapat balik.

kau dah buat aku rasa ditimpa hujan yang teruk. kemudian kau biarkan aku dengan panas yang kau rancangkan. tapi hari ni, Tuhan memberi aku angin agar aku tenang... dan kau?
aku cuma nak cakap satu ayat ni je...

you deserve it my dear~

dan, aku terus mendepakan tangan untuk merasa bayu yang menghembus tenang~


p/s: kredit buat terra rossa dan syazwan roslan...

6 comments:

Zumar Mariah said...

ko berat,
angin x larat...
;P

tp s'kiranya ko dpt berbicara pd angin,
pasti ko berpesan supaya angin mendendangkan lagu kepada aku pd setiap hembusannya~

Cik-MeGa said...

renhalus:
weh..
aku terfikir..
ko pnah kate aku sedikit beruntung sbb walaupun saket, aku maseh punya kngn dgn die..
tp..
aku rse ko lebih lebih sedikit beruntung..
sbb ko x simpan kngn yg tak indah bersama die..

p/s: dulu, awak penah sukakan dia...

Zumar Mariah said...

;)

Saiful AmmaR said...

ECHA...

Aina said...

cak cak cak...

la la la la~

Cik-MeGa said...

saiful ammar: ye, saye!

mastikus: chak de india~