Wednesday, September 28, 2011

saya sayang hasben saya!


saya janji untuk menyediakan secawan kopi sahaja untuk dia pada setiap hari bekerja atas faktor tersebut:-
saya juga bekerja, dia keluar bekerja terlalu awal pagi & saya masih dalam proses untuk belajar memasak.

Alhamdulillah, hari ini setelah 18 hari berumah tangga, setiap pagi saya menyediakan secawan kopi bersama makanan untuk dia bersarapan SERTA beberapa bekas makanan berisi nasi + lauk + sayur sebagai bekalan makan tengah hari dia di tempat kerja. terima kasih Yang Maha Esa kerana memberikan saya anugerah ini.

fizikalnya, saya letih. kawan-kawan jugak melihat saya seperti sangat letih & terbeban. tapi di hujungnya terdapat kepuasan. ^_^

No comments: