Saturday, August 11, 2012

1108 - my faveret date!

ohhh, rajinnya aku menulis!! demikian, ayat mukadimah.

semalam (10 ogos 2012), merupakan bulan ke-11 perkahwinan kami. since monday lagi aku dah bagi tau kat inche suami nak ajak keluar dating (dah kawin sebut dating ada aura seriau. haha!) berbuka berdua kat luar kengkonon celebrate anniversary. kena celebrate awal sebab takut-takut 10 september nanti si kecik dah keluar. takkan nak berpilis param dating kan. lepas tu tak bising pulak bonda aku nanti melihat anak gadisnya keluar rumah dalam waktu berpantang! haha. inche suami setuju dengan plan aku. so, aku decide (benda-benda buat decision ni kalau tanya inche suami, dia akan kata 'ikut awak', baik aku decide awal-awal. :p ) nak makan kat Restoran Saba' since inche suami memang minat sesangat dengan middle east food. lepas tu, aku plan nak pegi I-city, Shah Alam. sounds sooo budak-budak kan? tapi, aku tak pernah pegi lagik!! nanti ada baby sure kena tunggu baby besar sikit baru boleh pegi. inche suami kata ok dengan plan aku. 

al-kisah, inche suami login pesbuk beliau setelah hampir berbulan tak login. maka, terdapat notification menjemput ke majlis berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah beliau. guess what, its on 10th! aku tengok beliau sangat excited nak join. dah lama tak jumpa kawan-kawan katanya. malahan, belum sempat nak kenalkan aku dengan kawan-kawan sekolah dia. tahun sudah tak dapat pegi sebab terikat dengan komitmen kem. series dia sangat excited! dan pastinya, dia lupa langsung-langsung dengan plan asal kami. benda-benda macam ni kalau ikut hati isteri-versi-gedik aku, memang aku muncung panjang, kecik-kecik hati semua la. tapi entah kenapa entah kali ni aku tak macam tu. aku senyapkan je hal kami nak outing bagai, aku setuju dengan plan dia nak berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah dia.

maka, semalam kami berbuka kat Asapanas Steamboat Bandar Baru Selayang. kawan-kawan inche suami ada 3 type. eh, aku siap buat observation pulak kan. haha! first, group hot-hot stuff ladies. free hair, make-up, kind of fashionable-lah! yang ni majoriti dah kawin and husband dorang pon jenis lelaki hot-lah. the other type pulak ladies yang bertudung, dah kawin dan bawak anak. jenis slow sikit dari yang hot stuff ladies tadi. yang lagi satu lagi, lelaki yang lone-ranger.depa-depa yang kata inche suami budak-budak kelas agama tapi tak kisah bergaul dengan ramai orang. hah, aku duduk se-table dengan depa ni-lah. dah dikata budak-budak kelas tasawur, maka otomatik aku jadik gadis melayu! nak hambek makanan dalam pot tu ponn aku segan. aku hambek dari plate inche suami. kuang kuang kuang. over taww!

sepanjang makan-makan tu, aku boleh nampak pancaran (sangat bahasa melayu yang indah ouh!) happy inche suami tuh. jumpa kawan-kawan lama, sembang hal sekolah, sembang hal dewasa. dan, dia kata dia tak malu nak sembang sebab dia dah jadi 'seseorang'. dulu, orang tak kenal dia sangat katanya. so, apa lagi yang aku nak? dah jelas-jelas depan mata inche suami happy. Alhamdulillah, dapat pahala sebab buat dia senang hati. kot aku muncung, hentak-hentak kaki, inche suami rasa susah hati, dah rosak dah puasa kan.

oklah, demikian-lah betapa rajinnnya aku menulis lately neh! semua benda pun nak cerita! suka hati-lah, nama pon blog aku!

p/s: telah menjadi seorang super cool. pembawakan budak barangkali ;)