Sunday, April 3, 2011

TBS di BTS.

pembukak cite.
ade satu hari yang penuh jahil dalam diri aku tahun 2009. aku sedang nak buat e-payment untuk beli tiket kat gsc melalui website die lah kan. pastu masa aku tengah tengok-tengok page gsc tuh, aku tengok salah satu cinema dia kat BTS. aku yang gagal + bebal tak memasal time tuh bertanyalah pada kawan sebelah aku.

"weh, gsc BTS ni katne ek?"

malang sekali beliau pon bebal lalu menjawab.

"entah, tak pernah dengar"


emm, dengan dahi kerut aku pon kate.

"bandar tasek selatan kot kan. baru bukak gaknye"

sebaik aku tengok kat senarai cinema tuh, aku gelak beso kalah gelak lelaki berbadan beso. bts itu adelah Berjaya Times Square. aku pun pelik macam mana aku boleh tak terfikir times square padahal punye laa rajin pegi ceruk tuh! sungguh laa malu pada diri sendirik! haha.

ok, entri aku ni bukan nak citer pasal times square. tapi TBS = Terminal Bersepadu Selatan.

baru jap tadi, aku baru sampai dari kampung. nak dijadikan ceghite kuatkuasa 01 mac, nak ke selatan kena naik bas kat tbs tu. agak menjakunkan aku sebab tak pernah try pegi lagi. ish ish ish, tau ape dah jadik dengan hentian kat bandar tasek tu?

tbs tu telah membuatkan laluan erL yang aku selalu naik tu berubah wajah! dulu, aku sorang jek lalu dalam satu-satu masa. kiranya purata lebih kurang 3 orang dalam masa 15 minit. sekarang 50 orang dalam masa 5 minit! telah berlaku kejutan orang kat laluan dari LRT & komuter nak ke erL tu! kalau dulu aku boleh kata lambat lagi jejantas erL tu runtuh, hari ni aku nak tukar statement ar. pihak pengurusan erL, sila serbis jejantas kau tiap-tiap minggu ok!

ikutkan hati nak jek aku tangkap gambo orang yang ramai-ramai tadi tuh tapi nanti kang depa ingat aku foreigner dari siam pulak! haha.

No comments: