Monday, November 26, 2012

untuk hilangkan 8.

kerna saya dilahirkan sebagai seorang yang tahu macam mana untuk mendapatkan apa yang saya mahukan, maka dengan lafaz Bismillah, saya memulakan program menurunkan berat dan saiz badan atau lebih dikenali sebagai DIET. 

25 nov - hari pertama tanpa nasi yang terasa aneh jek. pagi, minum kopi O sahaja. lepas tu, lunch tak makan apa-apa langsung. dalam pukul 3 lebih, makan roti + ais krim. dinner makan cheese nan + ayam tandori (share dengan inche asben) pastu minum teh tarik. cara diet ni salah ye tuan-tuan dan puan-puan. ini diet orang gila namanya. lunch tu tak dapat nak proses otak sangat so tu yang tak makan ape-ape tu. dinner terpaksa minum teh tarik which is big NO untuk menurunkan berat. terpaksa sebab nak hilangkan gelisah tak makan nasik. giler la echa! gelisah tak makan nasik! orang kampung kann. perot memang biasa dengan nasik jek. Alhamdulillah, boleh tidur malam dengan makan sekadar itu.

26 nov - breakfast roti + tuna spread. lunch nanti nak rebus sosej makan dengan roti. mula-mula kan, tak boleh nak hilangkan lagi heavy meal. takut tersembam ke bumi. ni pon kepala dah feeling-feeling nak migrain. dinner nanti nak mintak inche asben belikan capati. tekak ni nak Mandi Chicken kat Saba' tu sebenarnya. hahahadoihhh.

p/s: perlu turun 8kg ok. 8kg!!! wish me Luck!