Sunday, November 2, 2008

chup!


akibat dari mempunyai masa terluang yang sangat-sangat-sangat banyak, aku akhirnya mengambil keputusan untuk berfikir secara rambang tentang apa sahaja yang terlintas di mata rambang aku neh. lalu, aku terfikir tentang diri aku sendiri. dan, aku terjumpa sesuatu yang menarik!

1. aku tak tau kenapa tapi aku bukan setakat akan cuci kaki malah aku juga akan cuci tangan sebelum tidur... ermm...

2. percaya atau tak, aku seorang yang cukup gemar bersugi. jam 6.30 pagi, aku akan gosok gigi untuk menunaikan fardu awal pagi. kemudian, aku akan gosok gigi lagi untuk bersarapan pada jam 7.30 pagi. seterusnya, aku akan gosok gigi lagi jam 8.30 pagi ketika mandi. bukan pembersih. tapi, memang jadual bersugi aku macam tu... Alhamdulillah harga ubat gigi tak mahal...

3. aku ada gastrik. maka, perut aku sangat sensitif. kalau silap makan sikit, aku boleh dapat gastrik dengan kondisi yang sangat teruk. tapi, aku tetap jugak bantai makan sesuka hati aku. bukan berdegil atau ngada-ngada nak mintak sakit. tapi, aku nak check sendiri sama ada penyakit gastrik tu masih ada dalam diri aku ke tak...mana tau aku dah bebas gastrik. tapi, tiap kali makan benda bukan-bukan, aku dapati aku masih dibelenggu gastrik.. sebab aku akan mengerekot kesakitan!


ermm... ni antara yang sempat aku ingat untuk taip kat sini. selebihnya, aku macam tak berapa boleh nak recall. ada sesiapa yang punya amalan macam aku neh? silalah kongsi. aku ada sangat-sangat-sangat banyak masa untuk membaca-nya....

4 comments:

Unknown said...

mengerekot macam kene senggugut...


hahaahah

tulipbiru said...

ingat lg time echa mkn meggi..
pas2 ad org 2 g ajk bli vitagen..kan..kan..ahaks..

Aina said...

setiap kali masuk bilik air, mesti nak buang air...tak tau kenapa

Cik-MeGa said...

fariziskan: aku doa hang kene senggugut! :p

tulipbiru: terkenang semasa dulu.... heh!

mastikus: pelik tu! pelik!