Wednesday, January 28, 2009

merempuh karma-ku!

semalam.. melintasi federal highway.. dan, aku ternampak lagi ayat yang dah biasa aku nampak sebelum ni...
karma is a funny thing..
aku mengangguk mengiyakannnya buat sekian kalinya. gagal lagi. ya, aku gagal lagi. tapi, kali ni aku gagal dengan perasaan yang sangat berpuas hati. aku semakin mengenali apa itu manusia. apa itu masa depan. dan yang penting, aku dah semakin tahu bahawa hati kecil aku tidak pernah berbohong walau sekelumit pun. cuma, kadang-kadang, aku yang paksa hati aku berfikir cara yang aku nak. suka hati aku ar! ;p
semalam, satu lelaki asyik mengulang mengatakan aku ego. dari petang sampai ke malam. tanpa rasa jemu dia mengulang perkataan tu untuk aku. tapi tak tahu kenapa aku tak rasa nak melawan. aku rasa semalam karma memang dah menyatakan aku akan dibahan teruk dengan perkataan tu. makanya, aku membiarkan. sangat positif kan aku? atau semalam aku berada dalam khayalan tingkat tinggi?
karma itu sangat tak dijangka! tempoh 5 bulan berpisah dan 5 bulan bersama kembali adalah satu tempoh yang juga karma dah rancangkan untuk aku. kesimpulannya, aku memang menjadi diri aku iaitu seorang yang suka mengulang kesilapan serupa! haihh! sejenak, aku teringat tentang entri aku di awal pembabitan dalam blogger neh. tentang kesedaran yang terlewat! aku senyum lagi.. itu karma jugakah?
pagi ni, aku melihat hari dengan seikhlasnya. menerima pagi dengan setenangnya. dan... aku masih mahu menjadi si gadis comel yang riang menempuh halangan titi kecil sambil memegang belon yang tertulis hari-hari indahnya.
p/s: sedang ingin bercinta! ;p

7 comments:

'jenny' said...

xtakut belon 2 meletup ke gadis comel..?

Cik-MeGa said...

IZ.IN: jangan la kantoikn aku...
lagipon, sampai bila nk mengelak letupan belon..
i'm 23 dis year..
kan?

Unknown said...

lalalalalalalala

Anonymous said...

ayuh ketemu!

Cik-MeGa said...

fariziskan: erm..

lina: tunggu kamu betul2 sembuh dulu!

ratnakesuma said...

MeGa...



sudah tiada ingatan ttg aku?



knp begitu bersedih?





huhuhuhu.......




(^_^)

Cik-MeGa said...

ratnakesuma: aku ingat kamu. tapi kamu yang culas tentang kewujudan aku. kamu lewat. aku suda keluar dari kesedihan. hohoho. +_+