Friday, October 17, 2008

16 hari di hari raya - kejinya kau...

malam kelmarin, aku menikmati makan malam di salah satu kedai makan (alahai, makan memang lar kat kedai makan kan?) yang letaknya dekat amat dengan rumah aku. waktu aku sampai, ada dua orang anggota beruniform sedang menikmati makanan. berhampiran meja diorang, kelihatan kereta yang berlabel unit dorang. ini bukan pandangan jakun dekat kawasan tenpat tinggal aku. anggota beruniform memang selalu ada berkeliaran dekat-dekat sini. kawasan hitam~

usai makan, bonda berbual dengan puan kedai makan. sedang berbual, aku dengar bunyi enjin kereta menderum hebat. aku menoleh ke arah jalan. ohh, kereta peronda anggota beruniform tadi sudah berlalu meninggalkan kedai makan & kawasan tersebut. aku kembali memfokus kepada perbualan bonda & puan kedai makan. kemudian, salah seorang pekerja kedai makan tersebut menghampri puan kedai makan.

"kak, polis (aku tak sengaja terlepas tulis perkataan neh. sungguh!) tu kata diorang ada kes nak settle. kejap lagi diorang datang bayar makan & minum diorang,"

"diorang cakap dengan kau ke?" puan kedai makan menyoal kembali.

"ha'ah. diorang cakap kejap lagi diorang datang balik untuk bayar"

entah kenapa, aku si molot kepoh ni gatal-gatal nak bertanya.

"nanti diorang memang datang balik ke?"

"tak.."

"aik?"

"selalu macam tu. makan tak bayar. diorang kata nanti datang balik. tapi, takde. takpelah, akak halalkan ajee.."

"ermm, ada kes penting sangat agaknya tuh.." bonda aku pulak nak mem-back-up si anggota beruniform tuh.

"alar, kalau ye pon bayarlah dulu! dah alang-alang dia panggil budak tu tadi. bukan sampai sejam pon nak bayar tuh" aku menjawab dengan muka jelek tanda tak puas hati..

mak kerut kening tanda suruh aku diam.

'ni lar masalah orang kita! sikit-sikit suruh diam!' - aku cuma cakap dalam hati. sungguh!


7 comments:

BEAN said...

polis malaysia memang mcm tu.. rasuah, tipu.. sume tu adalah mereka.. tangkap orang je pandai, diri sendiri tak berubah.. huh!!

Unknown said...

polis suma sama...
dulu aku pernah di tahan dengan polis gara2 rakan ku memandu sambil berbual dengan aweknya di telefon bimbit...
polis ni tahan da terus mtk 'setle tepi'...

dalam hati aku dh kate polis ni memang 'cibai'...

nasib baiklah kawan ku ini pandai juga kautim...

last2...

kami x kena bayar ape2 coz polis tu kesiankn kami...


hahahahaha



polis rasuah!!!!!!

muhsinsenpai said...

cops are p*gs!!

A a D i I ? said...

hoi-haii..ske la bace ko nyer blog ni..
jd aku pn link-kn kt blog aku..
mntk 'permisi' yek..
ko x kesah kn?
erkkk..ekceli..aku mmg x ske hencik polis..
diorg mmg ca-ya-ba-alip-ya..
hehh.. :p

Cik-MeGa said...

shahazri: ermm, setuju 80%.

fariziskan: baek gak polis tu sbb x amek duet kamu...

muhsin: mulot... mcm longkang! :p

aadil: engko sape? x jumpe identiti lar.... mekaseh ek.. nnt aku link blog engko..

Aina said...

hello hati purple..
maafkan daku..
daku telah menyepikan diri..
mmg benar daku telah delete acount frnster dn juga myspace.
yg ade hanyalah blog ku ini sahaja..
ada sebab dan musabab nya..
maafkan aku terpaksa menyepi..
tapi percayalah, diri ini sememangnya masih lagi memerlukan kamu untuk berbicara..

i miss you~

p/s: walaupun aku sudah berubah, tapi aku tetap bayar kalau makan kat kedai..ngeh3x

Zumar Mariah said...

aku slalu x abeh mkn,
org kate berdose.

tp,
aku x penah x byr kalo mkn kt kdai mkn.
sbb lg dose kan..?