Wednesday, August 5, 2009

bonda (i)...

1996. usia 10 tahun. darjah 4.

bonda: takde kerja sekolah ke dik?

saya: nanti adik buatlah. nak tengok kartun dulu.

bonda: pergi buat dulu. kartun tu esok pun boleh tengok.

saya: alaaa.. adik tengok kejap je. lagi 10minit nak habis ni.

bonda: (nada suara tingngi) pergi buat kerja sekolah! kalau tak, aku pulang tv tu kat kedai!

saya bangun. masuk bilik. hempas pintu.

bonda: ha! nak jadi kurang ajar pulak!

dalam bilik, saya menangis. bukan kerana dilabel ‘kurang ajar’, tapi kerana keinginan saya disekat.

1997. 11 tahun. darjah 5.
saya tertangkap dengan bonda kerana ponteng sekolah.

bonda: (marah) kalau dah rasa tak minat nak sekolah, berhenti! jangan menyusahkan aku!

saya: kalau nak berhentikan, berhentilah!

satu tamparan singgah di pipi saya.

bonda: jangan nak besar kepala dengan aku. kalau tak ada tangan tua ni, kau dah mati kebulur tau?

saya menangis. bukan kerana kena tampar. tapi saya rasa bonda berkira untuk memberi saya kehidupan.

1997. 11 tahun. darjah 5.

sedang mengaji al-quran. saya salah hokum tajwid.

bonda: itu pun salah! kepala engkau ni penuh dengan benda mengarut! sebab tu susah nak mengaji!

saya: (menangis) semua yang orang buat semua salah! mak tak pernah marah akak!

bonda: sebab dia tak buat benda bukan-bukan macam kau buat! sebab dia tak pernah melawan cakap mak!

bonda mencubit paha dan lengan saya. saya menangis lagi. bukan kerana dicubit. tapi kerana merasakan bonda pilih kasih antara saya dan kakak.

1998. 12 tahun. darjah 6.
saya menelefon bonda di tempat kerjanya dari sekolah menggunakan telefon awam. menangisi keputusan UPSR saya yang hanya mendapat 2A, 3B..

saya: (menangis) mak, adik dapat 2A je..

bonda: takpe, bersyukur. asalkan lulus semua.

saya: (menangis lagi) tapi kawan-kawan dapat banyak. ahadiah (kini allahyarham), razanah dengan fatimah dapat 5a.

bonda: itu rezeki orang, jangan samakan dengan rezeki kita.

saya: (menangis esak-esak) mak tak marah ke?

bonda: tak…. dah dapat macam tu nak buat macam mana. dah, pergi masuk kelas semula. nanti kawan-kawan tengok adik nangis, kan malu..


saya membesar dengan tangisan. zaman kecil saya dipenuhi dengan cubitan, pukulan dan amarah. inilah frasa permulaan yang membuatkan saya takut dengan bonda. namun, dalam ketakutan itu, si tua itulah tempat saya menangisi kegagalan...


7 comments:

Unknown said...

erm, saya x pernah kna cubit @ pukul masa kecik smpi besar. tringin lak heeheh

SMF TEKA said...

dia ibu kamu~

Cik-MeGa said...

wan: huh?? wan?? pingitan seyh name die..phewwiitt!!

SMF TEKA: she's more than that.

Lensa Berkata said...

sape teringan dicubit..?
meh aku buatkan..
hahaha...

Unknown said...

siputsedut: xper tima kasih jer la hehe

Unknown said...

1996 10thn? 1995 saya spm haha

Cik-MeGa said...

paraoid: kt beza 8 tahun...
abaaaaanggg!!! phewwiitt...