Sunday, May 11, 2014

"Adult Fairy Tales"

11 Mei 2014.

hari ni, pembentangan projek berkumpulan untuk subjek Pembelajaran Dewasa (Adult Learning). pembentangan ni bukanlah sejenis pembentangan yang satu kumpulan pergi depan kelas, tunjuk slide dan bercakap. macam pembentangan biasa sebelum ni. bukan macam tu. pembentangan ni sejenis: sebuah kumpulan diminta merangka sebuah program / aktiviti selama 20 minit. kiranya, jadi trainer, consultant & fasilitator selama 20 minit tu. setelah proposal "Belon Happiness" then "Pulau Idaman" ditolak mentah-mentah oleh Dr, kami akhirnya membawa sebuah aktiviti diberi tajuk "Adult Fairy Tales" (AFT)

konsep permainan/aktiviti AFT ni mudah saja. peserta diminta untuk duduk dalam bulatan. teddy bear akan diedarkan dari seorang peserta kepada seorang peserta sebaik muzik dimainkan. kemudian, peserta yang memegang teddy bear semasa muzik dihentikan diminta untuk membuat cerita berdasarkan ayat pertama yang telah diberi oleh fasilitator. mudah sangat kan? asalkan, objektif tercapai. 20 minit je pun! pada awalnya, kami nak guna bola je sebagai medium pemilihan tu. tapi hakak acah-acah bagi idea nak guna teddy bear sebab nak bagi bebudak dewasa tu bercerita sambil pegang teddy bear. tapi, dorang buat bebaling pulak teddy hakak tu. bapak-bapak dan mak-mak budak lagi terok main patung. ceh cis huh!

ni cik teddy bear yang jadi medium pemilihan peserta bercerita


so, tugas hakak adalah jaga slide dan muzik! gila senang! sebab apa hakak dapat tugas senang? sebab hakak nak dudukkk sajo! mampu? hahahaha. 


my team members!
left: fazly, me, fiza, banu & daus

ok, secara keseluruhan pembentangan ni sumpah penat hokay! mula pukul 8.30 pagi, 12 kumpulan organize non-stop sampai pukul 2.30 petang! macam-macam game ade! musical box, bom country bom, bina paku, mancis sayang, flying ball, dadu, bercerita dll. penat weh! ni masa menaip ni pon sengal-sengal segala urat ni. tapi gigih jugak on laptop buat report pulak! perghhhhh.

setelah yang ini tamat, minggu depan nak present kelas Prinsip Pengurusan pulak. present video hah! semester ni memang mencabar. serius!

*aci sambil taip esaimen individu Teknik Perundingan

No comments: