salam sya'aban.
kurang 30 hari akan muncul bulan Ramadhan. perasaan sangat bercampur baur neh. jadik, nak curhat-lah perasaan-perasaan tu kat sini.
memula sekali rasa teruja! sebab pertama kali akan bersahur dan berbuka puasa dengan housemate lelaki. auww! sejak dua bulan lepas dah tanya dengan beliau, macam mana beliau berpuasa, sahur makan apa, sahur pukul berapa, berbuka macam mana. hah, maka dengan fed-up-nya beliau ponn jawablah (fed-up itu wujud kerana sejak tanya pertama kali tu, aku akan tanya lagi dan lagi dan lagi. ngehehe.) dalam kepala hotak ni dah plan nak masak itu, nak masak ini, nak buat begitu, nak buat begini. siap nak buat Jadual Makanan Berbuka! ko hado? hahaha. rasa sangat bersyukur sebab Inche Suami kata beliau TAK BOLEH bersahur nasik. makan roti dengan air jek atau meal yang simple-simple. sebab beliau akan mudah lapar kalau bersahur nasik. horeyy! *berazam nak buat bihun sup, roti & scrambled egg (AZAM sangaaattt!)
rasa kedua pulak adalah rasa takut. takut kalau-kalau gagal menunaikan ibadah puasa dengan cemerlang sedangkan keadaan aku yang 'berupaya' untuk berpuasa penuh. berupaya dalam konteks ni adalah bermaksud aku takde period. so, harusslah boleh puasa penohh kan? tapi, dengan kandungan yang bakal mencecah 7-8 bulan waktu tu, takut pulak kalau tak larat. aku dah cakap depan kengkawan boleh je kalau aku paksa-jugak-jugak untuk bertahan tapi ramai orang advice untuk fikir hal anak. kesian kalau baby tak tahan. oleh itu, aku dah ambik langkah awal. sejak dua minggu err tiga minggu lepas, aku cakap macam ni...
"baby, nanti kita kena puasa tau. kita kena rasa pedih-pedih sikit
sebab kita tak boleh makan & minum siang hari"
ok, rasa ketiga pulak adalah rasa gugup! Ramadhan menandakan waktu untuk melahirkan anak semakin dekat sebab due aku adalah pada penghujung Syawal.
"baby, nanti nak keluar elok-elok ye. jangan buat ayah awak panik tau"
*ok, tetiba lapar nak makan scrambled eggs. kuang kuang kuang!