Monday, August 10, 2009

bonda (ii)...

2001. 15 tahun. Tingkatan 3.
Hari pertama saya menduduki PMR, bonda mengambil cuti bekerja. Ketika menjawab kertas pendidikan islam, saya mengalami food poisoning dan dimasukkan ke hospital. Saya menangis hebat di ruang kecemasan. Bukan kerna sakit. Tapi, kerna saya belum habis jawab kertas soalan pendidikan islam.

Bonda: nak menangis buat apa. Bukan boleh ambik semula kertas jawapan..

Saya: (menangis di balik selimut katil hospital sambil memberontak nak melepaskan marah) malu lar kalau tak lulus!

Bonda: takpe. Bukan sengaja nak gagal. Nanti mak bawak buku untuk subjek esok. Esok cuba buat elok-elok..

Sekali lagi bonda mengambil cuti pada hari keputusan PMR diumumkan. Saya tahu dia bimbang saya buat benda yang bukan-bukan sekiranya keputusan saya mengaibkan. Tapi, keputusan saya agak cemerlang untuk seorang yang ambik exam kat hospital! Dan bonda masak makanan kegemaran saya hari tu iaitu bubur sum sum.

2002. 16 tahun. Tingkatan 4.

Sebaik ditempatkan dalam aliran sains tulen, saya menjadi stress untuk ke sekolah memandangkan saya tidak gemar sains. Saya membuat permohonan untuk memasuki kelas sastera, tapi cikgu cakap ni pada saya…

“ dengan keputusan PMR kamu tu, kamu haram masuk kelas sastera,”

Makanya, sepanjang tahun 2002, acapkali saya migraine jam 5.50pagi.

Bonda: teruk sangat ke sakit kepala. Pergi hospital laa. Takut sakit lain.

Saya: biasa-biasa je..

Bonda: pergi laa. Tahun depan nak ambik SPM. Nanti teruk, susah..

Saya berkira-kira untuk bangun dari tempat kami berbual.

Bonda: kenapalah makin besar, makin susah nak dengar cakap.

Saya: (mula nak naik suara) kan dah kata biasa-biasa aje..

Bonda: suka hati! Dah besar, dah boleh fikir sendiri…

Saya terdiam sebaik terdengar ayat bonda. bonda tidak lagi memukul fizikal. Tapi bonda menitik hati saya.

2003. 17 tahun. Tingkatan 5.

Saya: mak, adik nak berhenti sekolah boleh tak?

Bonda: (suara tinggi) kenapa?

Saya: susahlah sekolah. Yuran mahal. Yuran SPM lagi. Malaslah!

Bonda: (marah lagi) aku suruh kau bayar ke?

Saya diam. Kalah tanpa terus bertanding.

2004. 18 tahun. tamat SPM.
Bonda cuti sewaktu keputusan SPM diumumkan. Sebaik saya masuk pintu rumah, bonda terus bertanya akan keputusan saya.

Bonda: macam mana? Ok ke?

Saya: 3A…

Bonda: takkanlah…

Saya: betul. Tengok ni..

Sebaik saya tunjuk slip keputusan, bonda memeluk saya.

Saya: laa, kenapa ni mak…

Bonda: adik kan pernah kata tak minat lagi nak sekolah. mak ingat tak lulus..

Saya senyum. Namun, hujan mula merintik dalam hati..

5 comments:

Anonymous said...

urm..
mak adalah mak.

Unknown said...

kesenangan ibu adalah kita~

Unknown said...

terharu..sob sob (kesat air mata)
20hb blk kg jmpe mak :)

Belly-Button said...

u have a nice kind of writing, u express it well.. ;)

Cik-MeGa said...

zurina: kdg2 mak adalah mummy, mother, mama, bla bla bla..

fariziskan: em. kesenangan saya adalah ibu.

paranoid: jmpe mak saya ke mak kamu? kekeke.

belly-button: thanx. u too. =)