awal-awal pregnant, ramai yang puji betapa beruntungnya aku sebab tak mengalami morning sickness langsung-langsung. sangat bertenaga. berselera. senyoomm lebar~
kemudian, dipuji lagi kerana cekal bekerja dan belajar yang menuntut jadual harian yang sangat-sangat sebokk. senyommm lebar~
tak kurang jugak kakak-kakak yang menjerit bila aku mampu berjalan lebih laju dari dia orang. senyoomm lebar~
aku kata "anak askar!"
dan akhirnya, aku angkat tangan.aku mengaku kalah. dalam bertenaga, hilang jugak tenaganya. dalam kesebokan, lenyap jugak seboknya.
telah menangguh pengajian untuk semester ni. hanya kerana lif bangunan! semester ni, aku ambik dua subjek dan kelas untuk kedua-dua subjek tu adalah di level 11. masalahnya, lif bangunan tu cuma mampu mengangkat 7 orang dalam satu-satu trip. kekadang, masuk orang ke 5 pun dia dah berbunyi. dua minggu pergi kelas, aku kena que 30 minit kat lif lobi.
"alaa, orang pun alami masalah yang sama"
kata si kakak pejabat pentadbiran waktu aku nak mintak tangguh.
"kak, saya mengandung 8 bulan"
terus dia senyap. aku pun takde laa berniat nak maki dia kan. dalam telefon mana nak nampak perot aku pun.
takpelah. demi anak, takkan nak gigih jugak-jugak. kalau jadi apa-apa menyesal tak berguna. tinggal sebulan je lagi, insyaAllah. perlu apa berdegil.
sekarang, masa untuk berehat dan melayari Sabtu dan Ahad dengan sebaiknya!
p/s: err, inche suami ajak ke shah alam sabtu ni. kekeke.