sudahlah.
sudah penatlah dengan ke-pelik-an manusia. menghukum tanpa bertanya.
pembaca, apa yang aku tulis dalam blog aku ni adalah hak aku bukan? apa yang aku curhat dalam blog aku ni adalah soal aku bukan? jadi, jangan jadikan ini punca pada satu-satu impak dalam hidup kalian. ini tentang aku. jangan melatah kalau rasa tak tercuit.
kawan, aku bukanlah jahat sangat nak merosakkan hubungan mesra kau dengan dia. aku jugak ada hubungan yang perlu aku jaga. aku jugak ada hati yang perlu aku fikirkan perasaannya. apa yang penting, aku jugak ada seseorang yang tak perlu aku bersikap bermuka-muka pada dia. ikhlas itu kuncinya.
setiap satu perkara yang aku lalui berkaitan dengan LELAKI laen dalam hidup aku, aku tak sembunyikan dari dia. jangan salah anggap. aku bukan mengagungkan kejujuran aku, aku bukan nak jaja kisah keluhuran cinta aku pada si dia. aku manusia biasa yang sudah sangat terbiasa.
tapi, aku nak kau tahu kau bukan satu sisi istimewa yang aku sengaja wujudkan dalam hidup aku. bukan.
sebaik aku mengesan kau dah remove aku dari senarai kawan di fb, aku beranggapan kau jugak sudah remove aku dari senarai kawan dalam hidup kau. itu lebih mudah dalam membuat diri aku optimis dengan ke-pelik-an manusia. aku tak kesal. aku tumpang kagum dengan kesungguhan kau.
maaf kalau selama ni aku menyakiti, melukai, mendustai & mengecewakan perjalanan kita sebagai sesama kawan. aku akan jadikan ini sebagai hari terakhir kita berkawan.
maaf yang tak terkesan jugak buat kekaseh si kawan. saya khilaf.
No comments:
Post a Comment