Tuesday, May 27, 2008

(2) LA BELLE - aku tertawa menangisi keangkuhannya~


Aku masih di tempatku. Cuba mencari maksud sebenar hati. Tiap perkara yang aku lakukan serba tak menjadi.

Aku mandi- tapi tak pernah puas…

Aku makan- tapi tak pernah kehabisan…

Aku tidur- aku mengharapkan tidur yang panjang….

Teringat pada bait kata seorang teman. “spesies itu aku bingung”.. ya, aku tak nafikan, spesies seperti dia buat aku bingung. Dia langsung tidak bertanya akan perkhabaranku. Langsung tidak! Petang berganti malam dan kemudian pagi menjengah…

Aku mula tidak betah di tempat sendiri!!

Satu SMS diterima seawal 6.35pagi. mata yang manja ku buka 3/8 sahaja. Dia! Aku lelap semula. Namun, hati sejuk tiba-tiba. Telefon yang kulepaslkn td dicapai kembali. Aku membalas sepatah dua. Bantal yang enak segera aku tinggalkan. Saat itu, aku mengingati Tuhan….

………………………………………………………………………………………………

Dua hari berlalu dengan salju. Salju dalam hati aku. Spesies itu aku bingung kembali menerjah akal & jiwaku… kebodohan mula mencaci diriku. Ya, aku bodoh~

Aku tekad untuk bertanya…


‘ masih ada sayang?’


‘ mestilah ada… kan dah kata, apa pun terjadi tetap sayang’


Ahhhh…. SMS itu melegakanku… aku mengatur soalan seterusnya.


‘tapi tak fahamlah..’ demikian aku bermula.


‘nape?’


‘nama hubngan kita…’


‘friends…’


Ah! Aku bodoh sekali~

Seterusnya, aku hanya mengukir senyuman nipis. Mentertawakan keculasanku. Kemudian, menangsi keangkuhannya…..

5 comments:

Miss LaraLady said...

Aku tahu engkau cinta.

Cinta itu ada seperti udara yang ada disekeliling tetapi tidak kelihatan pada mata kasar.

Aina said...

ya...
cinta itu menarik kerana berjaya menarik ramai orang..

renhalus said...
This comment has been removed by the author.
amer zaman said...

all we need is loveeee......

Unknown said...

cinta?? hmm.. x da maknanya!!


cari cinta yang Esa, kekal selamanya.. ;p