Tuesday, September 2, 2014

September, tahun ke-4


senyum. adalah sesuatu yang sangat ironi tentang september dan tahun keempat. kadang-kadang saya boleh jadi salah faham dengan pengiraan saya sendiri. tapi sebenarnya, ia bergantung kepada apa yang saya sedang kira. oh, ini juga menunjukkan betapa saya banyak membuat keputusan besar pada tahun 2011.

13 september 2014 ni adalah permulaan untuk semester baru tahun ke-4 pengajian. phewww, bukan sesuatu yang mudah untuk mencecah hingga ke tahun ini. dugaan nya jugak bukan kecil-kecil anak. dah macam-macam benda saya lalui. dugaan anak, dugaan masa, dugaan kewangan dan dugaan komitmen. Allah Maha Mengetahui. DIA memberi apa yang kita perlu bukan? banyak, yang saya mahu sepanjang empat tahun ini yang masih saya tak dapat. tapi, saya tahu setiap satu yang saya dapat itu adalah apa yang DIA tahu saya perlu. dan kadang-kadang saya pun tak faham macam mana seorang faizah boleh menjadi se tenang ini dengan chaos kehidupan nya. faktor usia barangkali

10 September 2014 ni adalah tahun baru iaitu genap tiga tahun dan keesokannya memasuki tahun ke-4 buat perkahwinan saya dan suami. ya, kami jugak pasangan suami isteri yang normal macam pasangan lain. kami bukan mutan (menaip sambil tonton filem X-men), kami bukan adiwira (malam tadi menonton The Avenger 2012) dan kami bukan pasangan diraja (ni takde tontonan menarik) yang segalanya mudah untuk diharungi. ada batas yang perlu kami usahakan untuk membuahkan hasil. ada tanah yang perlu kami gali untuk mencari jawapan.

eh, macam melebih-lebih sangat pulak perumpamaan yang saya guna. tapi itulah, nak tunjuk pahit getir perkahwinan dalam konteks perumpamaan melayu. hehehe.

nota kaki : saya harap, kedua-dua perkara ini tetap teguh bersama saya pada tahun ke-4 ini. perjuangan saya belum tamat lagi.

No comments: