Sunday, May 30, 2010

my SWEET hometown.

batu pahat.

banyak sejarahnya. mak kata around 70's dulu batu pahat dikenali dengan nama Paris of Malaysia. sebab masa tu terlalu banyak disco (comel mak sebut disco. hehe) kat batu pahat.

kini. anda ingin tahu fakta tentang batu pahat.

ketama:
pemandu kereta kat batu pahat tak tahu menggunakan signal ketika nak masuk simpang. jadi jangan tekejut kalau sedang memandu dengan kelajuan 80kmj dan tiba-tiba sebuah Gen2 akan memasuki sebuah stesen minyak. itu biasa.

kedua:
namun begitu, mereka gemar dengan satu benda yang dinamakan HON. kalau anda berada di batu pahat adalah biasa mendengar bunyi hon di lampu isyarat. mereka tak boleh menunggu lama. sebaik lampu hijau, cepat-cepatlah jalan. jika tidak....TEN! TEN!

ketiga:
pemandu kenderaan di batu pahat takkan bergerak ke tepi sekiranya terdapat ambulan dengan bunyi siren berada di belakang mereka. mereka beranggapan ambulan tersebut boleh melompat atas keta mereka.

setakat menjerit sensorang dalam keta tengah drive itu adalah biasa bagi aku. sangat biasa. becoz im dealing with sick people! argh!!!!

No comments: