Monday, February 16, 2009

Jurnal Hujung Minggu!


Weekend yang baru sudah ni, aku tak balik batu pahat. Tapi, aku mengeluarkan belanja dan tenaga mengalahkan aku balik ke batu pahat. Eh, bunga-bunga berkira da keluar da! Gurau~

13 Februari.

Aku menjadi gatal-gatal hati untuk menjenguk laman seseorang yang sudah hampir 3 minggu tidak aku padulikan. Tak tahu kenapa tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak enak dari laman sana. Maka, aku pergi bertamu ke lamannya. Haihh… jelaslah, hati aku tak menipu. Mungkin aku tak perlu cepat terasa sebab nama aku tak tertera. Tapi, aku punya hak untuk rasa sebak di dada. ok...

14 februari.

Petang.

Aku bergerak ke puncak jam 2.30 petang. Lewat 3 jam dari rancangan asal! Gadis-gadis kat puncak dah bertalu meng-es-em-es bertanya situasi aku. Berkat kegigihan, aku sampai kat puncak jam 3 lebih. Makan dekat kedai Pak Halim sambil berbual, berbual & berbual dengan zee & sopi sampailah ke jam 5 petang. Beliau yang sepatutnya cuma perlu menghantar aku ke puncak dan seterusnya pulang, tiba-tiba mintak aku tunjuk jalan ke Jusco Bukit Tinggi. Dengan kerungutan, aku pergi jugak ikut beliau. Kesian jugak dengan zee & sopi. Tapi demi menjaga hati beliau, aku ikut jugak. Namun begitu (cewah!), mungkin disebabkan hati ni kurang nak ikhlas, aku dengan selambanya telah tersalah tunjuk tempat. Aku bawak beliau pergi Jusco Bukit Raja! Hahahaha. Beliau nak marah pun dah tak boleh, maka kami gelak-gelak je meraikan kesilapan aku.

*Jumpa ande, mus & kawan mereka.

Malam

Aku kembali ke puncak dengan tujuan untuk tidur semalaman kat kolej. Nak melepaskan rindu pada kawan-kawan. Rancangan ni dah diatur seminggu sudah. Tiba-tiba, aku dapat tahu sesuatu (tak dapat dinyatakan di sini) dan aku perlu balik ke putrajaya jugak malam tu! Tapi, aku tetap menyempatkan diri untuk lepak sekali lagi kerana tak mahu melukakan kawan-kawan (but I know I still did). Kali ni dekat Zuree Corner untuk sesi makan malam pulak. dengan zee, sopi, xuren & syafi. Makan, berbual, berbual, gelak, gelak & gelak lagi sampai nak terbalik kerusi meja semua. Seronok! Macam small reunion. Ada bob, reza, mizi & arie jugak malam tu! Tapi, mereka-mereka tu duduk meja laen laa…em, Hati aku melonjak-lonjak sakan menahan impak gembira! Reza, perubahan kita ketara… =)

Aku sampai semula kat rumah lebih kurang pukul 12 tengah malam. Sebaik sampai, aku melihat sesuatu (juga tak dapat dinyatakan disini) dan aku menjadi sedih yang banyak! Dalam kesediham & ke-bengang-an, talian hotlink prabayar aku berbunyi. Dan, perbualan ini terjadi.

Jue: cha, katne?
Aku: rumah la! Kau katne?
Jue: aku kat KL dengan ejol & takim. Kita orang nak jalan-jalan malam ni.
Aku: jue, ambik aku. Aku sedih! Tolong la… Tolong la…

Dan, memandangkan jue seorang sahabat yang prihatin, ejol pulak seorang kekasih yang double prihatin & takim seorang pencair yang triple prihatin, maka setengah jam kemudian aku sudah berada dengan mereka dan merentasi Kuala Lumpur sehingga jam 5.50 pagi! Jangan tanya mana kami pergi dan apa aktiviti kami. Ia satu malam yang singkat buat aku. Kredit buat Jue & Ejol. Takim jugak! Budak bertuah! Lalalala~

15 Februari.

Petang.

Aku bersiap ala-ala kadar untuk balik ke rumah setelah melelapkan mata selama sejam dua kat rumah jue. Tapi, rancangan baik aku untuk sambung tidur kat rumah langsung musnah sebaik dipaksa dek Miza untuk join dia dengan jue pergi mandi-manda. Cis! Aktiviti feveret pulak! Mana boleh tolak! Maka, petang tu, aku menghabiskan masa berendam kat Hutan Lipur Sungai Tekala, Semenyih. Haila Miza(si pencetus idea barangkali) & Aiman (si kepala rombongan), sampai hujung selangor korang bawak aku semata-mata nak mandi! Tapi, aku sangat-sangat-sangat-sangat-sangat seronok!

*selamat berkenalan buat Aiman & Taty.


sekilas

muzammil, terima kasih atas keprihatinan anda untuk bertanya akan situasi saya. Hati gadis ini terjentik dengan satu perasaan persahabatan. Awish, dunia ni kejam. Maka, saya mahu menjadi seorang yang tamak dengan memiliki semua kebahagiaan yang terdapat dalam dunia ni.

6 comments:

karatz said...

3 hari yg penuh hepi..dr sepi..wahaha
arap2 3 ari yg sterusnya lebih brmakna..amiiinnn.. =)

muhsinsenpai said...

dan bila kau tak ketemu aku jelas sekali jodoh bukan dalam tangan kita..

Cik-MeGa said...

karatz: tq. em, kamu sape ek?

muhsin: i'm looking for u gak. tp... :)

tulipbiru said...

atleast cara 2 dpt tenangkn ati sndri..i said be4 karatz..rmai nk tau identiti kamOo ;p

Cik-MeGa said...

tulipbiru: ye, tenang. sangat cool~

tulipbiru said...

moral of d story stop thinking wat he'll think bout u if u do diz and dat..juz think bout urself..;p