Thursday, September 11, 2008

beliau yang aku gelarkan "small minded people"!


akhirnya! setelah lama sesangat melihat & memendam rasa, aku terasa gatal-gatal jari nak meluahkan di kotak blog neh. tak taulah ape perasaan skang neh. yang pasti, di hujung rasa tu ada annoying. itu aku~

aku punya seorang kenalan yang baru kenal sejak jun 2008. dia perempuan. kepada kenalan lelaki, anda terselamat kerana tidak menjadi bahan entri aku! kenalan aku tuh. dia cantik. putih. rambutnya lurus. ketika bekerja, dia bertudung. dia rendah sedikit dari aku. pada awalnya, aku tak endah sangat dengan cara dia, sikap dia. tapi lama-lama. alahai.... jenis apakah beliau? dia sedang mengikut lifestlye (poyo sesangat neh cik ungu oit!) aku satu demi satu. tapi, cara beliau tuh membuatkan aku rase beliau adalah spesies annoying tahap doploh empat!

mula-mula kenal, beliau dah tak puas hati dengan rantai & loket yang aku pakai. kata beliau:

"apasal kau pakai rantai dengan loket huruf ar? macam da ketinggalan zaman jek. budak-budak sini mana ada pakai lagi rantai maam tuh"

aku naik hantu gak saat mendengar ayat haram-jadah tersebut. rantai pon ikut peredaran zaman ke??? huh! tapi, aku sengih terkulat-kulat jek time tuh. yelar, aku la yang kolot~

next-nyer pulak, aku gunting rambut aku yang panjang berjela tuh. beliau kutuk. macam-haram-sungguh. tapi, aku tak kesah. sebab aku rasa kutukan tu asam garam. selama seminggu aku dengan rambut baru, beliau terus-terusan berasa kesal dengan rambut aku yang sudah pendek. ayat beliau:

"sayangnya gunting rambut. apalah kau ni cha. kan elok rambut panjang-panjang. macam aku."

aku macam biaselah. senyum ajaa... tidak lama kemudian, beliau ubah fesyen rambut beliau. beliau curl rambut. lalu tidak bertudung ke tempat kerja. beliau semakin hot dimata aku. putih, cantik, rambut stylo. giler cun lah!

berikutnya, aku menceritakan pada beliau yang aku dah berhubung balik dengan mantan pacar aku. dah berbaik dan berkawan. tahu apa kata beliau?

"ish, macam kau terhegeh-hegeh dekat dia jek. kalau aku, memang tak boleh lah!" disertakan dengan muka yang menunjukkan betullah aku ni terhegeh-hegeh.

"eh, taklah. dia yang mesej aku dulu," si lurus aku menjawab.

"tapi, kau senang-senang jek maafkan ek. kalau aku, memang tak boleh!"

aku terasa giler time tuh. tapi, macam biase. aku diamkan...

kira-kira dua hari setelah hari itu, beliau moody sepajang hari. dan beliau mengadu pada aku.

"cha, aku mesej ex aku. dia marah-marah aku. dia kata jangan kacau dia. padahal aku nak mintak maaf jek. nak berbaek macam kau dengan ex kau."

hohoho~

minggu lepas, beliau mengajak aku ke kedai silver. sebaik tiba di kedai silver tersebut. beliau mengatakan ini kepada penjual:

"kak, saya nak carik rantai dengan loket sama macam yang dia pakai,"

rahang bawah aku jatuh!

"allo kawan, kot ye pon takkan loket pon nak sama, apa kena-mengena huruf yang aku pakai neh dengan kau. nama kau satu haram pon takde huruf neh," aku bertonyeh dalam hati.

setelah selesai urusan jual-beli. dia mengatakan begini pada aku:

"cha, jangan marah ar. aku ikut macam kau pakai rantai dengan loket camtu. aku suka pulak tengok kau pakai"

aku cakap... "takpe.. masing-masing..."

sejak dua tiga menjak neh, aku terpikat dengan satu sunglass yang sermath. aku berkira-kira nak beli. aku tanya pendapat beliau. beliau tak cakap ape-ape. lega aku~

dan tiba-tiba, hari ni beliau menyuarakan sesuatu pada aku:

"sebelum raya neh, aku nak gunting rambut pendek macam kau. nanti kau teman aku ek. lepas tu aku ingat nak beli spect yang kau try tuh,"

aku dah mula rase nak hantuk kepala kat dinding~


12 comments:

muhsinsenpai said...

awas pencuri identiti!

Rujuk

http://en.wikipedia.org/wiki/Identity_theft

Zumar Mariah said...

hahaha...
aku mau taruk die jadi watak jahat..
tp,
name die dkt2 kakLang plak~

Rye said...

huk aloh..

ape ke pelik nye manusia tu...

ade smthing wrong la ngan die tu..kene cek dokter neh..

Anonymous said...

perempuan oh perempuan

Cik-MeGa said...

musinsenpai: huhuhu.

renhalus: name dekat2 xpe, tp ko jauhkn kak lang ko dr sikap yg same gan die...

muse: aku rse pertumbuhan hormon kat kromosom X die x brape nk elok. lalalala~

coffeholic: lalalalala~

Anonymous said...

sabar2 lah ye..

Unknown said...

hahhahahaa..
aku suka apa yg kamu tulis ini..
akhirnya dia juga berhubung kembali dengan MANTAN PACARNYA...

hhahahahaa
mantan pacarmu sihat x?
dia dlm keadaan seperti mana sekarang?

amer zaman said...

giler ar...

ko ada fanatik!

aku bangga dengan kau!

Cik-MeGa said...

coffeeholic: ye, bulan ramadan mmg perlu bersabar. time kaseh.

fariziskan: die sehat alhamdulillah.

amer zaman: bg aku, ni bkn fanatik. ni annoying~

Anonymous said...

hahahahaha!
sakit perut aku weiii
seyes!
gile tionngg dak tuh!
hehehehe

Unknown said...

izinkan saya gelak terlebih dahulu. muahahaha (orang jaat cite hindustan perlu gelak sbelom melakukn kejahatan.

saya pernah mempunyai teman sebegini. nama beliau mohd rizal (mmg nama sebenar) beliau terlalu keji utk saya cerita secara panjang lebar.

Cik-MeGa said...

paranoid childish: hahaha. susa ye ade spesies keji neh...