Monday, October 22, 2012

berpantang-kah?

aduuhhh! 
adehhhh!
haihhhhh!
(tak baik mengeluh, ada kawan kata setiap kali kita mengeluh, sesaat nyawa kita semakin pendek. pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh persatuan mengeluh sedunia)

haila-haila!
pagi tadi (0720 hrs) telah meng-check akaun gaji. Alhamdulillah gaji masuk macam biasa. so, dengan cergasnya mulalah mambayar bil-bil bagai. ok, setel.  sekarang ni (1248 hrs) check balik akaun gaji, dah tinggal satu per empat jek. haa, mulalah nak panik kan! dari tadi aci seronok jek duk meng-order itu ini, membeli begitu begini kat merata-rata online shop! dah menyesal dah. ni baru hari pertama gaji. yang pegi menyewel menyopping beria nape entahnye.

bila belek-belek balik kat inbox pesbuk, tengok balik jadah-jadah yang telah dibeli, hermmm. memang agak jadah-jadah lah! daripada sekecik-kecik candy (ni paling jadah-jadah) sampai laa sebesar-besar cadar saya beli mak oittt!! *ape laa aku ni

dahlah tadi inche suami cakap dia dapat MC tiga hari sebab injection sel darah putih kat kaki beliau tuh. makanya, inche suami akan berada di rumah semasa produk-produk tersebut sampai. alahai, kena practise buat muka seposen blur-blur lah nehh. 

oleh yang demikian, mari kita belek baki wang dalam buku simpanan ASB & Tabung Haji pulak. hahahaharunsalimbachik!!

p/s: agak-agak perilaku ni boleh membuatkan inche suami menarik balik elaun bulanan beliau terhadap isteri terchenta nye ni tak?? menyesal ni menyesal.