Tuesday, September 8, 2009

jumaat.


saya half day. selsema plus migrain. sedang saya istirehat, pakcik istiadat es-em-es saya. dia mula melancarkan aktiviti memujuk.

‘nak ikut tak?’

wah! dia nak pujuk saya dengan ajak jalan. syoknye! hati berbunga. selsema nak hilang rasenye.

‘mane?’ cewah. reply es-em-es ala-ala jual mahal.

‘teman saya repair kereta kat kajang’

argh! gagal logik betul lar pakcik sorang ni! nak pujuk teman tapi mesra, ade ke patut ajak gie repair keta?? ish, sangatlah tak cool! saya merungut, mengomel sambil memuncung-muncung kan mulut. dalam hati menyumpah dalam sebakul dua.

‘tak mau’

saya melenakan diri. malas melihat es-em-es dia yang berikutnya. sejam kemudian, dia call pula.

“jom keluar…”

‘’gie mane…’’ masih malas layan lagi.

‘‘jalan-jalan..’’ ok, rasa dah segar sikit…

‘’jalan-jalan kat mane…’’ acuh tak acuh je..

‘‘shah alam..’’

hah?? uiks, biar benar neh?? saya terkocoh-kocoh bangun dari baring-baring yang malas.

“awak nak pergi mane?” ya, mula berbahasa…

“shah alam. nak tak?”

“saya kena pergi klinik laa…” konon-konon berat hati nak pergi. jual mahal..

“awak siap-siap. lagi satu jam saya datang. kita pergi klinik dulu..”

“kenapa satu jam?” tak puas hati.

“saya kat workshop lagi ni. tak siap lagi…”

“em, kalau camtu saya gie klinik sendiri. nanti awak sampai kita terus gie shah alam..” mulut macam bertih jagung atur perancangan. dah hilang jual mahal nampaknya!

“nak pergi klinik dengan sape? naik ape?”

“pergi sorang. jalan kaki. kan dekat jek. saya demam sikit jek ni..”

“ok. hati-hati..”

sebaik talian dimatikan, saya menerima es-em-es.

“awak sihat sebab shah alam. kan?”

saya golek-golek lalu gelak kekeh-kekeh. malas nak balas apa-apa. nanti jadi moody semula, saya jugak yang rugi kan? kan? wakakaka.

1 comment:

Saiful AmmaR said...

so sweet bila pasangan couple ade aktiviti pujuk memujuk, rayu merayu.. hehehe.. (shah alam kekadang menagamit memori aku, tapi berat nak melangkah pergi)