Friday, November 16, 2012

Jurnal Denggi.

salam Maal Hijrah! hermmm, dah berhabuk dah pondok kecik lelangit mega neh. well, fenomena ni memang selalu terjadi apabila tuan punya pondok kecik ni jatuh sakit! saya demam denggi uolss! makanya, nak share pengalaman demam denggi kat sini since masa saya sakit hari tu, saya google 'denggi' dan saya dapat baaaanyaaakkk info dari macam-macam sumber. jadi, mari saya taipkan Jurnal Denggi saya neh! *ni kalau ade orang buat esaimen and search for Jurnal, mesti naek sekali blog neh. kuang kuang kuang.

1st november 2012 - Day 1.
hari khamis. petang around 5.30pm tetiba saya rasa badan seram sejuk dengan menggigil bagai. sangat tiba-tiba sedangkan baru je mandikan Addin sebelum tu & baru lepas call inche asben mintak beli makan. bila inche asben balik, tengok-tengok saya dah terlantar demam & menggigil-gigil! malam tu memang tak boleh tido. rasa sejuk tu menyucuk sampai sendi, badan rasa sakit sangat-sangat. saya tinggalkan Addin tidur dengan inche asben jek. saya lari tido bilik lain. sorry ye nak, Ma betul tak selesa.

2nd november 2012 - Day 2.
hari Jumaat. pegi klinik kesihatan presint 11. suhu tinggi. saya bagitau doc yang saya syak saya denggi (guna word 'syak' depan doc, kelasss yawn!). doc pun syak demikian! Doc mintak pegi buat ujian darah kat klinik kesihatan presint 9. result - platlet saya 210, saya tak denggi. doc kata demam jangkitan virus. memang tengah musim.
malam tu, dengan sisa kudrat yang ada, saya google tentang demam jangkitan virus. baca simptom, kesan dan cari cara mengatasi. saya pon buatlah few things yang disarankan untuk menurunkan suhu badan. malam tu tak boleh tido jugak lagi sebab sejuuukkkk!

3nd november 2012 - Day 3.
sabtu. pepagi hari dah bersiap-siap balik rumah MIL sebab dah janji dengan abang ipar nak mintak tolong cukur rambut Addin. inche asben tak reti + tak berani nak buat sendiri. sumpah laa buat pertama kalinya inche asben yang packing barang-barang Addin dan saya terlantar atas sofa. tak larattt sangat-sangat!

4th november 2012 - Day 4.
ahad. tak larat nak bangun pegi kelas. seharian terbaring lesu. tak tahu menahu kisah Addin. inche asben yang handle seharian. dia jugak yang memasak untuk kami. tqvm yang!

5th november 2012 - Day 5.
tak boleh tahan! petang tu pegi balik klinik kesihatan presint 9. nak pegi presint 11 tapi dah tahu nanti kena jugak pegi buat ujian darah kat presint 9, so pegi teruslah. sampai kat registration, dia mintak pegi kat kaunter infeksi. ok, cut it short - platlet saya 118! saya disahkan demam denggi! terkejut sangat sebab cuma dalam masa 2 hari bacaan platlet saya jatuh merudum macam tu. doc sarankan minum air isotonik, jus buah tembikai & minum air suam banyak-banyak. kena datang check up lagi next day. kalau bacaan platlet turun bawah 50, kena admit. time ni dah feeling-feeling nak nangis. *manja + gedik memang sebati dalam diri

6th november 2012 - Day 6.
selasa. pegi klinik + ambik darah + jumpa doc. masih tak boleh lupa situasi ni. bilik no 2, an indian doc. masuk jek pintu, dia cakap:

"haaa, denggi!" disertai dengan wajah berseri-seri tahap gaban! wajah pon kacak! 

mak datok, happy-nyer doc ni dapat patient denggi. ok, platlet saya 114. jatuh lagi. esok kena datang lagi.

7th november 2012 - Day 7.
rabu. platlet saya 113. semakin jatuh dan jatuh. tapi, badan saya dah tak panas langsung-langsung! saya bagitau doc yang saya syak saya dah sihat. dia kata :

"bila demam dah tak ada, tahap denggi u adalah pada tahap kritikal"

ek? maka, saya bermuram durja semula.

8th november 2012 - Day 8.
khamis. bacaan platlet jatuh kepada 109! dengan yakinnya doc kata :

"esok kalau platlet u turun bawah 100, kita refer hospital ok sebab u dah seminggu demam"

malam tu, inche asben masakkan sup ketam. kawan inche asben bagitau suruh makan sup ketam. kawan-kawan dari gagasan black pearl crew pun bagitau benda yang sama. mak datok, sup ketam inche asben pedassss nyer, tak lalu nak menghirup kuah sup tu. saya makan dalam 5 sudu jek. saya cakap dengan inche asben saya tawakal kalau kena admit. tak lalu nak makan sup ketam tu. tekak pahit, sup pedass!

9th nov 2012 - Day 9.
pegi klinik dengan persiapan untuk di-refer ke hospital. dan, bersedia mental untuk tidur kat hospital tanpa Addin. dah prepare nak dengar result platlet jatuh bawah 100. tapi, jangkaan saya meleset sama sekali. bacaan platlet saya 133!! hoooreeyyyy! cikebum cikebum! ewaahhhh! ni baru makan 5 sudu sup ketam tu, kalau makan semangkuk, kot platlet naek sampai beratus-ratus kot.
tapi doc masih mintak datang lagi on monday. takut bacaan platlet jatuh balik. tapi, hasil bacaan saya, saya dah tahu once bacaan platlet tu dah naik, dia takkan jatuh balik. so, saya tak cuak sangatlah dengan cakap-cakap acah mak enon doc tuh. hekhek.

12th nov 2012 - Day 12.
333!! demikian bacaan platlet saya! doc senyum. dia kata saya dah sihat sangat dah. dah takde denggi lagi. dah tak perlu datang klinik lagi. tak perlu ambik darah lagi. Alhamdulillah. 
lepas-lepas tu jugak saya ajak inche asben pegi Jusco Equin Park dengan niat nak beli baju baru untuk diri sendiri sebab dah sihat! nak bagi penghargaan kat diri sendiri laa konon. namun namun namun, sebaik mendapati saiz seluar saya dah bertukar, rasa ngeri telah menjelma dan saya ajak inche asben balikkk!!! huwaaaa, nape dah gemok?

p/s : bila demam macam ni laa peluang inche asben nak menggiat saya makan ubat. sebab saya ada prinsip rukunegara ke-7 : jangan makan panadol, nanti tercekik sebab panadol beso sangat! kekeke.