Friday, May 11, 2012

Cha-Oh-Mei

entri ini akan menceritakan gabungan kisah minor tragic + sedih yang menghasilkan kekecewaan seorang isteri dan yang pastinya membuat seorang suami berjauh hati (ok, Inche Suami tak cakap pun beliau kecik hati. tapi, aku assume beliau kecik hati sebab kalau aku kat tempat beliau, aku akan kecik hati)

al-kisah, aku bukanlah seorang pengguna smart phone atau telefon memahal. bukan tak teringin. keinginan tu meluap-luap. tapi ada satu perkara dalam diri aku yang menghalang aku untuk memiliki sebarang telefon bimbit yang bernilai 1k dan ke atas. aku gemar ajar telefon buat bungee jump! HAHAHA. series weh, walaupun aku dah letak elok-elok kat tempat yang jauh dari sisi meja, telefon tu mesti akan meloncat ke bawah. tak pun, aku akan terlena atas sofa dengan tepon atas perut yang slim neh, pastu bangun nanti selamba lupa dan terus melonjak-lonjak girang. maka, kejadian tepon berderai bukan perkara luar biasa bagi aku.

al-kisah lagik, tepon aku dah biol sesangat. maka pada 30 april 2012, mengadulah akan aku pada Inche Suami menerusi es-em-es yang mana pada ketika itu beliau di tempat kerja-lah. petang tersebut, Inche Suami telah membawa pulang telefon bimbit baru! inilah yang best-nya mempunyai suami wahai kengkorang. pagi mengadu, petang dah dapat yang baru. err, Inche Suami, kalau pagi mengadu sunyi, adakah petang akan mendapat madu?? choyyy!! :p

hari berlalu dengan indah di sisi telefon baru. 02 mei 2012, aku pegi check up kat klinik. di sinilah kisah tragic bermula. masa dalam toilet untuk ambik urin, aku telah tergelincir! waktu tu dah selesai semua. tinggal nak keluar jek dari toilet. aku tutup tandas duduk tuh. letak bekas berisi urin dengan tepon kat atasnya. bijak bukan aku? bila nak tergelincir, aku berpaut pada bowl tu dan membuatkan penutup tersebut terangkat. urin dalam bekas telah tumpah, tepon baru 3 hari telah tergolek masuk ke dalam lubang air. OH-NO! sedih berlagu-lagu!
walaupun lepas kejadian tu, kedua kaki aku rasa sakit sesangat dan terpaksa seret untuk berjalan, hati aku lebih-lebih lagi sakit sebab tepon tu dah langsung tak boleh guna. 

walaupun Inche Suami kata: “takpe, yang penting awak dengan anak saya takde ape-ape” aku tetap rasa frust. dia cakap “anak saya” kott!!

Kini, aku memiliki sebuah lagi tepon baru. Walaupun rasa riak sebab dalam seminggu boleh ada 2 bijik tepon, tetap tak teruja macam dapat tepon mula-mula! 

p/s: Inche Suami nak hadiahkan oven, beliau kata “jangan jatuhkan dalam lubang air pulak ye!” diiringi gelak tawa tanda bersenda. sumpah tak lawak!