Tuesday, November 23, 2010

our people with their culture.


biar aku sorang berbangga dengan beliau.


aku optimis dengan kekalahan Datuk Lee Chong Wei(DLCW) kat Asian Games kali ni. sangat optimis. kekalahan dia LOGIK. lantaklah apa orang lain nak kata. kalau dorang berhak memontong-montong (kata orang Jawa) marahkan DLCW atas kekalahan tu, aku berhak menghambur kata pujian buat beliau.

perlu diingat, sebelum pergi ke Guangzhou, DLCW bergelut dengat kecederaan. sewaktu kempen badminton bermula, DLCW demam. kalau kau orang cedera + demam, boleh bawak balik pingat perak ke? silap-silap tersungkur kat pusingan pertama. atlet lain yang gagah perkasa sihat walafiat pon sekadar berbangga sarung jersi kuning negara jalan mundar mandir kat KLIA waktu nak berlepas ke Guangzhou. *alamak, terlebih sudah!

janganlah agungkan sangat budaya "mengangkat seseorang tinggi melangit kemudian menghempas dia jatuh kebawah".

"Kegagalan Chong Wei perlu diambil serius dan BAM perlu mencontohi pemimpin-pemimpin persatuan sukan lain yang datang menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan negara dan memberi sokongan serta motivasi kepada atlet kebangsaan.....

Barisan kepimpinan BAM perlu mencontohi Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), apabila pemimpin sukan hoki negara iaitu Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hadir menyaksikan serta memberi semangat dan motivasi kepada pasukan hoki Malaysia di Sukan Asia....

Kehadiran mereka memberi impak yang besar kepada skuad kebangsaan sehingga pasukan kebangsaan memperoleh mata seri dengan Korea Selatan dan menewaskan pasukan China, seterusnya mara ke pusingan separuh akhir dalam acara hoki"

-Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek-


FAKTA: LINDAN ADALAH PEMAIN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN.

No comments: