Thursday, March 15, 2012

In the mood of opak-opak!

tuntutan kehidupan semakin sukar sejak kebelakangan ni. masa, komitmen, wang ringgit & keharmonian sangat sedang aci kejar meminta masing-masing diutamakan. setakat dengar keluhan wanita lain untuk menjadi isteri solehah, ibu mithali, pekerja bertoleransi dan pelajar yang sistematik mungkin terlalu klise. tapi, bila semua perkara tu jatuh atas bahu sendiri, aku mula rasa KLISE & AKU sudah tak lagi serasi. semua benda macam baru nak kenal hari ni. subhanAllah.

setiap pagi akan rasa sengal-sengal tulang untuk bangun sediakan even segelas air untuk suami. setiap kali menghadap komputer untuk buat kerja kat ofis, akan rasa migrain untuk pandang semua kerja-kerja tuh. setiap kali nak melangkah keluar rumah untuk pegi kelas akan rasa menyesal sambung study pastuh nak quit. semua komitmen memerlukan keharmonian supaya aku selesa dan tak bermasalah kelak. kadang-kadang, dah susun jadual masa cantik-cantik tapi perjalanan tetap rasa sedikit kelam kelibut.

namun namun namun (tahu kan sebab apa namun ada 3 kali) dalam kesukaran ni, aku bersyukur yang tak terhingga sebab dianugerahkan kekuatan ketika mengandung ni. ketiadaan mual, loya, pening & muntah memudahkan segala urusan. kemampuan aku masih sama, kekuatan aku masih terdaya. syukur Alhamdulillah ia sangat membantu! Ya Allah, Kau kekalkanlah anugerah ini hingga tiba masa untuk zuriat ini dilahirkan serta zuriat-zuriat yang akan datang. Amin…

p/s : sangat puas hati dapat makan opak-opak hokayy! kita sayang emak kita forever!

No comments: