Thursday, June 13, 2013

kertas, Jun dan malam.

ini bulan Jun dan ini adalah malam setelah menjawab kertas kedua peperiksaan akhir semester II 2012/2013. ada lagi satu kertas. dan, kemudian perlu menjawab 3 kertas KPSL Penolong Pegawai Tadbir. dan, malam ni rasa macam ermmm macam ermmmm macam keletihan! buat pertama kali rasa keletihan badan dan otak! eh, ada otak pulak ye? ngahahaha.

seriously, tonight I feel sooooo uncomfortable with my brain. feel so painful. eh, boleh menulis omputih walaupon dah sakit otak! ngahaha.

ok seriously lagi sekali. sekarang kalau ada yang bertanya "tak penat ke?" saya pasti akan bercurhat panjang dengan orang itu. saya nangis-nangis sikit. melepaskan lelah. tapi, sekarang dah takde yang bertanya. even inche hasben dah tak peduli gedixx wifey dia ni ada tenaga lagi ke tidak. yang, saya dah tak energetic seperti dulu. =(

pagi tadi, exam dari 9am to 12noon. lepas tu pegi bandar baru bangi settlekan bisnes lepas tu pegi makan kat Warung Bunian (akan cerita di next next next entri jika tak amnesia), sampai rumah 3pm. macam biasalah, khamis kan. mak puasa sunat. so, rasa nak memasak untuk mak berbuka. 4.30pm terus masuk dapur. tak boleh mula memasak lewat sebab hakak ada anak dara yang MIM NUN JIM ALIF nya masya Allah. dia nak Ma duduk bergolek dugong je dengan dia. letihhh jahhh! nak cubit, tapi sayanggggg~

inche hasben balik tengok ada lauk 3 jenis teruss kagum. hakak pon kagum. baru tersedar masak 3 jenis rupanya ye. tapiiii, tidak ler yang tahap dewa bagai. cuma ayam masak merah, sup bayam (kat kampong selamba sebut 'bayam tumis air', kat blog sebut sup lerrrr?) dengan telur dadar. tetap, inche hasben ke-kagum-an. 

lalu, ketika ini hakak berasa sakit-sakit badan!! ngahaha.

nota kecik: maaf ye. otak iolls sakit. sat tulis saya, sat tulis hakak, sat iolls pulak ni. anggaplah iolls nak uji skill kata ganti nama uolls.

No comments: