Thursday, December 30, 2010

The Best of 2010.

Bismillahirrahmanirrahim...

2010. Pada awalnya aku anggap ini tahun No-Luck aku. sebab selalunya aku akan gagal dan gagal dan gagal pada tahun genap (kolot betul mind set aku). tapi, bila tengok-tengok balik, not bad! banyak pergerakan tak kira secara solo atau beregu. ;)

azam 2010 - nak turunkan berat badan.


Januari.

Kursus Induksi Khusus. tak suka duduk dengar ceramah. nampak hal sangat kecik. tapi untuk melengkapkan senarai perkara yang perlu dilakukan untuk SAH JAWATAN dalam perkhidmatan awam, sangat bukan aku.
potongan gaji untuk PTPTN meningkat mengikut perubahan tahun membuat aku garu hidung memandang slip gaji.
hujung bulan, bercuti dengan kakak-kakak Lakaran Pelangi. yeayy!!



Februari.
Kursus Induksi Umum. yang ini dah buat aku start mental. jauh dari Lembah Klang. terpisah 300km dengan Inche Istiadat (belum bertunang waktu ni) padahal 250m dari kakak dan hanya 50km dari bonda. tapi, di sini tempat aku mula sedar yang aku LULUS TANPA KECUNDANG bab membina gagasan kawan. =)




bulan ini juga merupakan cubaan kali kedua memperkenalkan Inche Istiadat kepada bonda. bonda sombong pada dia. kesian dia.

Mac.
usul bertunang sudah mula keluar dari mulut beliau. rumit. tak gemar. aku-masih-remaja.

April.
selepas 5 bulan dengan pangkat L/kpl, beliau pakai Kpl pada bulan ni. Laju eh? rasuah pegawai ke ape? =p
*saya tau awak bagus tak terhingga. pegi laa sambung belaja. jangan malas!
bulan dugaan bercinta. gila nak mati hati gedebak gedebuk.
*saya tak gemar dengan bekas teman wanita pada kekaseh semasa saya. itu fakta sejak saya jadi perempuan. muktamad.

Mei.
beban kerja semakin bertambah. sorang staf transfer ke utara dan keroje dia yang banyak itu diserahkan pada aku. =(
aku dan kakak-kakak Lakaran Pelangi selebret besday beliau dan salah sorang kakak Lakaran Pelangi, sophie. kata beliau, itu first time beliau di-rai pada hari jadi. *suka jadik yang pertama buat!




Jun.

isu "saya SPM awak Diploma" timbul. dah disuruh sambung belajar tak nak. malaslah, otak dah tepu-lah, army tak boleh sambung belajar-lah. lepas tu sendiri yang timbulkan isu Antara Dua Darjat tu. *saya bukan ambik medic pon yang kamu nak beria rasa tersisih.
menonton Final World Cup Spain vs Ned kat Dataran Merdeka dengan kakak-kakak Lakaran Pelangi. balik 5 pagi terus mandi pegi keja! huwaaaaa. zaman muda sangat aku nih.

Julai.
beliau mula serius nak hantar family berkenal-kenalan dengan family aku! wah! hah! hah!

Ogos.
im 24. tapi macam 16. kan? (pedulik hape kalau nak perasan pon. =p)
nak tau apa hadiah besday dari beliau? cincin. hukhuk. klasik ouh Inche Istiadat aku tuh. rasa macam main pondok-pondok pulak pegi kedai emas serata KL (aku kan perasan diva nak cincin yang very the manis & bermutu tiba-tiba. ha-ha) dan bawak balik paper bag dengan dua kotak cincin. macam machik-macik pegi shopping barang kemas nak raya gitu. kekeke.


September.
engaged to Inche Istiadat!
majlis merisik telah bertukar kepada majlis pertunangan dengan adanya uncle-uncle dan macik-macik yang bijak. jimat masa dan kos katanya.
punah semua angan-angan majlis bertunang tema dalam garden aku. hahahaha. takpelah. yang penting selamat.
bonda kata nanti masa nikah, bawak 26 dulang hantaran buat balas dendam. ini perli ke mak?


Oktober.

Kursus Kenegaraan Sistem Saraan Malaysia a.k.a BTN. membina gagasan kawan lagi dan lagi dan lagi. tapi kali ni versi Less Lelaki. dan sebaik pulang ke ofis setelah tamat kursus, aku turunkan semua artikel dan gambar football team Spain. maaf, adore aku pada kalian telah tamat.
berkesankan BTN pada aku? kagum. =)

November.
bertunang bukan jaminan dia lega aku dah di-ikat. cemburu semakin menjadi-jadi. lemah sendi-sendi aku ni hah. pegi kedai beli sardin lebih 5 minit pon akan di-argue. yo Inche Fiance, apa gelabah sangat ni? kamu ingat ramai benor nak dekat Fat Fiancee kamu ni?

Disember.
senyum aku semakin manis. pipi semakin cembong. masalah semakin banyak. aku sedang menilai diri sendiri menuju ke arah kebaikan. kebaikan yang lebih extreme. sedang cuba. tapi bukan mudah. mula dari yang paling asas. terima kasih Yang Maha Esa.

30 Dis 2010 - berat naik 5kg! azam aku telah ke-Laut!!

1 comment:

tulipbiru said...

hopefully 2011, mkin manis utk kamo & inche istiadat =p