bismillahirahmanirrahim...
khamis sudah, 26 julai 2012, berjaya mengetahui jantina baby walaupun setelah 8 bulan dia duduk dalam perut. memang kami (me & husband) tak terdesak untuk tahu jantina. baby. sebab kami nak jauhkan diri ibu mengandung (aku laa kan) dari tekanan. ape tak nyer, si polan datang pegang perut cakap begini, si polan lagi datang tilik muka cakap begitu. to play safe, kami tak scan langsung-langsung padahal dah buat appoinment untuk 3D scan.
tapi, memandangkan pusat kesihatan tu tak mahu repeat scan sebab semua dah okay, itu mendorong aku untuk pergi private clinic. memang laa dia kata okay. tapi, risau jugak laa. nak tahu air ketuban cukup ke tak, kepala baby berada pada kedudukan yang betul ke tak, saiz kepala dengan kaki dia seusia dengan umur dia ke tak. memang tak fikir jantina langsung waktu ni. cuma, nak pastikan baby okay. doctor kat klinik tu pulak dengan baik hatinya tunjuk gender dia bagai. aku okay jek. bila keluar dari bilik doc, bagitau kat inche suami apa jantina baby, dia cuma jawab:
"saya dah tau dah"
eh, dia ada scan perut aku ke time aku tido? :p
my dear baby, mama & ayah awak tak kesah awak gurl or boy. kami cuma nak awak lahir sihat, normal dan sempurna. kami nak awak berada dalam dunia realiti kami. ayah awak asyik menghitung hari jek nih. letih nak layan! >_<
p/s: patut sangat suka dengan satu surah tu. petunjuk rupanya.