Tuesday, June 26, 2012

Lara Hati, 25 Jun 2012.

kadangkala perasaan kita ada, tapi kita tak tahu itu adalah perasaan.


semalam (25 jun 2012), aku sembang dengan yana, jiran-sebelah-duduk.

me: kadang-kadang echa rasa echa macam takde perasaan kat baby ni.

yana: eh, kenapa pulak?

me: entahlah. echa rasa biasa-biasa je. dah 7 bulan tapi jalan laju jek. buat tak endah orang tegur jangan jalan laju-laju. lepas tu, makan ape je. macam tak kesian dengan baby. 

yana: biasa kot cha macam tu.

me: kadang-kadang echa tanya aku ni tak sayang anak ke?

yana: eh, takdelah sampai macam tu.

dan, aku diam lepas tu.

Al-kisah...
malam tu, aku makan ayam goreng KFC yang spicy tuh dengan roti canai sekeping. setengah jam lepas tu aku rasa perut bergegar. i mean, baby bergegar. sekali, dua kali, tiga kali, berkali-kali. mula-mula rasa macam itu pergerakan biasa tapi bila dah berkali-kali aku rasa macam itu bukan pergerakan biasa. baby bukan bergerak. baby bergegar!! aku terus bangun dari baring-baring malas. kepala berpinar!! Ya Allah, kenapa ye? panik yang teramat sangat mendorong aku dail Inche Suami. tak berjawab pulak!

few minutes Inche Suami call balik. aku cuma sempat tekan button answer call pastuh aku suruh dia tunggu. berdesup aku pegi toilet dan keluarlah segala isi dari dalam perut!! panik tak terkata woo! sebab aku memang takde simptom morning sickness (Alhamdulillah) dan bila tiba-tiba jadi macam tu dengan sensorang diri kat rumah memang aku panik. Inche Suami memang menggelabah dengar aku vomit bagai. dia nak balik & hantar aku pegi hospital. tapi aku tak mahu. aku anggap dah okay sebab dah keluar semua isi. *inilah habit aku yang Inche Suami gelar sebagai 'keras hati'

aku decided untuk tidur awal. sumpah laa tak dapat nak lena. baby bergegar lagi dan lagi dan lagi. dan, kuasa Allah untuk menyentuh perasaan aku sangat mudah. tak semena-mena aku nangis semahu-mahunya, sekuat-kuatnya! demi Allah, waktu tu aku rasa sangat-sangat-sangat tak nak kahilangan anak yang aku tak nampak secara zahir lagi. waktu tu sayang aku pada anak tu sangat-sangat-sangat mendalam. few minutes menangis-nangis macam tu Inche Suami call balik. aku cuma mampu jawab dengan menangis semahu-mahunya. dan, beliau kata.... 'saya balik'.

dek kerana menangis teruk, aku terlelap. sedar-sedar Inche Suami dah duduk tepi katil, usap perut & bercakap ape entah dengan style ke-bapa-an beliau. aku tak terdaya nak bukak mata pun. dalam sepuloh minit Inche Suami buat macam tu, baby respon. dia gerak macam biasa. terbeliak jap mata aku dalam tak larat tu. dia gerak lagi dan lagi macam biasa. ok, nak ayah dia pujuk baru nak okay. sangat anak ayah!

mungkin aku patut terasa hati sebab dia cuma nak baik-baik bila Inche Suami ada & pujuk. tapi dengan luahan cakap-cakap aku siang tadi, aku rasa semua salah aku. anak mana tak kecik hati kalau emak dia kata tak sayang dia. dia merajuk & pergi dekat ayah dia. simple! 


p/s: terima kasih tak terhingga pada inche suami yang meredah malam untuk balik & pergi semula tengah-tengah malam tu jugak.
p/s: memang sengaja nak tulis entri ni untuk tunjuk dekat baby ni bila dia besar nanti. ^_^