Sunday, June 1, 2008

yang lebih aku cinta....

dia sering buat sesuatu yang menunjukkan kegagalan dirinya. bukanlah aku kata aku berjaya. tapi, dia terlalu kasihan di mata aku. aku tak pernah berniat untuk menjatuhkan dirinya. apatah lagi, melihat dia jatuh. tapi, dia tak pernah membantu....

dia selalu tersungkur depan aku dan marah jika aku berniat buat dia bangkit semula. aku tahu seketika nanti, dia akan datang memulakan sesuatu yang baru dan menganggap aku melupakan kejatuhan dia yang sebelum ni. aku tak kisah dengan itu semua. tapi, itu tak adil untuk dia...

letak ke tepi semua kesilapan kamu, kesilapan mereka dan kesilapan kita. bangun dan sedarlah. keagungan kamu tak akan lama. kerana adanya seorang yang sayangkan kamu dan mereka yang mengharapkan kamu. mungkin, seorang itu yang akan membunuh keagungan kamu atau mereka akan pergi jauh meninggalkan harapan palsu kamu itu...

percayalah, aku kasihan padanya~



2 comments:

Rye said...

aku nak kasihan sama...tapi aku tak tau untuk siapa.

hm...
kesian ko yang kesiankan dia ni.

Cik-MeGa said...

m.u.s.e: time kasih sbb kesian gan aku....
aku pulak kesian gan ko yg kesian gan aku sbb kesiankn die...