Wednesday, May 11, 2011

'ROSAK' bermaksud rosak!

degil itu sikap yang merugikan. sila ambil maklum!!


beberapa hari lepas, aku telah menjalankan urusan pengeluaran wang tunai kat atm dengan jumlah yang agak best laa kan. kepala otak dah berangan macam-macam nak buat dengan duit tersebut. nak beli itu, nak beli ini, nak beli begitu, nak beli begini, nak beli beliau. harharhar.


sebaik aku mendekati atm bank cimb (bukan nama bank sebenar), tertera satu kertas bertulis 'ROSAK' yang ditampal dengan selotep atas muka skrin atm tersebut. aku berhenti sejenak. aku check tempat cucuk kad. blink blink menyala! ish, musykil pulak. kalau out of service ke, tergendala ke, mana lampu hijau tu menyala! kan? kan?

'mesti notis tu dah lama. dia orang lupa nak tanggal' – aku memang suka buat keputusan sendiri. yela, umur pon dah suku abad. kira dah matang laa kan. *nak merapu jugak kan?


dengan selamber aci redahnya, beliau (aku) telah memasukkan jugak kad ke dalam mulot kecik atm tersebut. tangan kiri aku siap selak nota 'ROSAK' tu sebab tak nampak ayat kat skrin.

transaksi pertama : kad keluar semula -> duet keluar -> resit dapat.

transaksi kedua : kad keluar semula -> atm terus shut down -> mati laaa!!

oh-no-please-tell-me-this-is-a-magic-show! burp. burp. 5 minit, 10 minit, 15 minit. takde respon! duet ku telah dikebas dek mesin atm!! gelabah tak hengat laa beliau kan? kan?


dan akhirnya kena buat kerja tambahan. call centre, pegi cawangan, buat report, tunggu respon bank. argh!! punah angan-angan mat jenin beliau nak beli itu ini. keji betuL ar kejadian seumpama ini. yark-dush!

moral of the story : KALAU DAH TULIS 'ROSAK' TU TAK PAYAH NAK MABUK TODI SANGAT PEGI CUCUK JUGAK ATM CARD KAT MESIN TUH!!

3 comments:

Unknown said...

kelaka kelak kelaka kah kah kah

Cik-MeGa said...

haha. gelak laa gelak. jdk kat diri sendiri nnt baru tau. huwaa!

Unknown said...

Gua mabuk todi pun masih waras kah kah kah