Tuesday, May 5, 2009

amnesia & sengal...

sebanarnya saya sangat bermuram durja waktu pulang kampung. wang saya terlalu menyusut pada bulan ini. saya hanya terperap di rumah. tidak betemu janji dengan kawan-kawan. tidak menabur duet di pusat bowling mahupun panggung wayang. malah, hobi saya membeli sehelai dua dan tiga pakaian ketika pulang ke batu pahat juga tidak saya laksanakan. bonda pelik. bila ditanya, saya kata "tak punya wang..". saya jujur alam.
berkat jawapan tersebut, ketika mahu berangkat pulang, bonda menghulur sejumlah wang. disusuli oleh abang ipar dan kakak. wahh! saya bersyukur sesangat dalam hati. macam zaman study pulak! em, lepas duet makan untuk seminggu neh. namun, dalam masa yang sama saya menjadi bingung. mana pergi wang saya ya?? bukankah gaaajiiii saya banyaaakkk!! (waahahaha dalam nada sedih dan keliru).
pagi tadi. saya mengemas almari kecil yang menempatkan alatan solek-wangi saya. mata saya saket melihat timbunan kertas soalan MUET yang langsung tak beralih sejak minggu saya mengambil peperiksaan tersebut. sebaik saya mengangkat kertas soklan tersebut, saya menjadi kaget!! kelihatan not biru-biru kundang beberapa keping di bawahnya! hoh??
akhirnya, ingatan saya pulih jugak setelah beberapa minit terkesima tadi. ya, saya yang meletakkan wang tersebut di situ. kemudian, dengan sesedap oren saya lupa akannya! saya amnesia teruk neh!
kini. saya sedang berkira-kira untuk ke uptown lama dan makan chicken chop yang lemak berkrim dan disukai ramai itu! waahhh... @_@

5 comments:

Unknown said...

sebagai meraikan nya apakata cik mega belanja saya makan ciken cop? uptown lama dengan rumah saya dekat sahaja haahahah

tulipbiru said...

aiyOk..
juz 23rd year old dh jd amnesia ya??truk 2 cha ;p ap cer mkn x ajk owg len..hahhaha..

karatz said...

wahh..duit jumpa..sonoknya..
bayar blk utang family weh..hehehe

Cik-MeGa said...

paranoid: oh, sy terlewat membuka blog dan terlepas membce komen kamu. maka, chicken chop suda slamat hadam di dlm perut sy. harap maklum.

tulip: well, amnesia ni sejak kecik lg da ade..hehe...

karatz: aik, sy tak hutang. dorg yg bg..

Anonymous said...

belanje la weh!