Friday, March 9, 2012

SBPA atau SSM : tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima!

usai pengumuman SBPA dibatalkan, SSM dikekalkan dan pengumuman kenaikan / pelarasan gaji penjawat awam, aku dengar macam-macam rumusan. daripada migrain biasa-biasa sampai jadi migrain teruklah aku ni hah! HAHA.

antaranya, salah sorang kakak kat ofis aku mengeluh sebab kenaikan dia sikit. cuma 100++. dan, bila ada kawan tanya berapa kenaikan yang dia nak, dia jawab ini…

“nak naik banyak banyak banyak”

gulp! takkan kot nak naik banyak banyak banyak kak. kerja akak pun bukan ler menjaga sempadan negara kak kannn. bukan ler jugak akak yang mencipta dasar ekonomi baru kan kak kan? aku urut dada beb!

aku okay jek. tak kira gaji naik atau gaji kekal, skim apa yang diperkenalkan pun, aku okay jek. baca pekeliling, baca tawaran, sain opsyen. nampak macam orang yang takde pegangan kan? tapi, bukan takde pegangan sangat pon. cuma, belajar untuk menerima suatu pemberian dengan ikhlas. sedang tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima, jadi kenapa kita nak murka dengan apa yang nak diberi. kan? *phewwwittt!

makanya, wahai penjawat awam, berhentilah merungut. terimalah seadanya kerana tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima…


p/s: insyaAllah gaji bulan April akan kembali stabil.

No comments: