Thursday, April 30, 2009

batu pahat, here i come!

saya akan pulang ke kampung setelah hampir dua bulan lupa diri dan tak nampak jalan pulang. motif kepulangan adalah untuk menghadiri majlis cukur jambul anak kepada sepupu perempuan saya yang mana sepupu saya itu berusia setahun lebih muda daripada saya. antara soalan-soalam yang dijangka bakal kedengaran malam kejadian (majlis cukur jambul) adalah seperti:
"enab dah ada anak, ko bile lagi?"
"tak teringin ke nak dukung anak sendiri"
"cha, tak bawak balik kawan lelaki ke kenal-kenalkan kat kami"
dan, biasanya soalan itu dilontarkan vokalnya oleh ibu-ibu saudara saya yang merasakan saya gadis tak laku kerana saya seorang yang sedikit biol. dan, saya akan mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan ke-NAIF-an saya. antara jawapan yang akan saya beri:
"alaa, manalah ada orang yang nak kat echa ni...."
kemudian, sekilas kakak akan menjeling maut dan menyampah dengan saya. dia tahu saya sedang meng-gedik-kan diri menunjuk konon saya gadis naif. hohoho...
inche paranoid, saya tidak akan menghadap blog ini di rumah kampung saya memandangkan talian internet di rumah telah dipotong oleh bonda saya. bonda saya sedikit kejam sejak munculnya tahun 2009 ni. tapi, dia cool~.. em, memandangkan hal itu terjadi, saya akan kembali ke tempat merapu saya ini pada lewat malam ahad atau seawal pagi isnin. thought u'll miss me! ye, ayat saya agak gedik ni inche paranoid. maaf, hormon sempena hari pekerja barangkali.
p/s: kawan2 yang kenal rapat dengan saya, sila view myspace saya dengan kadar segera kerana kalian perlu baca comment dari seseorang yang membuatkan saya berjalan di atas awan!!!

7 comments:

Unknown said...

wah.kimsalam kat anak buah yang masih dalam perut tu ek...hhehehehe

Unknown said...

haha mmg agak gedik ayat anda, saya juga telah diharamkan menguna talian internet bila pulang ke kg, ini kerana saya mengunakan telekom pay per use secara berleluasa hingga menyebabkan talian dipotong kerana overlimit. tqpi tidak mengapa kerana pabila berada dikg saya tidak mempunyai masa utk melayari internet kerana masa saya dihabiskan dengan tidur, makan serta melayan anak buah saya bermain bola. ya mungkin saya akan merindui komen2 anda... buerkkk :P

Unknown said...

oh saya terlupa mengomen tentang soklan typical kg.. bila mau kawen?

oleh kerana ibubapa saya merestui cita2 murni saya utk membujang hingga ke tua jadi saya tidak mempunyai masalah mendengar soklan puaka ini dp ahli keluarga, dan kerana saya juga sekor kera sumbang yg comel saya tidak perlu melayan soklan picisan ini dari pendduduk kg yg keji. kali terakhir saya menjawab soklan picisan ini hanya kira2 4-5 tahun lepas dari kawan baik ayah saya yg sering bertandang kerumah namun setelah saya menjawab
"klu kawen pn jd hamba bini baik xyh, x kawen pn le gk rasa p****!"
beliau adalah mangsa queen control, dan selepas itu beliau tidak lagi berani bertanya soklan2 yg tidak mencabar minda kepada saya.

p/s saya mengomen secara panang lebar kerana tertekan diarahkan bercuti pada hari pekerja dan menyebabkan saya tidak berpeluang mendapat triple pay. keji!!

tulipbiru said...

sOalan2 yg penat bangat nk d jwb ya ;p
sO my wish is "gud luck" m'jwb soalan yg xde dlm penilaian Lemabaga Peperiksaan Malaysia..ahaks

Cik-MeGa said...

gaya mcm ank buahdie jugak jek..
lalalala~

paranoid: sy belum ade ank buah. maka, sy akan tidur dan makan sesaje jek. lalu, mencetuskn kegemukan!

paranoid lagi: sungguh murni cita2 kamu inche paranoid. hingga mempengaruhi minda sy untuk bujang ke tua jugak. tp, apbila sy pertimbangkn smule, sy tak jd mem-folo kamu menuju cita2 kamu. hohoho.

tulip: tq umiey!

Unknown said...

saya bercita2 menubuhkan kelab bujang terlajak utk org bujang seperti saya dan kami akan menghabiskan sisa hidup bersama dan saya akan mengajikan nurse yg seksi2 belaka utk menjaga kebajikan kami muhahaahahah

Rye said...

komen yg mane 1??