Thursday, May 19, 2011

senyum kuat hati.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

takde apa yang boleh aku cakap lagi. aku telah membawa diri aku kembali ke landasan. tahukah anda aku telah give-up teramat sangat dengan karya kecil aku? aku telah letak pen hampir 365hari. aku jadi benci pada semua perasaan kagum + minat + sayang aku pada semua jenis tulisan. aku mendambakan diri pada kerjaya semata-mata. aku tak salahkan kerja ni. ia punca rezeki aku. dan ia halal. cuma, kerana kerja yang beria-ia (kerjaya) ini telah buat aku lemas. bertambah pulak dengan frust pada satu orang industri yang sebelah mata memanipulasi usaha kecil aku.

tapi hari ni aku dah kembali. kembali percaya pada kesungguhan + kesayangan aku yang boleh pergi lebih jauh daripada kerja yang beria-ia ini tetapi aku didungukan oleh mereka yang rasa bangunan itu dipunyai oleh bapa-bapa mereka. sedang mereka juga memberi khidmat seperti aku. yang membezakan kami cuma rezeki. dan aku mula menanam kembali keyakinan bahawa rezeki ada dimana-mana.

sabarlah wahai hati. kuatlah. tumbangkan ego manusia yang kebulur harga diri. *senyum

No comments: