Saturday, April 25, 2009

selingkuh kali ke-2, makruh namanya!

jumaat.
ini jumaat kedua berturut-turut saya selingkuh. tapi kali ni bukan dengan inche deejay. another one. namakan dia inche sweet. kami tengok movee. sumpah lar sampai saat ni saya tak pasti tajuk movee tersebut. sewel! tapi kami pergi ramai-ramai. 10 orang semuanya anggota skuad! usai nonton, lebih kurang jam 11.30malam, pergi makan-makan di soho, bangi. lepas tu salah sorang kawan ajak kami semua ke downtown, cheras. memandangkan saya tahu jalan, maka semua orang pun setuju untuk pergi. inche sweet tahu esok pagi saya ada exam MUET. dia kasihan akan saya. dia nak mintak excused untuk kami pulang dulu tapi saya tak mahu. kawan-kawan inche sweet agak kaget kerana inche sweet mahu mintak excused pulang dulu berdua. pasti dalam hati mereka tertanya-tanya apakah hubungan antara saya dan inche sweet... hohoho. kami sorok-sorok!
em, saya kan tengah stress gara-gara kejadian pintu langit terbuka, lalu saya mahu berhibur! inche sweet akur walaupun dia tak tahu kenapa saya tak mahu pulang. sweet kan dia? (ya, ayat saya agak gedik). kami diberi peluang oleh rakan-rakan inche sweet untuk berkapasiti dua orang sahaja di dalam kereta inche sweet. maka, macam-macam perkara yang kami sembangkan. mata dia sangat comel ketika ketawa. hohoho, gediknya saya! kami pulang jam 4 pagi. inche sweet mahu lama lagi lepak dengan saya. mahu hantar saya ke sekolah untuk ambil exam katanya. tapi, saya menolak. ngantok weh inche sweet oit!

sabtu. pagi.
saya kegampangan yang amat sangat di dalam dewan. paper Reading killer nak mati lar!! kot kejap lagi saya muntah hijau dalam dewan ni, camne laa agaknya ya!! saya mual-mual tahap 1. dengan tak cukup tidur, dengan cuak jawab exam, dengan artikel yang asyik fakta jek - saya jadi memberontak dalam hati. saat ini saya menyesal kerana skip kelas bel sebanyak 9 kali semasa semester 2!! kemudian paper writing pula menyusul. idea banyak tapi otak tepu tahap tak ingat! dan-dan tak tahu apa itu bahasa inggeris!! listening pula melengkapkan hari exam terkecundang dalam hidup saya! saya hanya merenung belakang badan calon di hadapan saya dengan harapan ada jawapan akan keluar di balik-balik benang baju beliau. tapi takde!! hancur luluh hati saya!

sabtu. kini.
saya sedang menulis kehancuran hati gara-gara tak mampu menjawab soklan exam dengan tangkas dan jaya. tiba-tiba inche sweet meng-es-em-es saya. mahu ajak saya keluar. saya masih berkira-kira untuk pergi. malam ni, inche deejay ajak saya nonton bola di bukit jalil tapi saya refused untuk pergi. takut ar kot saya dirempuh oleh penyokong kelantan. tak pon, kot inche deejay nak bawak geng dia untuk menamatkan riwayat gadis saya macam cerita KL MENJERIT 1 tu. camne? hah, skeptikal cha skeptikal! hohoho.. keji sungguh sikap skeptikal saya~

kot-kot saya ter-bongok sekejap dan mahu mengikut inche deejay ke bukit jalil malam ni, saya akan tulis apa jadi pada malam ini ya.


3 comments:

~lina~ said...

gile lawak...
hidup kau makin bahgie eh...
=)

paranoid childish said...

haha anda semakin keji, saya menanti entry perselingkuhan anda dengan insan lain pula
---------------
kenapa harus berselingkuh pada setiap jumaat? mushkil..

MeGa said...

lina: aku cite tak leh jwb exam, ko kt aku lawak?
ceh!

paranoid: erk, sy jugak musykil nape perselingkhan blku pd hari jumaat..