Tuesday, September 25, 2012

Nur Addin Maisarah - penghargaan buat suami

Alhamdulillah. genap 40 minggu, si kecil yang selama ini menjalani kehidupan dalam perut kecik saya telah selamat dilahirkan pada 16 september 2012, jam 5.27 pagi seberat 3.25kg di Hospital Putrajaya. SubhanAllah, jangan ditanya tentang pengalaman atau kesakitan yang saya rasa, tanyalah tentang keinsafan yang berlumba-lumba datang dalam diri saya ketika bertarung nyawa untuk melahirkan nyawa lain. takde siapa boleh tolong waktu tu. cuma diri sendiri dan ketentuan Allah SWT. 

bukan nak buat orang lain mual dengan diri saya yang asyik memuji suami, tapi itulah hakikatnya. tanpa suami yang ada dalam labour room sejak saya ditolak masuk, tanpa kata-kata semangat suami yang tak jemu-jemu memujuk saya, tanpa perhatian suami yang tak henti-henti menenangkan saya, PUTUS ASA adalah satu-satunya perkara yang saya nampak. bayangkan laa, even saya request doctor untuk vacuum baby keluar, suami tak membantah. dia turutkan. tapi, dalam masa yang sama, dia cakap "cuba awak buat sekali lagi, kalau tak boleh baru kita guna cara lain. saya percaya lagi sekali ni mesti awak boleh" Alhamdulillah, Nur Addin Maisarah berjaya saya lahirkan dengan normal dan selamat. saya berhutang kesenangan dengan suami. kenapa lelaki ini lewat dipertemukan dengan saya?

dan hari ini, hari kesembilan saya menjalani proses berpantang, saya rasa Allah memberikan lelaki yang baik sebagai jodoh saya. mungkin dia tak berpelajaran tinggi dan mempunyai wang ringgit macam lelaki-lelaki lain yang pernah saya sangat-sangat cinta, tapi dia adalah lelaki yang saya percaya mampu memberi kehidupan yang baik buat saya. saya percaya sepasang tangan yang dia miliki mampu menjaga saya dengan baik. semoga Allah SWT mengurniakan perkara yang baik-baik sahaja buat suami saya.

buat Nur Addin Maisarah, selamat datang ke dunia sebenar. dunia ni lebih luas dari perut Ma. dunia kecik dulu, cuma Ma yang boleh rasa kewujudan awak tapi sekarang Ayah ada dekat dengan awak. awak kena percaya dengan kemampuan Ayah untuk jaga dan beri kehidupan yang baik pada awak dan kita berdua semestinya. semoga awak menjadi anak yang solehah. Amin.



picture of Nur Addin Maisarah on 21st september - warded because of jaundice